Followers

Thursday, January 05, 2012

SELAMAT TAHUN BAHARU 2012 MASEHI

As-Salam semua dan Selamat Tahun Baharu. Maaf kerana dah lama tak update blog. Of late, mcm very busy dan mim alif lam sin jer... Kebetulan bulan Disember yg lalu pun ramai rakan sepejabat yg pergi bercuti. So, byk ler kerja di pejabat sehinggakan selepas pulang dari pejabat, lepak semacam jerr selalu. Jikalau pertanyaan anda belum saya jawab, harap maaf yer. Insya'allah saya akan cuba berikan reply sebaik dan secepat mungkin, jika masa mengizinkan. Apapun, kat sini saya nak share resipi Apam Polkadot, resipi yg pernah direquest oleh seorang pengunjung. Lama dah resipi ni "berada di pasaran" cuma saya jer yg blum try.

Resipi ini kiriman Cik Saadiah Johari, seorang kawan di FB dan ditukil dari Kongsi Resipi. Selamat Mencuba!

APAM POLKADOT
(Sumber Resipi : KONGSI RESIPI) 
Foto : Ikhsan dari Saadiah Johari

Bahan2
3 biji telur sejuk -dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry / strawberry atau apa2 ikut citarasa
pewarna


Cara:

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. 
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna 

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih 
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas 

5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer.

6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan

12 comments:

rahel said...

Salam...cute la apam polkadot tu...

Anonymous said...

cantiknyer la bro...rajinyer u..

Mas147 said...

Salam Bro Rozzan, terimakasih berkongsi resipi nie.. Saya dah cuba dan Alhamdulillah!!.. Menjadi!!..:)

Shasha Mohamed said...

Cam biasa, apam ni memang cute mute...

Anonymous said...

Salam! Ni apam rase macam apam makoke atau apam coconut blossoms? Nak buat tapi takut rase macam apam makoke bab anak2 tak suke rase apam makoke. Anyway looks good!

Anonymous said...

Slm..bro Rozzan - apam ni masak camne - bakar? kukus?

BR said...

BR > Rahel
WS. Tahniah kpd empunya pic krn hasil kerja yg cantik sekali :)


BR > Anonymous
Sis, ni hasil kerja Pn Saadiah Johari yg sudi memnyumbangkan resipi dan picnya sekali.


BR > Mas147
WS. Mekasih kembali.


BR > ShashaCahaya
Cute mute, tomei tomei


BR > Anonymous
Pn Saadiah...... tlg jawabkan.... sbb saya blum pernah cuba :)


BR > Anonymous
Apam ni di kukus sis.

Anonymous said...

brape lame nk kukus?

BR said...

Anonymous, kalau x silap saya, masa kukusannya lebih kurang 10 minit dah mencukupi, Insya'allah.

Morzi.. said...

Assalamualaikum Bro Rozzan... I already tried your polkadot recipient.. My 4 sons all luv it! Instead of polkadoting it I buat variasi angry bird.... Turn out ok ok ajer.... Hmmm tunjuk perasaan eh.. Morzi....

Anonymous said...

salam... may i ck with u, do we hv to put the paper cups into muffin tray..etc?

Anonymous said...

How many did you make?