Followers

Saturday, March 31, 2007

APAM BALIK



Apam Balik atau pernah suatu ketika dulu kita di Spore ni gelar "Apam Pulau Pinang" merupakan salah satu makanan favorit saya. Saya pernah cuba membuatnya dgn adunan siap segera lebih 20 thn lalu tapi resultsnya kurang memuaskan. Sehinggakan malas nak buat lagi dan acuan tembaganya pun saya 'lelong' - berikan kpd orang. Setelah melungsuri banyak lelaman internet dan mengumpulkan pelbagai jenis atau variasi resipi Apam Balik ni, saya pun beli 'semula' acuan tembaga tu kat kedai.... Dahtu, simpan jerr acuan tu tak gunakan lagi. Kalau peram mcm tapai, dah pun menjadi, kalau hamil heheh..dah pun melahirkan kot!!! Masih tak buat2 lagi Apam Balik ni. Bukan apa, takut tak menjadi, hampeh!!!

Tup-tup jalan2 kat FP Mamafami (http://mamafami.fotopages.com/?entry=1110568) ada Apam Balik, singgah kat FP Jeni (http://jeni.resipi.net/?p=46) pun ada! Aiseyman, mcm menduga dan menguja kesabaran saya nih! So, apalagi, since sumer bahan dah mmg ada, pagi tadi terus saya mencubanya. Saya gunakan resipi dari FP Jeni yg bersumber dari Noor Masri. (thanks Jeni & Noor Masri fr this nice recipe). So, here's the results. Oh ya, btw, apam yg gulung tu saya testing2 jer. Bila dah masak saya angkat apam tu dan sapu dgn Nutella dan chunky peanut butter- sungguh terangkat!!

Kat Spore ni, saya pernah ternampak gerai yg menjual apam balik ni pelbagai perisa seperti jem, sekaya, keju dan sebagainya. Walhasil, mana yg sedap pd tekak anda- go ahead jer lah. My verdict- enak..

APAM BALIK (NoorMasri)

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri (diayak) -saya gunakan 240 gm
¼ cawan gula - saya gunakan 60 gm
½ sudu teh soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan susu segar - saya gunakan 360 ml susu rendah lemak
½ sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng (dimesin atau tumbuk kasar2- untuk ditabur)
1 tin jagung krim (untuk ditabur)
1 cawan gula (untuk ditabur)
sedikit mentega (untuk disapu pd permukaan apam balik setelah masak)

Cara
Pukul gula bersama telur hingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, susu, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau rata-rata agar adunan tidak berbintil-bintil. Panaskan acuan apam balik dan sapukan sedikit minyak rata-rata di sekelilingnya. Ambil satu atau dua senduk adunan (bergantung kpd ketebalan yg anda suka) dan tuangkan ke dalam acuan dan ratakan dgn belakang senduk tu. Tutup acuan tu sebentar - abt 2-3 minit (kalau takde penutup kayunya, dgn tudung periuk pun Ok lerr). Apabila setengah masak, taburkan gula, kacang tumbuk dan juga jagung tadi. Tutup semula dan biarkan sebentar (abt 2-3 minit) atau sehingga ia masak. Angkat, lipat dua dan sapukan mentega pd kedua-dua permukaan apam balik ini.

(Note : Anda juga boleh menggunakan kuali leper non-stick utk membuat apam balik ini. Tak perlu gunakan/sapukan minyak pada kuali nya.)

7 comments:

Jeni said...

Bro Rozzan,
menarik weh letak nutella tu. Nanti Jeni pon nak try sekali lagi. Ada kawan kat sini kata letak susu pekat pun sedap. :)~~~

rozzan said...

Actually jeni, apa-apa pun kita bleh letak sebagai fillingnya. Janji tekak kita rasa sedap... yer kan?

ainz said...

mcm best jer...nanati nk try ler, favorite dr kecik lg...
bro, recipi waffle xder ker?

BRO ROZZAN said...

Hi ainz
Insya'allah jika ada masa nanti saya berikan. But what's ur email pls?

BRO ROZZAN said...

Kalau saya lupa, ingatkan yer!

rozie yusof-azlan said...

Salaam..Br je jumpa blog nie.. Yes.. Apam balik letak crunchy peanut butter pun sedap..ganti kacang tumbuk tu..

BR said...

BR > rozie

Ishh, peanut butter tu mmg kegemaran saya. blum cuba pun boleh confirm , mesti sedap...