Followers

Wednesday, July 29, 2009

KEK LAPIS NUTELLA

Lama..saya googled utk mencari kek lapis nutella di internet. Walaupun ada beberapa results tp tak satu pun yg berkongsi resipinya. So, what I did was to create one of my own lah.... kalau sesiapa yg nak cuba, silakan.



KEK LAPIS NUTELLA

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
contoh :


7) Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).

Sunday, July 26, 2009

AKTIVITI SABTU, 25 JULAI 2009

Sebenarnya mmg belum terlintas atau pun takde niat nak conduct kelas. Tak pernah buat pun, ..takut kek bantut kot... Tapi oleh kerana member 2 orang ni nak sesangat pelajari cara wat kek lapis, I obligedlah. Appt pun hampir2 tak menjadi. Apa pun, harap2, tak sesia masa anda berdua di rumah saya ya.

Saya cuma demo 2 jenis kek lapis- lapis prune dan lapis sarawak asas (bukan bercorak). Iyalah, sebelum berjalan mestilah nak betatih-tatih dulu. Kalau dah selesa dan faham asasnya, barulah boleh buat yg lebih complicated. Kek Lapis Rempah di bawah ni mmg saya dah siapkan 2 hari lebih awal.



So, jom lihat gelagat anak2 murid ni..... (Maaf kalau ada gambar yg membuat mata anda "blurrr" - ni kerja budak dua ekor ni yer!)



Satu lagi kek yg disiapkan dgn pilihan warna mereka sendiri...

Saturday, July 18, 2009

GULAI NENAS

Hari ni tak bekerja, jadi bolehlah rewang sket kat dapur. Maksudnya, boleh ler masak utk hidangan tengahari dan makan mlm. Kebetulan, mmg nak pergi 'berziarah' ke bangunan baru Pasar Geylang Serai yg baru saja dibuka.

Phew..punyalah ramai orang kat sana! Selalunya, kalau hari Sabtu sekitar jam 8 pagi, orang tak lah begitu ramai. Pagi tadi berpusu-pusu orang berkunjung ke pasar yg mmg penuh nostalgik dan istimewa di kalangan masyarakat Melayu setempat. Pendekata, orang selalu cakap, semuanya ada di pasar Geylang. Dan......selain itu, ada satu lagi yg mmg tak pernah ada di sana. Rasa-rasa anda penduduk setempat tahu yer apa maksud saya. Kerana itulah, masyarakat Melayu/islam dapat berbelanja di pasar Geylang dalam keadaan selesa, tanpa ragu-ragu atau was-was.

Apapun, waktu berbelanja pagi tadi memang lebih dari yg biasa. Iyerlah, tempat baru, jadi satu bangunan saya pergi, hulu-hilir, tepi tengah, tingkat satu, dua.. Ada lif dan juga tangga bergerak (escalator) utk warga2 emas dan mereka yg memerlukan. Bukan apa, saja nak mengenal-suai dan mencari gerai2 yg biasa saya langgani agar mudah berbelanja.

Satu jer saya tak buat, heheh...iaitu "tangkap gambar". Takut pulak orang kata kita ni jakun.. Tapi seni ukir di Pasar Geylang Serai baru ni mmg cantik dan bila siap sepenuhnya nanti, ada jejatas yg menghubungi Joo Chiat Complex, satu lagi tempat shopping yg biasa dikunjungi masyarakat Melayu setempat. Nampak2nya, bertambah2 lah lagi wang dollar yg perlu 'dicetak' dek nak menabur bakti di sana.

OKlah, balik ke topik masakan hari ni, saya nak berkongsi dgn anda apa yg saya masak hari ni. Lauk yg mudah disiapkan , main lebur jer! iaitu sejenis lauk asam rebus yg arwah mak saya sebut sebagai Gulai Nenas. Berikut adalah resipinya.




GULAI NENAS IKAN KERISI

Bahan-Bahan

1 ekor ikan kerisi (kira-kira 1 kg) , dibersihkan dan dipotong ikut suka

Bahan Kisar

1½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu teh kunyit serbuk)
3 batang cili merah
sedikit belacan

4 cawan air
15-20 ‘mata’ asam jawa (diramas dgn ¼ cawan air)
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3-4 sudu besar gula
10 batang cili padi
beberapa tangkai daun kesum

1 biji nenas (dihiris, jangan terlalu nipis) –empulurnya dibuang


Cara:

1) Tuang bahan kisar ke dalam periuk bersama air dan air asam. Masak hingga mendidih.

