Followers

Saturday, September 30, 2006

Cookies/Biskut Yg Mudah

Hmm.... dah beberapa hari tak update blog. Sibuk......dgn tugas pejabat dan tuntutan-tuntutan yg lain dlm bulan yg mulia ini. Bagaimanapun, harini saya lampirkan beberapa jenis resipi biskut/cookies yg mudah utk dibuat menjelang Raya nanti. Ada di antaranya yg telah saya cuba dan hasilnya, alhamdulillah. Kalau ingin mencubanya silalah.


















VIENNESE DELIGHTS
Bahan
250 gm mentega
130 gm gula aising
120 gm Top flour (diayak)
150 gm tepung gandum (diayak)
50 ml susu kotak
2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
secukup ceri/kacang pistachio/ chocolate chip/badam cincang
secukup chocolate mohrenglanz (coating)

Cara
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan tepung dan susu lalu kacaulah hingga rata. Akhir seklai masukkan esen vanilla. Alaskan tin pembakar dgn baking paper. Masukkan adunan kedalam piping bag dan picitlah berbagai bentuk di atas baking paper tadi. Kemudian hias dgn ceri, pistachio atau chocolate chip dan bakar dgn suhu 180 darjah selama kira-kira 20 minit. Jika suka, biskut ini boleh juga dihiaskan dgn sedikit chocolate mohrenglanz yg telah dicairkan dgn kaedah ‘double-boil’.



















CANADIAN COOKIES (TESTED)
Bahan
250 gm mentega
100 gm gula perang
300 gm Top flour
80 gm tepung jagung
80 gm Nestum
50 gm badam cincang (dibakar)
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanilla
¼ sudu teh garam
Hirisan badam untuk hiasan
Kuning telur (dikocok, utk disapu)

Cara
Mentega, gula perang, vanilla, garam dan susu pekat dipukul sehingga rata dan kembang. Masukkan Nestum, badam cincang, tepung jagung dan Top flour. Gaul hingga rata dan sebati.
Canai dan terap adunan, sapukan kuning telur dan hias badam hiris di atasnya. Bakar dgn kepanasan 180 darjah Celsius sehingga masak dan kekuning-kuningan
.


















KURMA DELIGHT (TESTED)
Bahan
250 gm mentega
100 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung gandum – diayak }
100 gm tepung jagung }-- disatukan
40 gm tepung kastad }

30 gm serbuk badam }
50 gm Nestum } -- dikisar
50 gm kelapa kering }

Cara
Pukul mentega, gula perang dan vanilla hingga sebati. Masukkan bahan kisar, gaul rata. Masukkan campuran tepung tepung dan gaul lagi sehingga mendapat doh yg lembut. Canai dan terap ikut citarasa anda. Sapukan kuning telur di atasnya dan hiaslah dgn sehiris kurma. Bakar dgn kepanasan 180 darjah Celsius selama 25 minit atau sehingga masak. Setelah biskut sejuk baru dihias di atasnya dgn gula aising.

Bahan Hiasan (Aising)
1 biji kuning telur- dikocok dgn setitis warna kuning
beberapa biji kurma lembut- dihiris memanjang
50 gm putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
½ sudu teh esen vanilla

Cara
Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula aising, vanilla dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Ambil sedikit adunan gula ini, masukkan ke dalam sarung plastik (piping bag) dan hiaskan di atas setiap keping biskut, sebelum disimpan.




















BLACK FOREST COOKIES
Bahan A
200 gm mentega
240 gm gula perang
½ sudu teh esen vanilla

Bahan B
½ sudu teh garam
80 gm telur (kira-kira1½ biji)

Bahan C
300 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder } … diayak

Bahan D
20 gm badam (hiris panjang)
150 gm croquant
50 gm kelapa parut kering
150 gm dark chocolate chips
120 gm ceri merah

{40 gm badam hiris panjang -utk ditabur}

Cara
Pukul semua bahan ‘A’ di dalam mangkuk sehingga lembut dan kembang. Masukkan bahan ‘B’ dan pukul lagi hingga menjadi adunan yg halus. Masukkan pula bahan ‘C’ dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan bahan ‘D’ dan gaul lagi hingga rata. Adunan di dalam mangkuk ini ditutup dan disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Setelah itu dikeluarkan dari peti sejuk , sendukkan satu sudu teh adunan cookie dan aturkan diatas dulang pembakar yg telah di gris. Hias dgn badam hiris di atasnya dan tekan sedikit supaya melekat. Bakar pada suhu 170 darjah C selama lebih-kurang 15-20 minit atau sehingga masak dan garing.


















MOCCA LOG COOKIES (TESTED)
Bahan
250 gm mentega
150 gm gula kaster
430 gm Top flour (diayak)
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 susu makan penuh Nescafe
secukup badam cincang (dibakar sebentar)
secukup chocolate coating (Tulip) dan chocolate nugotin dicairkan)

Cara

Pukul mentega, gula dan garam hingga kembang lalu masukkan telur dan vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. Tepung dan Nescafe disatukan, masukkan ke dalam adunan mentega tadi dan gaul lagi hingga rata. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan nozzle bintang dan picitkan keatas dulang pembakar dgn saiz panjangnya cookies ini mengikut citarasa anda. Bakar dgn suhu sederhana selama kira-kira 15 minit atau sehingga masak kekuningan. Sejukkan biskutnya. Celupkan hujung biskut ke dalam cokelat cair dan salutkan dgn badam cincang. Setelah kering, barulah disimpan dalam botol.

7 comments:

mamafami said...

Aduhai Rozzan, cam nak nangis rasanya ni dah....printout recipes mama dah bertimbun-timbun ni. Kalau buat buku, pasti yang tertebal ever produced! Tapi bilanya nak start buat kuih ni? Tengok resipi, macam semuanya nak buat...hehehe...sabor je la....Anyway, thanks a lot for sharing ya...

rozzan said...

You're most welcome mama. Anyway, kalau sumer dah sedap, agak2 kena 'ini mini miner mo' lerr atau pun 'cak cak kuti'. Takper, simpan jer sumer resipi tuh.. mama kan bnyk energy...bila2 senang cubalah satu persatu.. hah pasti bertambah lah ilmu tu! Insya'allah.

An said...

Rozzan,

Boleh tanya, yg mana satu yg pernah cuba & memang guarantee menjadi ? TQ.

rozzan said...

My wife did kurma delight 2 days ago, it was nice. We also successfully tried Mocca log last year but if you dont like the coffee taste, perhaps you can change to cocoa or even substitute it with milk powder. I will be doing Canadian & Black Forest too at a later date. But looking at the ingredients, sure looks nice!

Dida-shoppe said...

hi..just want to ask..why saudara rozzan always use tepung HK..actually different ke with wheat flour?tq

BR said...

BR > Dida-shoppe

Hong Kong or Top flour are better quality flours and more expensive. They yield better quality cakes / cookies in terms of texture and lightness. Wheat flour is simple plain flour which gives basic quality to your cakes/cookies.

Nur Tee said...

Salaam abg rozzan...apa beza tepong gandum dgn tepung top...