Followers

Thursday, August 07, 2008

SELAMAT HARI KEBANGSAAN!




Assalamualaikum! Buat semua rakyat Singapura, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke 43 thn. Semoga negara kita akan terus aman damai dan menikmati pertumbuhan ekonomi yg sihat dan pesat. (mcm patriotik gitu eh!)


Cuma, tahun ini merupakan kali pertama saya takde di 'tanah tumpah darah' ku , heheh... Buat kenkawan juga, mintak maaf yer kerana saya tak dapat update blog ni buat seketika sehingga minggu depan.


"Jangan ditanya kemana aku pergi, jangan ditanya mengapa aku pergi" - teringat pulak lagu tahun 60an ni. Mendayu-dayu irama dan suara penyanyinya. Nostalgia seh!..... Tapi takpe, saya pergi kejap jer! Kemana?? Oklah, kalau yg taknak tau pun saya kasitau gak. Saya nak pi cari 'naga' kat Tasik Chini tu...

.
Insya'allah jumpa tak jumpa saya balek gak lerr kat pulau temasek ni.
So, take care sumer. Kalau nak tinggal pesan, camner eh nak jawab? ... Saya wakilkan kot pada teman-teman seangkatan yg boleh tolong jawabkan. Mudah2an semua kemusykilan dapat diperjelaskan dgn baik.

OKlah dengan ini saya tinggalkan anda dgn pics cupcakes yg sempat saya buat....

- BR

6 comments:

MamaFaMi said...

Bro...selamat bercuti ye...
p/s : Nak tanya, cupcakes tu guna resepi yang mana ye?

Anonymous said...

selamat bercuti bro....
saya nak tanya berkenaan kek lapis ni....macam mana nak bagi bhagian tepi kek tu nampak cantik?....kena potong ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum dan selamat bercuti
nak tanya,kenapa ye kek lapis yang saya belajar guna telur banyak sangat 22 biji....kek lapis bro dalam 10 biji je tapi lagi elok dari saya punya.

time kasih

BR said...

MamaFami >

Thanks, dah slmt pulang ke Sg. Saya gunakan resipi Cranberries & Prune Cupcakes. Cuma this time, I used tpg self-raising flour. To me, this recipe suits well to my family's taste. My children love them!

anonymous1 >

Kadang2, selepas membakar kek lapis, sekeliling bahagian tepi kek tu kelihatan tk begitu elok/cantik. Dan lagi, jika anda nak kek anda kelihatan lapisannya pada setiap arah, potonglah sedikit pada ke-empat2 sisi kek. (four sides of the cake). Harap maklum.

anonymous2 >

WS, tq. Terdpt pelbagai jenis kek lapis dan resipi2 nya juga berlainan. Saya sendiri buat pertama kali buat kek lapis rempah gunakan 30 biji telur.

Kita mesti tahu adjust sukatan tersebut jika ingin membuat kek yg lebih kecil, misalnya, kalau saya nak buat kek lapis rempah yg kecil sedikit, saya gunakan 20 biji telur dan semua bahan2 lain juga turut dikurangkan 1/3.

Tapi ada juga kek lapis yg walapun penggunaan telurnya byk tapi kek nya taklah besar -biasa2 jer. Manakala, kek lapis sarawak, walaupun telurnya cuma 10 biji tapi digunakan kedua-dua putih+ kuningnya sekali. Ini memberi "volume' dan saiz kpd kek tu. Harap anda faham ya.

fareed said...

salam semua...saya teruja sungguh dgn blog ni...akhirnya...i'm here to join all of U.

BR said...

WS. Mekasih sudi berkunjung. Welcome!