2) Kemudian masukkan pula potongan ikan kerisi tadi bersama cili padi dan daun kesum. Bubuh pula garam dan gula. Akhir sekali, masukkan hirisan nenas ke dalamnya. Biarkan seketika sehingga ikan masak lalu matikan api. Kalau terlalu lama, dikhuatiri isi ikan akan hancur.

3) Kuahnya mmg seharusnya terasa manis2 masam sedikit. Selamat mencuba!

SAMBAL GORENG & UDANG SAMBAL

Selain Gulai Nenas, saya juga menyediakan lauk Sambal Goreng dan Udang Sambal utk melengkapi hidangan hari ini. Berikut adalah resipinya.



SAMBAL GORENG

Bahan-Bahan

300 gm daging lembu (direbus hingga empuk dan hiris nipis atau ikut citarasa anda)
2 keping tahu saiz sederhana (potong ikut suka)
3 peket tempeh (potong ikut suka)- kalau kat Spore, 1 pkt ada dua keping

Goreng tempeh dan tahu berasingan dgn minyak masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
2 btg serai
1½ cm lengkuas
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering (direndam dgn air)


Bahan Hiris

3 btg cili merah
3 btg cili hijau
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih

300 gm kacang panjang (dihiris serong2)
1 biji kentang (potong ikut suka)-optional
100 ml santan kotak
100 ml air
sedikit air asam
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar gula
¾ cawan minyak (atau secukupnya)




Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2) Kemudian, masukkan bahan hiris sambil dikacau-kacau hingga bawang layu. Masukkan pula hirisan daging tadi bersama kacang panjang. Kacau sebentar.

3) Seterusnya, masukkan tempeh, tahu, kentang, santan, air, air asam, gula dan garam. Kalau kering, boleh tambahkan sedikit lagi air.

4) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.


***********************************************************************

Dan ini pula Udang Sambal yg teramat mudah... (sebenarnya tak tau apa lagi nak masak dgn udang nie hah)




UDANG SAMBAL

Bahan-Bahan

500 gm udang (pilih yg besar sedikit)-dibersihkan

4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air (jika perlu)

2 biji bawang besar (dihiris gegelang/rings)
2 ulas bawang putih (dicincang)

4-5 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
½ sudu teh rempah tumis ikan
2 sudu besar mentega
2 susu besar minyak masak
garam secukup rasa




Cara:

1) Panaskan mentega/minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih bersama cili kering kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Masukkan pula daun kari, rempah tumis ikan dan bawang besar lalu kacau sebentar.

3) Akhir sekali masukkan udang, garam dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan sehingga udang masak.


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT



Ada seorang pengunjung, nana yg bertanyakan ttg Kek Lapis Peppermint tak berapa lama dulu. OK, di sini saya sertakan satu resipi Kek Lapis Chocolate Peppermint yg saya olah sedikit dari jenis kek lapis sarawak ya.

Sengaja saya gabungkan peppermint dgn perisa cokelat agar bau aroma dari esen peppermint tu tak terlalu over-powering. Tapi, jika anda sukakan khusus perisa peppermint, go ahead. Adunan di bawah tu tak perlu dibahagi dua, dan tambahkan lagi 2 sudu teh esen peppermint ya!

Kek Lapis Chocolate Peppermint dah saya cuba semalam. Insya'allah, menjadi dan rasanya, Alhamdulillah. So, inilah resipinya.


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT



Bahan:
300 gm mentega
120 gm gula halus
6 biji telur (saiz besar)
80 gm sekaya
250 g susu pekat manis
80 g Horlicks
2 sudu the esen peppermint
2 sudu besar serbuk koko }
½ sudu the esen vanilla }
3 sudu besar air panas } … dicampurkan & dijadikan pes cokelat
secukup pewarna hijau (saya gunakan yg serbuk)
160 gm tepung HongKong (atau tepung kek)
loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)





Cara :

1) Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).

2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh pes cokelat.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan cokelat ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan peppermint/hijau dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit). Bakarlah berselang-seli warna cokelat dan hijau sehingga selesai semua adunan.


