Followers

Saturday, August 26, 2006

KUIH BAKAR BERLAUK / MANIS / UBI

Asas bagi membuat kuih-muih tradisional banyak saya pelajari dari arwah ibu saya. Beliau telah banyak memberi tunjuk-ajar kepada saya dalam selok-belok membuat kuih-kuih talam seperti puteri salat, talam keladi, bingka beras dan sebagainya. Di samping itu, saya juga gemar membaca dan menimba ilmu dari buku-buku, teman-teman dan mereka yg pakar dalam bidang ini. Salah satu kuih lama yang saya paling minati sejak dari kecil lagi ialah kuih bakar berlauk. Berikut adalah resepi kuih ini yg telah saya cuba didapur saya. Selamat mencuba.

KUIH BAKAR BERLAUK
Bahan-Bahan
750 ml santan
300 gm tepung gandum
6 biji telur
garam secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan
secukup cili merah (dihiris)
secukup daun saderi (sup)

Cara:
Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar.
Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.

KUIH BAKAR MANIS
Bahan
240 gm tepung gandum
700 ml santan cair
500 ml santan pekat
3 biji telur (kocok sedikit)
250 gm gula
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh vanilli , pewarna kuning
garam secukup rasa

PERATURAN
Satukan tepung, gula, santan pekat, telur, vanilli dan garam dan kacau rata. Kemudian ditapis. Masukkan minyak sapi dan ratakan. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak sapi. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya. Bakar selama kira-kira 1 jam 15 minit atau hingga kekuningan dengan suhu 200 darjah Celsius.



KUIH BAKAR UBI
Bahan
1 kg ubi parut (buang semua kanjinya)
300 ml santan pekat
375 ml (1½ cawan) santan cair
360 gm(1½ cawan) gula pasir
1 sudu teh garam
3 biji telur (kocok sedikit)
1 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning

PERATURAN:
Satukan semua bahan-bahan lalu dikacau rata hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil dan disapu minyak sapi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam 15 minit dgn suhu 220 darjah Celsius.

2 comments:

Anonymous said...

akum, bagus bagus resipe awak,terliur saya nie ah,lagi 5 jam nk berbuka eh,lapar eh
banyakan kasi resipe kueh mueh yg power power lagi

BR said...

WS. Terima kasih sudi mai kat sini. Insya'allah, kalau ada nanti saya updatekan ya!