Followers

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA























Assalamualaikum WRWB. Sempena Syawal yg bakal tiba ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua yg mengenali diri saya, rakan2 bloggers/FP dan juga semua pengunjung blog saya. Di hari dan bulan yg baik ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa kesilapan atau terkasar bahasa semasa berinteraksi dgn anda semua. Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Yg baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT, manakala yg kurang itu adalah dari saya sendiri.

Saya minta maaf juga kerana tidak membuat banyak updates dalamasa 2 minggu kebelakangan ini ekoran dari tugasan yg harus disempurnakan. Alhamdulillah, dalam waktu tersebut dapat juga saya dan keluarga menyiapkan beberapa kuih-muih sebagai persiapan Raya nanti. Actually, tahun ini satu kuih pun saya tak buat, heheh... Terima kasih kpd isteri dan anak saya yg telah menyiapkan lebih kurang 6 jenis biskut/cookies. Selain itu, kami beli jer krepek2 /kekacang/ rempeyek , dll. Saya hanya membuat 5 kek lapis.. Alhamdulillah cukup lah tu. Tengoklah nanti kalau ada masa nanti, (bila eh??, lusa dah nak raya) akan ku buat 2-3 jenis kuih raya. So, sekali lagi .. Selamat Hari Raya semoga anda semua berbahagia di samping keluarga yg tersayang.

Salam Ukhuwah dari saya.






























KEK LAPIS COFFEE PRINCESS

Bahan (A)
20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
350 gm gula halus
50 ml air sejuk
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder

Bahan (B)

354 gm mentega
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar coffee oil
½ sudu teh garam halus
sedikit pewarna merah


Peraturannya:
1. Pukul Bahan A hingga pekat dan sebati. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B sampai kembang.
3. Masukkan Bahan B sedikit-sedikit ke dalam Bahan A. Kacau rata-rata.
4. Bahagia adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan merah dan yg satu lagi dibirakan plain.
5. Bakarlah 2 lapis plain dan dua lapis merah (atau satu plain, satu merah) sehingga adunan selesai digunakan.


Nota:
Gunakan loyang 10”x 7” atau 8”x8”.
Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing/parchment & gris dgn mentega.
Gunakan api grill (api atas je) dgn suhu kira-kira 220–240 darjah Celsius.




















KEK LAPIS CHOCOLATE HAZELNUT

Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
12 oz gula halus
16 oz mentega
4 oz tpg Hong Kong
2 sudu makan susu pekat
secukup hazelnut ( cincang & dipanggang )
1 oz tepung susu
1 oz tepung ice-cream chocolate
2 sudu makan serbuk cocoa (campur dgn sedikit air panas)
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh baking powder
1 susu teh vanilli
100 gm kismis hitam/kuning (optional)


Peraturannya:

1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan tepung susu. Yang satu lagi dibubuh chocolate emulco, cocoa dan tepung ice-cream chocolate.

6. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai. Setiap lapisan cokelat ditabur dengan hazelnut cincang manakala yg plain dibubuh dgn kismis.





















Kek Lapis Dewi Pandan ni saya tukil dari FP Lee Lin. Saya membuat sedikit perubahan sahaja iaitu sari segi lapisannya. Instead of 2 lapis plain, 1 lapis hijau, 2 lapis plain dan seterusnya; saya bakar satu plain satu hijau. Apa pun, terserahlah kpd anda yg membuatnya. Resipi yg seperti saya buat adalah seperti berikut:


KEK LAPIS DEWI PANDAN

Bahan A:
250 gm tepung tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)
250 gm gula kastor
200 ml susu sejat
1 peket santan segera (santan serbuk, kira-kira 50 gm)
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette

Bahan B:
300 gm mentega
sedikit pewarna hijau
esen pandan
kelapa parut kering (dessicated coconut), jika suka


Cara:
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang. Ketepikan.

2. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam bahan A. Kacau sehingga sebati lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

4. Satu bahagian dibubuh esen pandan dan pewarna hijau lalu dikacau rata.

5. Yang satu bahagian lagi dibiarkan dalam warna asal.

6. Bakarlah selapis-selapis dengan diselangi-selikan antara warna hijau dan warna asal. Gunakan 1 senduk lauk (kira-kira 5-6 sudu besar adunan). Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 220- 240 darjah Celsius selama 5-7 minit.

7. Pada setiap lapisan warna hijau, anda bolehlah taburkan kelapa kering, jika suka.

8. Bakar sehingga semua adunan selesai digunakan.

9. Akhir sekali, kecilkan suhu ketuhar kpd 170-180 darjah (api atas bawah) dan bakar lagi selama kira-kira 5 minit.

10. Keluarkan dan biarkan sejuk di dalam acuan.


Nota:
Jangan bubuh terlalu banyak kelapa kering kerana ini akan membuat kek anda 'kering sket' dan kurang lembab (moist). Pengunaan kelapa kering ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek anda.

10 comments:

Anonymous said...

En Rozza....meh berpantuh Raya meh... semoga berbahagia di samping keluarga tercinta

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
BoxHouseStudio menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

http://boxhousestudio.fotopages.com

BR said...

Selamat Hari Raya buat anda juga ya. Berpantun? Ish dah karat dah.. tp saya cuba k!

Di pagi Raya bermaaf-maafan
Sedih syahdu kedengaran suara
Mari bersama menyambut Lebaran
Salah dan khilafku maaf dipinta

Anonymous said...

bestnye bro rozzan buat kek lapis tu...kita tak ada kemahiran buat kek lapis walaupun asal dr sarawak..hehehehehehe

zh-ena said...

salam perkenalan dr ena..ena suka mkn kek lapis sarawak tapi nak buat leceh sungguh dan tak reti nak buat pun..mkn reti lah

ena ucapkan selamat hari raya aidilfitri..best jeguk bloh kak rozzan nie byk resepi yg blh dicuba

BR said...

Hi cek de sam.
Kalau dah tahu buat, mmg best laa. Ckp pasal kemahiran, kalau takde boleh dipelajari. Pucuk pangkal ada minat. Insya'allah suatu hari anda akan berjaya juga.

BR said...

WS ena.
Kalau abg pun jika disuruh pilih antara buat dgn makan, pasti saya pilih makan!! apakan tidak , main nggapppp jer!

Selamat Hari Raya buat ena dan famili juga yaa!

Anonymous said...

I ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Rozzan and family...semoga berbahagia dihari raya nanti...maaf zahir batin andai ade kesilapan semasa menulis...
Exams pun dah over..lega sedikit ye

BR said...

Hi 'anonymous'
Selamat Berlebaran utk anda sekeluarga juga ya. Bersama-samalah kita bermaaf-maafan di hari mulia ini. Maklum sajalah, kita yg dinamakan manusia ni kan tak pernah sempurna.

Agak2, parents yg lebih berdebar2 dari anak2 sewaktu menerima keputusan exams nanti yer!

Rinnchan said...

Salam Raya Bro,
Tabik Sprinnnnnggg..itu kek lapis mmg tiada tandingannya. Rinn siang2 lagi surrender laaaa.
Kek dah bnyk mcm tu..kuih raya sikit pun tak pe..tapi org rumah & anak2 dah tolong buat kira ok laaa..

BR said...

Heheh...