Followers

Wednesday, May 06, 2009

Permintaan Resipi - AYAM PERCIK



Resipi Ayam Percik ni adalah request dari Suhana. Saya blum sempat nak emel kat anda. Harap2 anda jenguk2 kat sini yer! Bagi mereka yg berminat bolehlah mencubanya. Resipi ni bersumber dari buku masak ALMAS, yg memang terbukti memberikan resipi2 yg enak-enak dan boleh dipercayai. Cubalah!


AYAM PERCIK
( Sumber : Hjh Saodah Mohd Salleh )

Bahan Utama
1 ekor ayam, cuci bersih, potong 8 atau ikut suka hati dan toskan

Rempah Perapan Ayam
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit hidup
2 batang serai
5 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
(Semua bahan dikisar halus dan diperap dengan kepingan ayam, selama 2 hingga 3 jam)

Bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah, digoreng kekuning-kuningan dan dikisar halus
1/2 biji kelapa parut, perah 1½ mangkuk santan
1/2 cawan cili boh
1 batang serai, dititik
1/2 jari lengkuas, dititik
2 biji bawang besar }
5 biji bawang putih }..... dikisar halus
4 biji buah keras }
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT KUAH
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar (iaitu bawang besar, bawang putih dan buah keras) sehingga garing dan wangi. Masukkan cili boh, serai, lengkuas dan kacau sampai rata sehingga bau kuahnya, semakin mewangi. Barulah dituangkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih. Kecilkan api. Masukkan pula kacang tanah dan masaklah supaya kuahnya pekat sedikit.

CARA MEMANGGANG
Ayam yang diperap, dicucuk atau disepit dengan buluh. Kemudian dipanggang diatas bara api yang sederhana panasnya. Boleh juga dipanggang didalam ketuhar. Panggang sehingga 3/4 masak. Seterusnya jirus dengan kuah, atau digolek-golekkan didalam kuah supaya ayamnya bersalut rata dengan kuah. Seterusnya ayam tersebut, dipanggang lagi selama 10 minit. Tetapi tentukan ayamnya tidak dipanggang sehingga kuahnya kering. Enak diratah panas-panas atau dimakan dengan nasi.

9 comments:

CT Delima said...

Bro Rozzan...sangat enak ni..tak salah kalau nak mencuba kan.saya amik resepi ya..mintak dihalalkan.Tr kasih kalau ada resepi menarik boleh lah dikongsi lagi :-D

BR said...

Silakan CT Delima. Saya ni pun blum berkesempatan nak cuba. Bila senang2 nanti baru ler bleh cuba. Dont worry, sumer resipi kat sini halal....heheh.

Suhana said...

Salam Bro! Terima kasih banyak2!!! Boleh lah kita panggang ayam percik Sabtu ni di chalet.. hehehe

Suhana

nizaa said...

sedap ni...bleh sy amnik resipi?..hihihi

nizaa said...

sedap ni...bleh sy amnik resipi?..hihihi

Suhana said...

Salam Bro! Saya dah cuba resipi ni.. memang memuaskan!!! thank u!

BR said...

BR > Suhana,

W'Salam. Wah, dah cuba eh! Saya pun nak cuba gak, kepak ayam dah beli..tunggu waktu "R" jer dtg...



BR > nizaa

Silakan nizaa, tu hah, Suhana pun ckp sedapp..... lekas2 buat yer!

Unknown said...

tmksh krn info yg awk brikan sya akan m.cuba inshllh..hrp2 m.jadi....

Fazliana said...

fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)