Followers

Friday, September 22, 2006

Salam Ramadhan Al Mubarak









Assalamualaikum semua. Sempena Ramadhan yang bakal tiba hujung minggu ni, marilah sama-sama kita mempertingkatkan iman dan ketaqwaan di bulan puasa yg mulia ini. Semoga amal-ibadat kita mendapat ganjaran pahala dan barakah dari Allah swt dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.

Buat sumer yg telah kunjungi Blog saya yg tak seberapa nih seperti kakRossya, mamafami, mummyjam, Deeyanas, kakmOn, cikBawang, ladyLee, Diana, maya, nini dan yg lain2...... terima kasih saya ucapkan dan Insya'allah, teruskan usaha anda utk memperkayakan ilmu di dada, di samping terus berkongsi sesama manusia kerana ingatlah, apa yg ada pada diri kita ini hanyalah pinjaman semata dan bersifat sementara. Selamat Berpuasa.

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR….

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun kawan...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH di LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Ikhlas dari,
rozzan

6 comments:

Anonymous said...

Mama mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia kepada Rozza sekeluarga dan semoga kita dapat beribadah sebaik mungkin.

BR said...

Terima kasih mama. Semoga kita semua sama2 dapat menjalani ibadah puasa ni dgn tabah, sabar dan penuh keikhlasan, Insya'allah.

Nina Suria said...

rozzan
kakmOn pon nak ucapkan selamat berpuasa semoga ilmu yg rozzan kongsikan dpt memberi manafaat kpd semua.. :)

dibrunei belum puasa lg, semalam tak nampak anak bulan.. esok kita mula

Anonymous said...

Ramadhan al-Mubaraq Rozzan dan seisi keluarga.. Semuga kita mendapat keampunan dan keberkahan bulan mulia ini dariNya. Insya'Allan besok berpuasa lah kiter Rozzan...

BR said...

Salam utk kakmOn sekeluarga semoga bertambah ilmu dan iman di dada, di samping menjalani ibadah puasa ni, Insya'allah.

BR said...

Salam buat Rossya & famili juga. Mudah2an kita sama2 diberi kesihatan & kekuatan dlm menjalani Rukun Islam yg ketiga ini. Amin..