Wednesday, July 15, 2009

MEE MAIDIN



Mee Maidin ni lebih kurang seperti Mee Rebus yg biasa kita makan cuma ia menggunakan udang geragau basah. Saya sendiri pernah merasanya.. lama dulu sewaktu arwah mak membuatnya.
Resipi Mee Maidin ni adalah permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf kerana terlewat. Bagi mereka yg berminat, silakan mencuba ya!


MEE MAIDIN (1)
Sumber : Aini Salim

Bahan-Bahan
1 kg mee kuning }
500 gm taugeh }...... dicelur bila hendak dihidangkan
Beberapa biji telur rebus - dibelah dua
2 atau 3 pokok daun salad - dihiris
Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua
Lada hijau - dihiris
Daun sup daun bawang - dihiris
Bawang goreng
2 keping tahu digoreng, kemudian dihiris

Bahan-Bahan Untuk Kuah
250 gm udang hidup direbus dgn 600 ml air dan air rebusan jangan dibuang.
250 gm udang geragau rebus atau ikan bilis direbus
50 gm kelapa parut putih
15 tangkai lada kering }
8 ulas bawang merah }
8 ulas bawang putih } dikisar
1/2 cawan tepung gandum dikacau rata dgn 1 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
6-7 cawan air
garam, gula

Cara:

Udang rebus, udang geragau rebus atau ikan bilis rebus serta kelapa parut , dikisar halus dengan sedikit air rebusan udang. Setelah dikisar masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah kisar sehingga garing. Kemudaian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan air. Masak hingga mendidih, masukkan adunan tepung, kacau rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Semasa menghidang, letakkan mee dalam pinggan dengan taugeh diatasnya. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan bahan taburan.



MEE MAHDIN (2)
(sumber : Puan Hjh Asfiah)
Bahan-Bahan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan
300 g taugeh, dibuang akarnya dan dicelur serta ditoskan
5 biji lada merah, dihiris
5 biji lada hijau, dihiris
250 g daun salad, dihiris
3 keping tahu, digoreng setengah masak & dipotong kecil-kecil
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah empat
2 sudu makan tepung gandum
1/4 biji kelapa parut, diperah 300 ml pati santannya
600 ml air sejuk
garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
(Digiling hulus, berasingan)
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
300 g udang geragau basah
1/4 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya

Bahan-bahan (B):
(Dihiris halus dan digoreng garing)
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambah 600 ml air sejuk serta garam secukup rasa. Kacau rata-rata. Jerang di atas api yang perlahan. Bubuh pula tepung gandum dan santan, dikacau lagi lalu dibiarkan mendidih.

2. Untuk menghidangkannya, bubuh sedikit mee dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Daun salad, tahu, lada merah, bawang goreng, lada hijau dan telur ditabur di bahagian atasnya.

Sunday, July 12, 2009

DALCA LEMBU/KAMBING

Resipi Dalca ni lebih kurang sama dgn Dalca Ayam yg saya paparkan pada entry yg dahulu. Saya sertakan sekali lagi dgn sedikit perubahan jer...


DALCA LEMBU/KAMBING

Bahan-Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
3 batang lada hijau
3 senduk minyak masak


Rempah Campak
4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )


1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.


Nota:

1) Selalunya lauk dalca daging ni lebih enak jika kita gunakan daging kambing yg dicampur dgn tetelan ataupun daging rusuk. Bagi mereka yg tak boleh makan kambing, gunakanlah daging lembu.

2) Sukatan santan boleh dikurangkan mengikut citarasa anda. Setahu saya, kalau orang India kalau memasak lauk kari/dalca, mereka tak menggunakan santan. Tapi kita ni msk cara orang Melayu, heheh...

3) Lauk dalca ni akan menjadi lebih sedap dimakan pada keesokan hari nya. Lebih lama disimpan dan dipanaskan, lagi sedap.

****************************************************************

Sambal Tumis ni pula biasa jer, cuma dibubuh bebola ikan dan telur burung puyuh.
Hidangan

Jemput makan!!

ROTI GULUNG SARDIN, MEE SIAM GORENG

Hidangan minggu pagi. Biasa-biasa jer, sekedar cuci mata.....



Resipi ada di posting yg lepas2.



Hidangan yg mudah- takyah pakai resipi, bila buat pasti menjadi, Insya'allah...

