Followers

Wednesday, November 09, 2011

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bercakap tentang Sambal Goreng Pengantin ni, dahulunya kita selalu terbayang lauk ni hanya bila tiba musim Raya jer sbb nak buat dia perlukan bermcm2 bahan dan juga masa yg lebih. Even my late mum pun jarang2, kadang2 masak lauk ni. So, kalau tk Raya, susahlah nk jumpa Sambal Goreng Pengantin ni. Yg jenis biasa- tempeh/tahu mmg biasalah. Hari2 pun boleh masak. Seperkara lagi, SGP ni menggunakan byk bahan dan ramuan dan setentunya byk belanja. Tapikan, kalau nk makan sedap, soal ongkos tu tolak tepi kejap lerr. Lagipun, yg puas pun kita sendiri, yg happy banget pun kita!

Sambal Goreng Pengantin ni terdapat pelbagai versi. Saya selalu stresskan bahawa apa pun lauk/juadah... kita yg buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas atau garispandu kpd rasa yg asli dan tulin mengikut tradisi turun temurun. Asal rasa asli nya tk tercemar, selainnya ikutlah citarasa kita masing2. There's no right or wrong recipe !

Di sini saya nak berkongsi satu resipi Sambal Goreng Pengantin yg ada dlm simpanan saya dan telah saya ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya. Kebetulan, saya masak lauk ini pada waktu Raya Haji yg baru lalu. Berikut adalah resipinya. Sesiapa yg ingin mencuba, silakan...

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya
½ kg daging/ tetel
½ kg paru
½ kg limpa
½ kg hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu lalu digoreng sebentar

10 batang lada merah
10 batang lada hijau
10 batang cili padi (kalau x kuat pedas, boleh dikurangkan atau langsung ditiadakan)
12 ulas bawang putih
* Semua bahan di atas  dihiris  lalu digoreng sebentar

6 tangkai lada kering (digunting serong, nipis dan digoreng sebentar)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
3 batang serai
2 ½ inci lengkuas
1 ½ cawan cili kering yang telah dikisar
* Semua bahan dikisar halus

1 ½ mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
3 sudu teh garam atau secukup rasa
½ cawan gula atau secukup rasa
Secubit serbuk perasa  (jika mahu)
1 cawan minyak untuk menumis
Daun limau purut (jika suka)

Cara :
1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan santan cair yang telah ditapis dan kacau sebentar.

4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut.  Kacau  hingga rata.

5. Seterusnya, masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa(jika suka). Kalau airnya kurang, bolehlah tambah dgn santan cair lagi.

6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya resap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.


7. Matikan api dan lauk siap untuk dihidang.










Nota : Sukatan di atas akan menghasilkan jumlah Sambal Goreng yg banyak. Anda boleh kurangkan kpd separuh bahagian atau mengikut kemahuan anda sendiri.

7 comments:

ady said...

as-salam abg rozzan
sungguh menyelerakan lauk2 abg rozzan ni..ady suka sangat dgn sambal goreng pengantin ni..sedap mkn dgn nasi impit..

Nanny Leah said...

Bro Rozzan sambal goreng pengantin ni power betul lah ni baru gambar aja belum rasa lagi telan air liur :)

BR said...

BR > Ady

WS. Alhamdulillah x mengecewakan. Saya juga suka makan "kering2" dgn ketupat/lontng. Even kuah lodeh pun saya buat pekat sedikit.

BR said...

BR > Nanny Leah

Insya'allah, saya gemar lauk ni tp xleh mkn byk2 lerr. Bertambah sihat lerr badan saya nt. LOL..

Hani in Canada said...
This comment has been removed by the author.
Hani in Canada said...

Salam Abg Rozzan ... Nampak sedap sesangat sambal goreng tu. Hani pulak kalau buat sambal goreng, Hani suka ikut version sambal goreng Abg Rozzan yg ada daging campur udang n tempe tu. Sebabnya Hani suka yg basah2 sikit. Alhamdulillah, selalu menjadi dan sedap!

PS : Sambal tumis sotong tu pun nampak mengancam! Can you pls share the recipe as well? Thanks!

Junainah said...

Tadi masak yr resepi sambal goreng pengantin, perkena dgn nasi tomato dan ayam masak merah. Alhamdulillah, Power!!! Yr sambal goreng. :) tnx for sharing