Followers

Monday, August 28, 2006

Kek-Kek Lapis

Membuat kek lapis memerlukan kesabaran, kemahiran dan resepi yg tepat sukatan dan bahannya. Kesabaran kerana ...sebiji kek ini memerlukan kira-kira satu setengah hingga 2 jam masa membakar. Kemahiran pula diperlukan untuk melapis kek tersebut agar lapisan-lapisan kek kelihatan cantik dan sama rata paras setiap lapis. Percubaan saya membuat Kek Lapis Rempah pada sekitar lewat tahun 1980an dahulu bersama arwah ibu saya gagal memberikan hasil yg kami ingini walaupun kami telah mengikut setiap peraturan yg diberikan dalam resipi tersebut. Namun setelah beberapa tahun mencuba, akhirnya saya berjaya membuatnya.

Bila saya kaji semula resipi yg saya gunakan dahulu, saya merasa kecewa kerana saya dapati ianya tidak tepat dan sememangya tidak akan memberi kejayaan kpd sesiapa pun yg mencuba. Inilah yang dikatakan 'ingin mengajar tetapi tidak ikhlas'. Insya'allah hampir semua resipi yg saya berikan di sini telah saya cuba dan jika anda mengikut dgn betul peraturannya, anda akan beroleh kejayaan.

Di antara kek-kek lapis yg telah saya hasilkan ialah Lapis Bumbu(Rempah), Lapis Prune, Lapis Aiskrim Strawberry, Lapis Chocolate Hazelnut, Lapis Durian, Lapis Coffee Princess dan banyak lagi. Di sini saya sertakan resipi Lapis Prune dan Lapis Rempah yg merupakan "kek lapis yang evergreen". Selamat mencuba...


KEK LAPIS PRUNE
Bahan-bahannya

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
3 sudu besar susu pekat
7 oz buah prune (digunting2)
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh serbuk vanilli
Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan.
Taburkan prune pada setiap lapisan genap.




KEK LAPIS REMPAH

Bahan-bahannya:

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
18 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat
2½ oz badam kisar
1 botol rempah kuih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

3 comments:

Anonymous said...

Heluuuuu....saya dari Spore, sungguh tertarik dgn gambar gubahan kek lapis prune awak.

Nak cubalah resipe ni....harap2 menjadi!

Thanks for sharing ye! :=)

BR said...

TQ. Insya'allah, kalau awak dah ada asas camner nak buat kek lapis, ada kesabaran and a little telatin (eye for details), I'm sure you can do it. Selamat mencuba!

BR said...

nur, perhaps awak boleh meneliti resipi Lapis prune yg saya attached pd 28 Aug 06. Ia boleh dikatakan bahan asas utk kek lapis jenis buah-buahan kering. Selain prune, anda boleh ubah kpd buah kismis, mixed fruit, haw flakes dan sbgainya. Yg paling pntg ialah sewaktu membakar setiap lapisan, mesti bersabar dan tak boleh sambil lewa/leka. Kalau dah bnyk lapis yg cantik.. tup tup ada satu lak yg hangus sbb terlambat angkat, kan x best gitu. bila potong nampaklah hasil kelalaian kita tu...