Wednesday, July 08, 2009

KUIH GANDUS - Permintaan Resipi




Resipi Kuih Gandus ni pun nampak mudah tapi saya belum mencubanya lagi yer.. Buat sesiapa yg berminat, silalah, pastu feedback k!


KUIH GANDUS
sumber : Hajah Zahara Sudi

Bahan-baham :
600 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi
500 gm kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung) secukupnya
acuan gandus

Cara:
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.

Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.

Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkanlah adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian, lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga masak.

Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan hidangkan dengan gula merah.

Tuesday, July 07, 2009

KEK LAPIS UBI KAYU - Permintaan Resipi

Resipi Kek Lapis Ubi Kayu ni adalah permintaan sdri Shima. Namun, saya belum mencubanya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda dan mereka yg gemar dgn ubi kayu ya!



KEK LAPIS UBI KAYU
sumber : Pn Juriah Abdullah
(Buku Resipi Pesta Perut)

Bahan-Bahan :
1 kg ubi kayu parut
6 biji telur yang besar
½ sudu teh rata garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu makan pewarrna kuning
1 sudu teh sebuk vanilla
250 ml santan sari 2 biji kelapa (nak senang, gunakan santan dlm kotak) I
380 gm gula halus
300 gm mentega
150 gm tepung gandum
1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’
( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )


Cara:

Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya. Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih). Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.

Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati.

Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.

Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak. Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi. Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.

Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Sejukkan, kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

Monday, July 06, 2009

DURIAN KAYA CAKE


Resipi Durian Kaya Cake ni lebih kurang sama seperti Pandan Kaya Cake yg saya kongsi pada bulan lalu. Anda bolehlah gunakan resipi yg sama utk buat kek spongenya tp tiadakan pes pandan. Atau gunakan apa saja resipi kek sponge yg anda biasa buat.

Seterusnya, pada glaze atau topping kek tu, saya tambahkan isi durian. So, texturenya agak lembik sket, ala ala sekaya durian gitu! So, bagi peminat durian, this is a simple recipe yg saya yakin anda sumer boleh buat.




DURIAN KAYA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm tepung campuran super-sponge Phoon Huat
5 biji telur (saiz sederhana)
50 gm mentega (dicairkan)
50 gm air

Cara:
1) Masukkan tepung campuran super sponge bersama telur dan air ke dalam mixer.

2) Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sehingga pekat. Kemudian kurangkan kelajuan kpd sederhana dan pukul lagi selama 3-5 minit.

3) Masukkan mentega cair lalu gaul hingga rata. (Anda boleh gunakan tangan utk menggaulnya hingga rata. Gaul sekadar kesemua bahan dah sebati, jgn terlalu lama agar udara di dalamnya dapat dikekalkan utk mendapatkan kek yg gebu dan ringan)

4) Bubuh adunan ke dalam loyang bulat 9” dan bakar selama kira-kira 40- 45 minit dgn suhu 160 darjah Celsius.

5) Setelah masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. Kemudian potonglah 2 atau 3 lapis utk disapukan dgn glis kastad.


Glis Kastad Durian
350 ml air
75 gm gula
2 sudu teh (bumbung) instant jelly
200 ml santan pekat (KARA)
secubit garam
40 gm tepung jagung
200 gm isi durian (dilecek halus)
sedikit pewarna kuning


Cara:
1) Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan instant jelly dan kacau rata.

2) Sementara itu, campurkan santan dgn tepung jagung dan pewarna kuning.

3) Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat lalu masukkan isi durian. Kacau lagi sehingga rata.

4) Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi.

5) Kemudian, sapukan rata-rata lebihan glis kastad tadi di permukaan dan sekeliling kek ini. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices), dessicated coconut atau apa bahan pun yg anda gemari.


Sunday, July 05, 2009

DAGING LEMBU MASAK KURMA

Salam ukhuwah buat semua. Maaf kerana dah lama tak update. Kebelakangan ni agak sibuk dgn tugasan2 di pejabat dan bila pulang ke rumah, dah lepak ...... Kadang2 sementara tunggu waktu Isyak pun boleh terlelap. Kekadangtu sampai jam 12 mlm , 1 pagi. Letih! Esok hari pulak dah nak kerja. Hujung minggu kadang2 ada majlis walimah, dan kalau takde, tulah masa nak rileks dan "tak nak buat apa-apa". Bangun tidur lambat, dengar radio, tgk TV - pendekata, rehat, serehatnya!

