Followers

Saturday, June 06, 2009

GATEAU (KEK) BUAH-BUAHAN

Kek yg dibuat semalam, agak sempoi jer..... Kalau dah tahu basicnya, Insya'allah menjadi!



GATEAU (KEK) BUAH-BUAHAN
Bahan-Bahan Kek


5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
130 gm tepung Hong Kong (diayak)
150 gm gula
80 gm mentega cair

Cara:
1) Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan pekat.

2) Masukkan tepung (fold-in method) dan seterusnya mentega cair ke dalam adunan telur/gula tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati/rata. Jangan kacau terlalu lama agar ‘udara’ yg ada kat dalam bahan kek ni tak ler byk keluar.

3) Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat, 8” atau 9” yang telah dialas kertas tracing dan digris dgn mentega.

4) Bakar di dalam oven dgn suhu 170 - 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit. Setelah kek masak, keluarkannya serta-merta dari loyang dan sejukkan di atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihias.


Bahan-Bahan Hiasan
Secukup buah pic dalm tin (dihiris)
Secukup buah anggur atau strawberry
1 biji buah kiwi (dihiris)
secukup nenas dlm tin (dipotong kecil-kecil)
100 gm badam hiris (dibakar hingga kekuningan)

Bahan Krim
250 ml whip cream
(dipukul sehingga pekat)
beberapa titik esen mangga (optional) –dicampur pd krim sebagai perisa

Bahan Glaze3 sudu besar apricot gel
4-5 sudu besar air
(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)


Cara Membuat Kek Buah-Buahan

1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua. Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan jika suka. Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.

2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang tadi.

3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rat-rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.


Nota:

Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan yg anda gemari seperti strawberry, cherry dan sebagainya. Namun di dalam memilih buah-buahan tersebut, pilihlah yg berlainan warna, agar kek tampak ceria dgn pelbagai warna.

14 comments:

cik mek molek said...

Cantiknya kek.Terus rasa nak makan kek.Bila la nak pandai buat kek macam ni. Kudos saudara rozzan. Keep up the good work.

BR said...

Terima kasih. Insya'allah kalau ada minat dan usaha, suatu hari anda juga boleh membuatnya. Thanks for visiting.

FaRrA DeeN said...

Waahh... cantiknye. Nampak amat2 menyelerakan.. Hmm... Bro dah jadi salah satu sumber inspirasiku.. Ahakkss!~ :) Semoga ceria selalu seceria kek tu.. Huhue!~

Anonymous said...

So pretty!! Sayang nak makan! Bro, nak tanya, kalau tak ada tepung hong kong, boleh gunakan tepung biasa tak?

BR said...

BR > Farra Deen

Thanks.. Alhamdulillah, harapan tu mmg selalu agar para pengunjung 'tersuntik' dgn semangat ingin mencuba sesuatu yg baru. Dan doaku semoga semuanya berjaya, Insya'allah.
Mekasih lagi sis!

BR said...

Br > anonymous

Thanks anonymous. kalau tkde tpg HK, gunakan je sebarang tpg kek atau tpg gandum. Ayakkan bebarapa kali agar kek ringan. Cubalah..

Anonymous said...

HI Bro Rozzan
May I know the brand of the whipping cream you use for making the cream? TQ, Irene

makcikkantin said...

alahai bro,
sedap sekali nampak kek nih...
bila tu nak cuba, tak tau nak jawab

BR said...

Hi Irene

I used non-dairy REDMAN whipping cream from Phoon Huat.

BR said...

BR > makcikkantin

Heheh..bila dah abis keje kat kantin tu, boleh ler cuba ya makcik..heheh

ayu said...

bro....i cuba buat kek ini....ni nak tanya sikit....
1. kenapa my cake became dry?
2. the whipped cream tak jadi

harap bro dapat bantu saya.....

BR said...

BR > ayu

Your cake dry maybe becoz of

1) the eggs used are small (I used the biggest size)

2) bila masukkan tepung, jgn dikacau terlalu lama agar udara dlm adunan kek tu dpt dikekalkan seberpa byk.

Maybe next time, u try to kurangkan tpg to 120 gm dan gunakan 100 ml mentega ya.

Tp kalau nk senang beli sponge-cake mix pun OK. Insya'allah lembut.


Bab whipped cream tu, bila kita pukul biar dgn speed sederhana dan jgn sampai terlalu pekat. Cukup sekedar dah boleh sapu atas kek. Kalau pekat nanti samada ianya "bergentel-gentel" bila disapau atau ia rosak terus dan menjadi cair mcm tairu. Harap maklum.

Anonymous said...

cantiknya kek.. sy nak tanya skit, mentega tu nak timbang yg dh cair ke, sebelum dicairkan.. kompiusla..

BR said...

Thank you. Mentega tu saya timbang dulu sebelum saya cairkan.