Followers

Monday, May 19, 2008

KUIH KERIA

Kuih Keria merupakan 'donat' Melayu yg selalunya diperbuat dari campuran keledek dan tepung; yg kemudiannya disaluti dgn gula. Kuih yg mmg menjadi kegemaran ramai sewaktu dahulu, kini semakin pupus kerana anak-anak sekarang hanya terdedah dgn donat pelbagai perisa yang banyak berada di pasaran. Walau bagaimanapun, membuat kuih keria ni taklah susah, malahan senang kot! Kalau tak percaya, lihat resipi di bawah ni. (tp maaf yer, kuihnya comot sket arr!)



KUIH KERIA

Bahan-Bahan

800 gm ubi keledek
180 gm tepung gandum
2 sudu teh gula
secubit garam
minyak utk menggoreng

Utk Salutan Gula
100 gm gula
100 ml air

Cara:
1) Kukus atau rebus keledek sehingga empuk. Kupas kulitnya dan lecek hingga halus. Masukkan tepung dan gaul/uli hingga menjadi adunan yg boleh dibentukkan.

2) Bahagikan adunan menjadi bebola (lebih kurang 15-20 biji, tergantung kepada saiz bebola tersebut). Bentukkan menjadi gegelang (rings). Ketepikan.

3) Panaskan minyak dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.

4) Kemudian, di dalam kuali, masak gula dengan air sehingga mendidih dan gula larut. Biarkan sebentar sehingga gula memekat. Masukkan kuih yg telah digoreng tadi dan gaul/kacau rata sehingga gula menyaluti keseluruhan kuih-kuih tadi. Gunakan api yg sederhana.

5) Angkat dari kuali dan hidangkan.

Nota:
Jika anda tidak gemar dgn salutan gula seperti di atas, anda bolehlah taburkan gula halus pada kuih keria yg telah digoreng itu (seperti donat biasa)




7 comments:

MamaFaMi said...

Sib baik tak berapa suka nak makan kuih ni, so tak yahlah buat. Psst.. sebenarnya tak suka nak buat! Especially tang nak sira gula tu, tak pandai, tension sokmoh!

BR said...

Ish....senang jer la mama nak sira gula tu. Takyah tension2. Kang, blum makan kuih dah telan panadol dulu pulak!!

cakapaje said...

Salam bro,

Minta izin gunakan gambar keria ye. InsyAllah, saya beri credit. Terima kasih.

BR said...

WS, no problem, silakan.

Anonymous said...

Salam Bro, seumur hidup ni lah pertama kali cuba buat kuih keria. Alhamdulillah, menjadi. Terimakasih...

Mya

vsint said...

kayaknya donatnya enak nich...perlu d coba d rumah nich...he

BR said...

Vsint,

Makasih sudi mampir kemari. Alhamdulillah, rasanya ngga mengecewakan donk... Coba dulu ya. :)