Apa pun, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi mereka yg setia berkunjung, terima kasih saya ucapkan. Mana2 permintaan yg belum saya tunaikan, Insya'allah saya cuba sedaya upaya utk menunaikannya setakat yg termampu.

For a start, harini saja nak share lauk yg I masak semalam. Ringkas jer. Daging masak kurma, Ayam masak Sambal Tumis dan Bendi Asam Rebus. Yg dah biasa dgn lauk ni, cuci mata jer arr...


Lauk Kurma Daging ni bahasa pasarnya "lauk kormak" . Sewaktu dulu, arwah mak saya memasaknya sebagai salah satu lauk yg mendampingi menu masakan "Nasi Lemak Tumis". Hah, tak pernah dengar istilah "Nasi Lemak Tumis" ? Actually, ianya ibarat kacukan dari Nasi Lemak dan Nasi Minyak. Yg ketara, ialah penggunaan santan pekat dalam resipinya. Lauk2 sampingannya adalah seperti Dalca, ayam masak merah dan acar/pacri nenas.

OKlah, berbalik kpd Lauk Kurma Daging, ini resipi versi saya.




DAGING LEMBU MASAK KURMA

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu (dipotong kecil seperti memasak rendang)

Rempah Kisar
2 biji bawang besar (saiz besar) }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia }….(kesemua bahan dikisar)
6 sudu besar (bumbung) rempah kurma -saya gunakan jenama BABAS
(dicampur dgn bahan kisar)

3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
3 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar

2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi


Cara:
1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.

3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.

4) Enak dimakan bersama nasi, roti, dll.


Catatan:

1) Anda boleh tukarkan santan kepada kira-kira 100gm biji gajus atau badam yg direndam dan dikisar dgn secukup air.

2) Sukatan air boleh ditambah lagi jika perlu (utk mengempukkan daging)

3) Kuah Kurma Daging ni selalunya agak pekat. Kalau cair, nanti ia menyerupai lauk sup daging pula. Tapi, apapun, terserahlah pada citarasa anda. Kita yg nak makan dia, betul tak?




AYAM MASAK SAMBAL TUMIS

Ni kes dah tak tahu apa nak masak, so back to basic ler nampaknya... Segala macam sambal tumis dah biasa masak- sambal tumis sotong, udang, ikan bilis, dll. Hah, for a change, OK kot!




AYAM MASAK SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1.2 kg)- dibersihkan, buang kulit (optional) dan potong 10-12 kpg
*Gaul potongan ayam dgn sedikit kunyit serbuk dan garam lalu digoreng sebentar sehingga ½ masak.

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30 tangkai cili kering (rendam)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

secukup air asam
100 ml santan pekat (kotak)
2-3 cawan air
2 sudu makan gula (atau ikut citarasa anda)
garam secukup rasa
minyak secukupnya (utk menumis)

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Setelah itu, masukkan air asam, santan pekat, potongan2 ayam dan air. Gaul hingga rata dan bubuh garam dan gula. Kacau lagi dan kemudian biarkan sehingga ayam empuk dan kuahnya mendidih. Kecilkan api dan biarkan selama 3-5 minit sehingga terbit minyak.

BENDI MASAK ASAM REBUS

Lauk Asam Rebus memang mudah dan begitu basic. Di sini saya kongsi cara arwah mak saya memasaknya. Jika anda kurang gemar dgn bendi, anda boleh tukarkan kpd kacang panjang. Buat saya, kedua-duanya pun saya bedal!!!



BENDI MASAK ASAM REBUS

Bahan-Bahan
400 gm bendi –dibersihkan
- kalau yg kecil, biarkan sebatang2,hanya belah dua memanjang tp jgn putus, kalau besar dibelah dua, menyerong)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
2-3 sudu besar udang kering
sedikit belacan
- kisar semua bahan dgn sedikit air

3 cawan air
secukup air asam pekat
garam secukup rasa
½ sudu teh gula (optional)

6 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit minyak masak

Cara:

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air & air asam. Biarkan mendidih lalu masukkan bendi, garam & gula (optional). Biarkan sehingga bendi layu sebentar lalu matikan api.

2) Kemudian, di sebuah kuali kecil, panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga kekuningan. Tuangkan bawang goreng ni bersama minyaknya sekali ke dalam periuk asam rebus tadi. Kacau rata. Siap utk dihidangkan.