Followers

Wednesday, September 20, 2006

Cookies & Biscuits

Hmmm, puasa dah round the corner nih, masuk 2 minggu puasa nanti sibuk ler org buat kuih Raya. Ha.. di sini saya nak berkongsi beberapa resipi biskut bersama anda. Tapi, maaf yer, saya blum cuba. Apa kata kita sama2 cuba dan bolehlah share maklum-balasnya nanti. Bagaimana? OK ?


Triple Chocolate Peanut Buter Cookies
Bahan
125 gm mentega tanpa garam
¾ cawan gula perang yg lembut (soft brown sugar)
1 biji telur, dikocok sebentar
¾ cawan peanut butter
1 cawan tpg gandum, diayak
½ sudu teh soda bicarbonate
¼ cawan serbuk koko
175 gm white chocolate compound
175 gm dark chocolate compound

Cara
Panaskan ketuhar 180 darjah C
Pukul gula dan mentega sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur dan pukul sehingga rata. Masukkan peanut butter dan pukul lagi hingga sebati.

Dengan menggunakan sudu logam (metal spoon), masukkan tpg, soda bicarbonate dan srbuk koko. Gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil satu sudu makan rata doh dan bentukkan seperti bebola. Letakkan diatas dulang biskut, kemudian leperkan menggunakan garpu, sambil dicorak menyilang (criss-cross pattern). Ulang sehingga doh habis. Bakar selama 20 minit. Setelah masak biarkan sejuk di dalam dulang pembakar selama 5 minit, kemudian barulah dialih ke redai. Biskut harus betul-betul sejuk sebelum dihias.

Cairkan white chocolate compound dgn kaedah ‘double boil’ sehingga halus. Celup satu pertiga dari setiap biskut dgn coklat putih. Letak semula di redaisupaya cepat sejuk dan kukuh.
Cairkan pula dark chocolate compound dgn cara yg sama dan celup bahagian bertentangan biskut dgn warna coklat pula. Bahagian tengah biskut kosong tidak bersalut. Sejukkan di redai.




BISKUT CORNFLAKE BIJAN HITAM
Bahan
250 gm mentega
200 gm gula kaster
1 biji telur
375 gm tpg gandum atau Top flour }
1 sudu teh baking powder }… diayak
½ sudu teh esen vanilla
40 gm bijan hitam, dibakar sebentar
150 gm cornflake- dihancurkan sedikit

Cara
Pukul mentega, gula kaster dan vanilla dgn kelajuan yg kuat sehingga 3 minit atau sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi selama 2 minit. Perlahankan kelajuan mesen dan masukkan tpg yg telah diayak, bijan hitam serta cornflake. Pukul lagi selama 2 minit
Bentukkan bebola kecil dan atur di dulang pembakar. Bakar di ketuhar 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga garing.




BISKUT MACADEMIA & UMPAI LAUT (SEAWEED)
Bahan
200 gm mentega
130 gm gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur (sederhana)

288 gm tpg gandum atau Top flour }
60 gm tpg kastad }……… diayak

80 gm kacang macademia – dicincang
5 gm umpai laut

Cara
Pukul mentega, gula kaster & esen vanilla dgn kelajuan yg kuat selama 2-3 minit atau sehingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi selama 2 minit. Dengan kelajuan yg perlahan masukkan tpg yg telah diayak, kacang macademia dan umpai laut. Pukul lagi hingga menjadi doh yg lembut. Bahagi doh kpd 3 bahagian. Letak setiap doh di atas plastik dan gulung ketat-ketat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Setelah itu, keluarkan doh dan dipotong kepingan, setiap satu ½ cm tebal. Atur di dulang pembakar dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah Celsius selama 20-25 minit atau sehingga garing.

Nota: Kacang macademia boleh digantikan dgn kekacang yg lain, atau hirisan korma.




BISKUT GAJUS
Bahan
125 gm Crisco
125 gm mentega
150 gm gula kaster
4 biji kuning telur

300 gm Top flour }
1 sudu teh sodium bicarbonate }
1 sudu teh baking powder }
25 gm tpg jagung }
25 gm tpg susu } … diayak

60 gm gajus dibakar sebentar dan dikisar kasar
secukup gajus dibelah dua untuk hiasan
secukup telur utk disapu di atas biskut

Cara
Pukul Crisco, mentega dan gula sehingga kembang dan gebu dgn kelajuan yg deras selam 3-5 minit. Masukkan kuning telur sebiji sebiji sambil dipukul, sehingga bergaul rata.
Dgn kelajuan perlahan, masukkan campuran tpg yg telah diayak, sedikit sedikit sehingga mendapat adunan doh yg lembut. Masukkan pula gajus kisar dan adun hingga rata. Adunan dibahagi sama rata, setiap satu 10 gm. Jadikan bebola kecil dan ditekan di tengahnya lalu dihias dgn gajus. Tekan sedikit lagi supaya gajus melekat dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah C, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

5 comments:

mamafami said...

More recipes huh? Aduhai...siksa cam ni.. By the way, baru tadi, mama dpt pm dari Kak Rossya. Dia ada cerita yang ada certain certain author, tak bagi publish diorang punya recipes kat internet, nanti kena saman. Tak tahulah ye...to me, why must kita kedekut ilmu ye tak...
p/s : Tepung optima tu, ada bahan penaik tak kat dalam tu?

rozzan said...

Ye tak ye jugak eh... kita nak promote nama diaorang jugakkan... Ish tak tau ler camner nak cakap... Anyway, yg saya tahu dlm tepung Optima tu sumer dah ada, kalau nak buat kek butter or sponge takyah bubuh baking powder lagi. Pernah saya beli tpg ni dikedai bakery, dia kasi resipi kek sekali. Bila saya go thru, mmg tak perlu dibubuh b.powder.
P/s. camner kakrossya PM mama eh? Gunakan YM kot?

rossya said...

Rozzan, setahu rossya, tepung optima ni memberi texture semacam kek chiffon sebab dia very light. Selalu nya kalau orang gantikan apa2 tepung dengan optima, kiter nak kena kurangkan gula sedikit sebab optima sudah mengandungi gula.
Bab, posting resepi dari buku tu memang I tak berani indicate..sebab buku ader copyrights and publishing rules. Kalau memang chef2 ni letak kat internet.. then it's safer to circulate.

rozzan said...

Mmg betul tu Rossya. Tpg Optima ni mmg menghasilkan kek yg lembut, ringan & salah satu bahan dlm tepung ni ialah gula. Makanya, I always stick to what the orig recipe calls for, sbb kalau tak, nec adjustments need to be made to the recipe. Bab ni, saya tabikler dgn mamafami, always being practical & do whatever changes needed just to ensure she gets to try the recipes. kudos to her... Btw, tq fr reminding abt copyrights, Im aware of that too. Perhaps, I'll do smthng abt it. and abt those photos, they're not wholesale frm the source, its been edited. Or maybe anyone who has tried those recipes can share their photos too! Well, that's sharing too rite? hehe

Anonymous said...

I am interested to try this recipe?
However, I need to know first, what is Crisco? And what is the main purpose of putting cornflour?