Followers

Wednesday, April 20, 2011

AYAM MASAK KICAP

Oleh kerana petang tadi lepas kerja tak jadi kena overtime... (Alhamdulillah, jenis OT yg ni mmg saya tak suka buat...) dapatlah saya tunaikan hajat anak saya suruh masak ayam msk kicap. Sebenarnya, lauk ni senang jer! Ramai pun yg dah tau kan...  Cuma bagi diri saya, saya suka jenis yg 'berempah' sedikit. Jom tgk resipi dan pic ya..


AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)
(dibersihkan, buang kulit dan potong 8-10 bahagian)

20 tangkai cili kering (rendam)
5 btg cili hijau
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
1  sudu makan lada hitam
1 ½ sudu makan ketumbar serbuk
¼ sudu teh jintan halus serbuk
¼ sudu teh jintan kasar serbuk
 (Kisar semua bahan di atas hingga halus)

2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
3 sudu makan sos tomato
¾ cawan kicap manis (saya gunakan jenama Cap Kipas Udang
1 sudu makan gula (atau ikut citarasa)
1 sudu teh cuka (optional, boleh ditiadakan)
3 biji kentang (dipotong wedges, goreng sebentar)
3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 )
1 btg lobak merah (dipotong ikut suka, digoreng sebentar)
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
secubit garam
2-3 cawan air (atau ikut citarasa)
2 inci kulit kayu manis, 5 biji pelaga, 6-8 kuntum bunga cengkih
secukup minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk.

2) Tumis bahan-bahan kisar bersama cengkih, pelaga dan kayu manis hingga garing.

3) Masukkan ayam bersama 2 cawan air. Biarkan sebentar sehingga ayam hampir empuk (kira-kira 15 minit).

4) Kemudian, bubuh kicap manis, gula, garam, sos tomato, cuka dan lebihan air tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasanya.
 
5) Seterusnya, masukkan daun ketumbar, pudina, gegelang bawang, kentang dan lobak merah. Akhir sekali masukkan tomato buah.  Kecilkan api dan biarkan sebentar (5 minit).  Siap!
Hidangan Sempoi - Ayam msk Kicap, Telur mata lembu bersama kobis, ulam timun dan kacang ikan bilis.

Friday, April 15, 2011

FRUIT BASKETS lagi....??

Menunaikan permintaan dari seorang bekas teman sekolah sempena majlis pertunangan anakanda beliau. Gubahan yg mudah ...heheh, anda jgn jelak yerr lihat pic2 yg sama...




 

BEEF MEE REBUS

What I had for yesterday's dinner. A simple dish of Beef Mee Rebus (traditional Mee Rebus with lots of lean beef meat!) . Its been a long time since I made this  local favourite. The difference is that, I omitted the mandatory dried small shrimps (udang gragau) and instead used the normal dried shrimps and beef. Also, though we are not Javanese, 'tempe' (fermented soya bean), 'tahu' (bean curd) and 'bagedel' (potato fritters) were also included in this Mee Rebus dish.  My children loved them! The basic recipe for Mee Rebus is already in my previous entry somewhere in 2006. So, now just the pics, heheh.



this is what my portion is! a little heavy though.... hope it doesn't affect my dieting, heheh...

Monday, April 04, 2011

KEK LAPIS LEMPUK DURIAN

Salam semua. Kebelakangan ni saya mmg kurang aktif dlm mengemaskini (update) blog saya. Pulang dari ofis dah penat... Sesekali tu bila masa terluang, barulah dapat berkongsi resipi. Itu pun kalau ada yg sudi nak jenguk2 lerr.

Kali ini, saya nak berkongsi dgn anda satu lagi resipi kek lapis. Bagi mereka yg gemar dgn durian atau lempok durian, saya abadikan bahan ni dalam lapisan kek lapis saya. Rasanya tk terlalu manis dan dari maklum balas kawan2 yg telah sudi menjadi "tester" saya, kek lapis ini mmg enak.. (mereka ckp lah) tp kalau nk tahu, cuba anda buat sendiri, heheh.

Saya sertakan resipinya di sini.



KEK LAPIS LEMPUK DURIAN  

Bahan-Bahan
450 gm mentega
2 sudu besar susu pekat manis
350 gm isi durian
1 sudu teh pes durian atau serbuk  vanilli

* Pukul semua bahan hingga kembang (kira-kira 6-7 minit) …………. BAHAN (A)

20 biji kuning telur (saiz besar)
4 biji putih telur (saiz besar)
1 sudu besar ovalette
200 gm gula halus
150 gm tepung Hong Kong + 1 sudu teh baking powder

* Pukul semua bahan dgn high speed (selama kira-kira 8 minit) ………… BAHAN (B)

secukup lempok durian (dihiris-hiris) 





Cara:

1) Masukkan Bahan B  ke dalam Bahan A  lalu kacau rata2 sehingga sebati.

2) Ambil 2 senduk adunan dan bubuh ke dalam loyang 10” x 7” yg telah dialas kertas dan digris, lalu di bakar dgn menggunakan api atas bawah (suhu kira-kira 170 darjah Celsius). Setelah masak lapisan pertama ini, bakarlah lapisan kedua hingga akhir dgn menggunakan api atas jer (grill) -(suhu kira-kira 200 darjah Celsius).

3) Pada setiap lapisan genap (2,4, 6 ...) , bubuhlah di permukaan lapisan kek dgn hirisan2 lempok durian.

4) Buat begini sehingga adunan selesai. Sejukkan kek sebelum dipotong.