Followers

Sunday, February 11, 2007

MEE HOON GORENG PUTIH

I've been quite busy lately, so tak dapat update blog frequently as I would like too. This coming week too, as the Chinese New Year is coming! Atas permintaan rakan2 sekerja (selected few jer), almost tiap2 hari dari esok/lusa, terpaksalah saya berdua-dua'an dgn oven saya kat dapur tu utk menyiapkan kek2 lapis yg ditempah. Saya berpesan pada mereka, 'biar pecah di perut jgn pecah di mulut' eh! Sbb tak sanggup nak amik tempahan berlebihan- takut tak terbuat. Insya'allah, lepas tu, bolehlah back to normal yer!

Btw, harini, nak share resipi yg perhaps anda sumer dah biasa buat iaitu Mee Hoon Goreng Putih. Selamat mencuci mata!



MEE HOON GORENG PUTIH

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
6 ulas bawang putih }
4 ulas bawang kecil } ditumbuk/kisar
200 gm udang hidup (dibersihkan, potong kecil atau biarkan seekor2)
200 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
2 keping fish cake (hiris)
1 pkt crabstick (potong kecil2)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster
1 sudu makan sos abalone
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng, lada jeruk
telur dadar utk hiasan

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih/kecil hingga kekuningan dan masukkan sotong, crabstick dan fishcake. kacau sebentar lalu masukkan udang hidup, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi. Kacau sebentar hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau sebentar. Kemudian masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur, lalu kacau sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar. Selamat mencuba!

Nota:
Anda juga boleh menggunakan hirisan daging lembu (jika suka). Rebus dahulu hirisan daging tersebut hingga empuk sebelum digunakan)

1 comment:

Anonymous said...

Sungguh selera tapi alamak banyak nya ingredients but really look power.