Followers

Thursday, December 10, 2009

KEK LAPIS ....lagi?


Menunaikan hajat seseorang yg inginkan Kek Lapis utk majlis pernikahan. Terima kasih atas kepercayaan anda ya.... Semoga ia selamat sampai ke Melaka yer.... Nampak2nya, warna merah ni mmg menjadi pilihan ramai mempelai kot.. So far dah 3 kali saya buat pilihan warna ni arr...



KEK LAPIS
Bahan-Bahan
700 gm mentega
220 gm gula
1 sudu besar ovellette
14 biji telur saiz besar
1 ½ tin susu pekat manis
380 gm tepung Hong Kong
140 gm horlicks
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna cokelat
50 gm jem strawberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh pewarna oren

Cara:
1) Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.

3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.

4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yg akhir dibubuh warna oren, perisa oren.

5) Dengan menggunakan loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.

6) Satu lapisan gunakan 3 senduk adunan.

7) 3 Lapisan pertama dan 3 lapisan terakhir gunakan adunan plain.

8) Yg ditengah2 tu ikut sukahati anda yer... Saya gunakan warna cokelat, merah dah oren. Bakarlah sehingga selesai kesemua adunan.

Nota :
1) Gunakan pewarna yg anda suka dan susunlah warna lapisan anda mengikut citarasa anda.
2) Saya editkan loyangnya kpd yg kecil sedikit...iaitu 9" x 9"
 

24 comments:

Anonymous said...

salam bro rozzan...cantiknyeee hiasaan kek lapis tu!!!
tqvm..sebab saya dah banyak ambil resepi dari blog bro rozzan...dan dah banyak jugak yang saya dah cuba...dan dah ada juga yang menempah dari saya...tqvm.tapi saya nak tanya macam mana cara selamat nak pack kek utk dipos.saya betul2 tak tahu...

zu said...

suka I tengok kek ni. Resepi mana satu u pakai. Warnanya mengancam.

Anonymous said...

salam bro.
nk tanye.sy baru mencube 1resepi kek lapis dr blog ni. tapi kek tu mcm hangus pada 1st n 2nd layer. yg atas2 tu ok. sy gunakan microwave. boley tak bro bg tau suhu bape yg ssuai utk microwave n bape minit untuk 1st layer. tq

Anonymous said...

cantik berseri.tentu sedap dan wangi.

Treat and Trick said...

Salam BR, mengancam sungguh kek lapis tu......

BR said...

BR > ima

WS. Thanks. Sebaiknya kalau kek lapis tu dibungkus dgn cling wrap (plastic) dan kemudian di bungkus dgn alum foil dgn kemas. Pastu masukkan dlm kotak yg betul2 saiznya (padat dan tebal) agar kek tak kemek atau pecah. Kemudian barulah dipos. Harap2 ini dpt membantu ya!

BR said...

BR > su

Thanks. Insya'allah nanti saya update resipinya.

BR said...

BR > anonymous

Maaf ya, saya tk pernah gunakan microwave oven utk bakar kek lapis. Lagipun, kek lapis ni tk boleh dibakar dlm microwave oven. Memadai dgn oven biasa yg ada control api atas dan bawah yer.

BR said...

BR > blogresipi.com

Insya'allah, sedap rasanya.

BR said...

BR > palatable

Thanks...

Unknown said...

salam bro rozzan..thanks for baking such a beautiful n yummy cake...not even a single piece left all cleaned up by 'orang Melaka'

suriyate said...

sue, saya tertarik hati melihat kek gubahan anda. Mcm mana kalau saya hendak buat tempahan kek ni. Istimewa btl pasti sedap n best. Brapa agaknya Bro rozzan charge utk buat tempahan ni.

Bro Rozzan said...

BR > e.xora

You're most welcome! Heheh, orang "Melaka" yg makan ke orang Spore nie..hihih

Bro Rozzan said...

BR > suriyate

Thanks, Why not u email to me at zan2611@yahoo.com..

Anonymous said...

salam bro rozzan...
bila nak update resepi kek lapis merah coklat ni??
x sabar nak cuba ni....hehe..TQVM

littlemonsters said...

Salam, Saja nak tanya betul ke telur ni tak payah asing putih dan kuningnya..kalau benar bagai dikata tak lah saya menangis nak mengasingkannya :)
Jzzk

BR said...

WS, betul tu. Kek lapis ni tergolong dalam kategori kek lapis sarawak yg asasnya kesemua kuning dan putih telurnya digunakan. Harap maklum yer.

BEE said...

Salam brother...
i love this receipe of yours...Can i have this receipe in english pls..?so that i can understand better.Here's my email SARAHBEEVEE@hotmail.com

BR said...

BR > SarahBeeVee

Give me a little time ya. But do pm me if I forget heheh...

Anonymous said...

salamz bro
sorry 2 disturb u...can i hv the eng translation for the oreo lapis pls :-)

BR said...

BR > anonymous

May I hv ur email plse. I shld be able to send u the Eng translation.

Anonymous said...

oh thank u so much bro..
my email is SARAHBEEVEE@hotmail.com
thank u :-) :-)

Anonymous said...

bro...kek lapis oreo n cream also...plzz im drooling aldy...for mother's day i wan 2 make...pls bro help help :-)
receipe in eng

Anonymous said...

Nak Tanye Kalo Awak Jual Berape Agaknye & Tahan Berape Lama??