Followers

Wednesday, April 20, 2011

AYAM MASAK KICAP

Oleh kerana petang tadi lepas kerja tak jadi kena overtime... (Alhamdulillah, jenis OT yg ni mmg saya tak suka buat...) dapatlah saya tunaikan hajat anak saya suruh masak ayam msk kicap. Sebenarnya, lauk ni senang jer! Ramai pun yg dah tau kan...  Cuma bagi diri saya, saya suka jenis yg 'berempah' sedikit. Jom tgk resipi dan pic ya..


AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)
(dibersihkan, buang kulit dan potong 8-10 bahagian)

20 tangkai cili kering (rendam)
5 btg cili hijau
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
1  sudu makan lada hitam
1 ½ sudu makan ketumbar serbuk
¼ sudu teh jintan halus serbuk
¼ sudu teh jintan kasar serbuk
 (Kisar semua bahan di atas hingga halus)

2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
3 sudu makan sos tomato
¾ cawan kicap manis (saya gunakan jenama Cap Kipas Udang
1 sudu makan gula (atau ikut citarasa)
1 sudu teh cuka (optional, boleh ditiadakan)
3 biji kentang (dipotong wedges, goreng sebentar)
3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 )
1 btg lobak merah (dipotong ikut suka, digoreng sebentar)
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
secubit garam
2-3 cawan air (atau ikut citarasa)
2 inci kulit kayu manis, 5 biji pelaga, 6-8 kuntum bunga cengkih
secukup minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk.

2) Tumis bahan-bahan kisar bersama cengkih, pelaga dan kayu manis hingga garing.

3) Masukkan ayam bersama 2 cawan air. Biarkan sebentar sehingga ayam hampir empuk (kira-kira 15 minit).

4) Kemudian, bubuh kicap manis, gula, garam, sos tomato, cuka dan lebihan air tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasanya.
 
5) Seterusnya, masukkan daun ketumbar, pudina, gegelang bawang, kentang dan lobak merah. Akhir sekali masukkan tomato buah.  Kecilkan api dan biarkan sebentar (5 minit).  Siap!
Hidangan Sempoi - Ayam msk Kicap, Telur mata lembu bersama kobis, ulam timun dan kacang ikan bilis.

8 comments:

Sueozana said...

Slmlkm Bro..

Uihh, sedap set hidangan ni!Pembuka selera di tengah hari ni,hehe. Tq 4 sharing.

Murni Delights said...

sedapnyer siap ngan hidangan set gitu...he..he
thanks kongsi resepi gambar yang sungguh menyelerakan..

Nurwin Heny said...

Salaam Bro Rozzan
This used to be my late grandma's fav recipe during Eid. Eventho we can have it anytime of the year, the one she makes during Eid is extra tasty.
Yang 'berempah' you masak ni pun mesti sedap kan..

kak rus said...

Salam Bro Rozzan
Wah sedapnya....tak payah nak buat kari.Kak rus ni tiap-tiap hari nak kena buat kari....Tapi paling tertarik tu kek lapis lempok durian tu...alahai sedapnya.

BR said...

BR > Sueozana
Thanks. You're most welcome sis.


BR > Murni Delights
Mekasih kembali....


BR > Nurwin Heny
W'Salam. Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan...


BR > kak rus
WS Kak Rus. Heheh, hari2 kalau masak kari... jelak jugakkan.. Apapun kek lapis lempuk tu mmg mengancam terutama sekali sbb kat Msia kan byk supply durian. Satu lg resipi yg boleh dimanfaatkan bersama, heheh.

Hani in Canada said...

Salam Abg Rozzan ... resipi ni sikit lebih kurang mcm resepi Daging Kicap Berempah. Memang sedap!!! Resipi Daging Kicap Berempah ialah resipi pertama yg Hani masak bila mula bermastautin kat sini 2 tahun lepas. Alhamdulillah ... menjadi jugak walaupun tukang masak amateur. Thank you once again for sharing ...

BR said...

BR > Hani

WS. Ye tak ya jugak eh. Lebih kurang sama, pandai Hani meneliti bahan2 nya. Ni mesti sbb dah mahir memasak ... :) Syabas!

Shasha Mohamed said...

Salam Bro Rozzan,
Pandainya bro masak. Macam2 plak tu.
Nampak sedaaapp jer.

Thanks for sharing ;)