Salam Sejahtera. Agak lama juga dapur di blog ini tak berasap. Bukan kerana apa, tuntutan di tempat kerja dewasa ni memerlukan perhatian yg lebih. Apatah lagi, bila pulang ke rumah dah fatigue...tak larat...
Namun demikian saya masih juga memantau perkembangan dunia kulinari ini dan bersembang-sembang dgn kawan2 baik di FB ataupun di blog ini. Jika ada komen yg belum terjawab, harap bersabar yer.
Bagi diri saya, seberapa boleh, saya suka berkongsi resipi2 yg bermutu (insya'allah) di dalam blog saya. Juga, Insya'allah akan saya sertakan resipi2nya dgn terperinci supaya anda yg mencubanya akan berjaya menghasilkan sesuatu hidangan/juadah tu seperti saya.
Seperkara lagi, kalau dah blog kita ni dibuat public/umum... dan betul niat/nawaitu kita nk berkongsi resipi / ilmu yg dipinjamkan kepada kita oleh NYA, tulis jer lah resipi2 tersebut, heheh. Tak perlulah kita tunggu dan memberi hanya jika ada yg meminta secara privet. Tak rugi atau luaknya jika kita berkongsi ilmu dunia ni...
OK, berbalik kepada entry pada kali ini, iaitu Talam Seri Pisang. Sebenarnya resipi kali ini saya gabungkan (fusion) kuih tradisional Nagasari dgn dua lapisan yg berlainan perisa dan warna. Juadah ini pula dapat saya sumbangkan kpd Majlis Maulid di rumah teman sekolah saya semalam. Alhamdulillah, teman saya berikan feedback/review yg baik dari para tetamu yg datang.
OK, nak citer sketlah bab kuih2 talam tradisional ni seperti talam ubi, talam cendol, talam keladi dan juga kuih puteri salat/ serimuka, talam jagung, nangka. dan banyak lagi. Kuih2 begini selalu mempunyai lapisan atas yg lembut, lemak dan cukup manisnya.
Lazimnya kalau kita nak membeli kuih, contohnya puteri salat, pilihan kita selalu nak yg cantik dan sedap... dalam ertikata kuih tersebut mempunyai rupa, warna dan rasa yg enak. Tetapi rasa ni sesuatu yg subjektif laa. Tetapi dalam dunia kulinari, sedap selalunya memberikan gambaran ttg bahan2 yg digunakan bermutu, dan proporsi antara santan, telur, tepung dan gula adalah tepat/baik.
Sejak dari dulu lagi saya telah pelajari cara membuat Kuih Puteri Salat dari arwah ibu saya. Sebagai contoh; utk membuat satu adunan./loyang kuih ini, yg basic/asas, bahagian atasnya, atau serikayanya, harus menggunakan sekurang2nya 6-8 biji telur, 3 cawan santan pekat, 1 hingga 1 suku cawan gula dan hanya 2 sudu makan tepung beras/tepung!! Bayangkan hasil kejadiannya nt... Very creamy, sedap tp agak terlalu lembut/lembik utk dipotong. So saya selalu adjust kan dgn menggunakan 5-6 sudu makan tepung. But I will not compromise on the taste! Insya'allah tetap sedap. Cuma bila kita potong kuih ini ia taklah secantik jika kita keraskan bahagian atasnya.
Tapi ada sesetengah resipi yg menggunakan sukatan santan yg sgt kurang (lebih air dari santan), tepung yg terlalu banyak dan telur yg terlalu sedikit... 2-3 biji utk satu loyang kuih. Hasilnya? Kuih yg sangat mudah dan cantik dipotong, cantik dipandang tapi adakah rasanya dapat menepati citarasa anda? Mungkin iyer atau mungkin tidak, terserah kpd setiap individu. Wallahu'alam.
Satu lagi, kalau anda tk nak gunakan telur yg banyak, anda boleh buat kuih2 talam yg langsung tak pakai telur seperti resipi Talam Seri Pisang ni.. Cuma, jgn lokek dgn santan pekat pula yaa... Kita nak makan yg sedap2 so bahan2 harus cukup ya :)
Tetapi jgn tersalah tafsir. Saya berkongsi info ini sekedar mahukan anda semua menghasilkan sesuatu yg bermutu. Bukan utk anda mendapat pujian tetapi utk kepuasan diri anda krn telah berjaya menghasilkan sesuatu dgn terbaik mungkin, Insya'allah.
Akhir kata, salam ukhuwah dari saya- BR. oopsss... di bawah ni resipi nya yer :)
TALAM SERI PISANG
Bahan-Bahan
Lapisan Bawah
130 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
130 gm gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah
* Campurkan kesemua bahan di
dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.
Lapisan Tengah (Pisang)
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1200 ml santan ( 800 ml santan kotak KARA + 400 ml air)
120 gm gula
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli
* Campurkan kesemua bahan di
dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.
Lapisan Atas
130 gm tepung beras
40 tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
140 gm gula Melaka (jenis baik)
80 gm gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna cokelat
* Campurkan kesemua bahan di
dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.
6-8 biji pisang Raja yg masak ranum (dipotong-potong)
Loyang bulat 32cm/13 inci
(ambil sedikit minyak dan sapu rata2 pada Loyang .
Cara:
1. Panaskan kukusan
dgn secukup air. Gunakan api yg sederhana besarnya. Sementara menunggu air mendidih, siapkan adunan
lapisan bawah.
2. Tuang adunan
lapisan bawah ke dalam periuk. Ambil satu lg periuk yg kecil sedikit dan
didihkan air ke dalamnya. Bila mendidih, tindihkan periuk berisi adunan tadi ke
atas periuk air yg sedang mendidih dan kacaulah adunan ini selama 10 minit
sehingga naik wap. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20
minit.
3. Sementara menunggu lapisan pertama masak, siapkan
adunan Lapisan Tengah dgn kaedah yg
sama. Cuma, bila dah naik wap, masukkan potongan2 pisang tadi ke dalam adunan
dan kacau sebentar. Setelah lapisan pertama masak, baru tuangkan pula adunan
pisang ini. Kukus sehingga 30-40 minit.
4. Kemudian siapkan pula Lapisan Atas juga dgn kaedah yg
sama. Bila dah naik wap, tuangkan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 20
minit.
5. Setelah siap di kukus, buka penutup kukusan dan laplah
permukaan kuih dgn tissue jika terdapat wap di atasnya. Biarkan betul2 sejuk,
baru dipotong mengikut citarasa sendiri.
Nota :
1. Kalau anda nk ringkas, kacau jer bahan2 di atas di
atas api tapi gunakan api yg sederhana dan sentiasa kacau agar adunan tidak
bergentel-gentel.
2. Pilihan warna terserah kepada citarasa anda. Mungkin
anda boleh tukarkan lapisan bawah kpd warna hijau dan berperisa pandan.
3. Resipi ini menghasilkan 1 loyang bulat besar berukuran
32 cm. Kalau dipotong mengikut saiz yg saya buat, anda boleh mendapat kira-kira
90-100 keping kuih.
4. Kalau anda nak cuba sedikit dahulu, mungkin boleh di
separuhkan adunan ini dan gunakan loyang
yg kecil seperti 24-26 cm.