Followers

Friday, September 08, 2006

Kek Kukus, Kek Lapis Cempedak & Kek Prune

Kek Kukus
Bahan-Bahan
16 oz mentega
2 cawan gula
6 biji telur
2 sudu kecil esen orange
2 sudu kecil vanilli
500 gm tepung gandum*
4 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil bicarbonate of soda* (* diayak bersama)
500 gm kismis (atau mixed fruit)
1 biji buah pala parut
2 cawan gula (untuk dijadikan gula goreng)

Cara:
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Telur dimasukkan satu persatu dan terus pukul. Bubuh esen orange & vanilli dan masukkan tepung ke dalam adunan ini. Kemudian masukkan pula kismis, buah pala lalu dikacau rata. Akhir sekali masukkan gula goreng dan kacau rata-rata dgn cepat. Tuang ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan tutup dgn aluminium foil sebelum dikukus selama kira-kira 4 jam.
..........teringat citer sedih bila pertama kali buat kek ni!



Kek Lapis Cempedak
Bahan-Bahan
15 biji kuning telur
10 biji putih telur
21 oz mentega
14 oz gula
8 oz isi cempedak (cincang halus)
6 oz tepung gandum
¾ sudu teh baking powder
¼ tin susu pekat
1 sudu teh vanilli

Cara:
Pukul mentega , vanilli dan susu pekat hingga kembang. Masukkan isi cempedak dan dipukul lagi hingga sebati. Ketepikan……….. BAHAN A
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga pekat. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan pukul lagi…...…BAHAN B
Satukan BAHAN A dan BAHAN B dan dikacau rata-rata.
Akhir sekali , masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau hingga sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai adunan. ..............resepi fr kak Imah (a former colleague)- tested.


Kek Prune
Bahan-Bahan
100 gm buah prune
1 cawan air
50 gm kacang walnut
50 gm badam
50 gm gajus
120 gm gula halus
180 gm mentega
150 gm tepung Hong Kong
6 biji telur (putih & kuningnya diasingkan)
200 gm mixed fruit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Cara:
1. Buah prune direbus dgn 1 cawan airdan dilecek hingga halus. Sejukkan.
2. Semua kekacang dipotong kasar-kasar.
3. Gaul putih telur bersama kekacang, mixed fruit dan prune tadi. Ketepikan.
4. Pukul mentega, vanilli dan gula hingga kembang.
5. masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga pekat.
6. Campurkan adunan prune tadi ke dalam adunan mentega lalu dikacau rata.
7. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder tadi. Kacau hingga adunan sebati.
8. Tuang ke dalam loyang kek dan bakar selama kira-kira 50 minit - 1 jam dengan suhu 180
darjah Celsius. .......... tested - sejenis kek buah yg lembut dan enak.

8 comments:

Anonymous said...

Salam bro rozzan, kak t nak tanya utk recipe kek prune utk puteh telor nya nak whip dulu baru di camporkan dgn kekacang dan mixed fruit? nak guna loyang ukuran brapa? Ingatkan nak buat esok utk majlis nikan anak saudara hubby. Tq and salam to yr famili ya.

BRO ROZZAN said...

WS. putih telur pada resipi ni tkyah pukul. Gaul jer dgn kekacang dan mixed fruit. Heheh lama dah tak buat kek prune ni. Kalau tak silap saya gunakan loyang square antara 8"x8' ataupun 9"x9". You're most welcome kak t.

BRO ROZZAN said...

gambarnya ada kat sini http://rozzan.blogspot.com/2006/09/prune-cake.html

Anonymous said...

salam bro rozzan,
nape ye saya buat kek kukus ni, buahnya semua berkumpul kt bawah?
syahoney

BRO ROZZAN said...

WS syahoney.

terdapat bermcm2 sbb knp buah-buah kering pada kek anda "mendak" di bahagian bawah kek anda.

Antaranya,
1) resipi kurang tepat
2) cara anda membancuh/mengadun
3) telur kurang 'segar'
4) buah2an kering tu anda tk gaulkan dgn sedikit tepung supaya ianya dpt 'bertahan' disekeliling kek bila dimasukkan pada bahan kek itu.

This is what I can share ya,

ANBAR said...

bro rozzan,
kenapa saya buat keke kukus selalu ditengah kek, turun kebawah sedikit?

BR said...

ANBAR,

Pertama cara mengadun kek tu mesti betul.

Kedua, bila mengukus kek, pastikan penutup kukusan tu dibungkus dgn kain bersih (putih) agar wap dari proses mengukus tu tak jatuh atas kek dan menyebabkab kek turun kat tengah permukaan kek ya.

Ketiga, bila nak tambah air sewaktu proses mengukus, make sure air tu air yg dah masak mendidih ya. Kalau bubuh air yg tk msk. nanti suhu udara kat dlm kukusan tu akan turun dan menyebabkan kek tk masak betul dan bantat atau turun kat tengah2 nya.

Harap2 ini dpt membantu yer.

Anonymous said...

Bro Rozzan, leh tanya skit....gula goreng tu ape ek?