Dalam mengejar cita-cita and matlamat hidup kita dalam dunia yg serba mencabar ni, kita sering alpa dgn lima perkara ni :
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sempit
5) hidup sebelum mati
Bila dah terhantuk baru nak terngadah... bila dah berlaku baru nak sedar...... Apapun, saya bukan nk mengajar cuma sebagai saudara seIslam, baiklah kita hidup berpesan-pesan sesama kita. Semoga kita tergolong drpd orang2 yg mendapat hidayah dan taufik dari NYA, Insya'allah, Amin...
Sebelum saya teruskan coretan ini, saya nak mohon berbanyak2 maaf jika lately saya tk dapat balas/jawab pertanyaan anda2 semua. Kalau very urgent atau mustahak, bolehlah email kat saya. Kalau terdaya jawab, saya jawab. Kalau tk pun, saya cuba bantu setakat yg termampu.
Untuk kali ini saya nak share resipi kek lapis blueberry cheese dgn nutella, iaitu gabungan lapis blueberry cheese dgn lapis nutella.- di mana kededuanya merupakan kek2 lapis fofular saya, heheh. Kalau anda dah pernah cuba kededua resipi2 ni anda tentu dapat bayangkan rasa blueberry yg di gabungkan dgn cheese dan nutella. Fuyooo, mengancam seh!!
So, here's the recipe :
Bahan-Bahan
500 gm mentega
125 gm Philadelphia cream cheese (jenama KRAFT)
1 sudu besar ovellette
180 gm gula
500 gm mentega
125 gm Philadelphia cream cheese (jenama KRAFT)
1 sudu besar ovellette
180 gm gula
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
300 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu
125 gm keju cheddar (jenama KRAFT) (diparut agak halus)
375 gm ( 1 botol) Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek
125 gm keju cheddar (jenama KRAFT) (diparut agak halus)
375 gm ( 1 botol) Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek
Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. (kira-kira 6 minit)
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. (lagi kira-kira 3-4 minit)
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. (kira-kira 3-4 minit)
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu pekat. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Taburkan sedikit keju parut di permukaan lapisan. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Bagi lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill).
Seterusnya, utk lapisan kedua, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan di atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Kemudian bubuh Nutella secara “rawak” *random* di permukaannya dgn menggunakan sudu kecil. Bakar hingga masak. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Selamat mencuba, saya doakan kejayan anda, Insya’allah.
Catatan:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Berat kek ini melebihi 2kg. Berbaloi dok depan oven selama 2 jam kerana hasilnya yg sudah tentui memuaskan anda.
13 comments:
welcome back bro!!! memang kita wajar saling berpesan-pesan. Kitakan hambaNYA yg tak terlepas dr lalai dan lupa... MAS
Assalamulaikum bro!! nak tnya bro guna kan jenis cream cheese apa?kalau 10 biji telur bro guna kan loyang brpa?dan brpa suhu dan mint bro grill untuk lapisan prtma dan akhir?tq
BR > Mas
Thanks...
Jericho,
WS. Saya gunakan Philadelphia Cream cheese, loyang saiz 10" x 7" atau 8" x 8". Suhu 180 -200 darjah Celsius (tergantung kpd oven anda). For this cake boleh gunakan api grill dari lapisan pertama sampai akhir. Satu lapisan abt 6-8 minit. Harap maklum ya.
kalo kukus bole x??
BR > Anonymous
Saya tk pernah kukus gunakan resipi ini. Maaf yer tk dpt komen lagi ...
nak tanya ckit...bole tak ganti blueberry tu dgn jem blueberry.saya x jumpa la benda tu kt kuching ni
Apa sukatan krim cheese? Terima kasih
Please disregard my question about the measurement for the cream cheese. I am not sure how i missed it the first time. I finally saw it on the side of the picture. You have a great website. Thanks again.
Anonymous,
Kalau nk tukar blueberry fillings tu kpd blueberry jam, boleh gak tp rasanya kurans sketlah sbb blueberry fillings tu lebih concentrated ya. Hope that explains.
Assalamualaikum bro, brapa kah sukatan butter?maaf jika kak zah tersilap pandang, tapi memang tk tercatit.Slmt berpuasa dan tidak terlalu awal utk mengucapkn "slmt hari raya to u n family" maaf dzahir bathin bro dan halalkn resepi2 yg kak zah c&p dan telah kak zah coba.. Btw.. ur blog is my favourite..ive alwiz visited ur blog. Thanks bro. kak zah (tampines)
Maaf bro Rozzan.. baru aka zah perasan sukatan butter ada diatas tepi gambar sblh kanan. maaf ye, ribuan maaf.
W'Salam Wr Wb Kak Zah.
Slmt Beropuasa dan slmt hari raya kak. Mekasih sudi berkunjung ke blog saya ni. Semoga akak dapat manfaatkan masa akak di sini ya.
Bab sukatan tu, no hal kak. Kdg2 saya sendiri tersilap pandang. Semoga akak terus sukses ya :)
Post a Comment