Followers

Wednesday, April 22, 2009

KUIH PAU SAYUR (SENGKUANG)

Bercakap tentang kuih pau, memang sejak waktu dulu lagi saya dah belajar membuatnya dari arwah emak saya. Cuma, ini adalah kali pertama saya membuat posting dalam blog. Namun terdapat sedikit perbezaan ttg resipi dahulu dan sekarang.

Kalau dulu bila buat kuih pau ni, gunakan tepung gandum, yis, minyak sapi/biasa jer dah ok, menjadi; walaupun hasilnya kuih pau yg berwarna agak 'kuning air sket'. Tapi rasanya ok gak dan teksturnya juga lembut. Sekarang ni kuih pau lebih 'putih' dan ada juga yg 'putih melepak' dek penggunaan tpg Hong Kong atau pun tpg khas kuih pau. Di samping tu, teknik pembikinan dan penggunaan bahan2 lain seperti double-acting baking powder & shortening juga membantu menghasilkan kuih pau yg lebih putih, gebu dan lembut.

Terdapat pelbagai inti yang boleh kita bubuh dalam adunan pau tadi. Secara peribadi, saya lebih gemar kuih pau berintikan inti yg pedas seperti sambal tumis ikan bilis, inti kentang seprti inti epok2/karipap ataupun inti sayur ni. Namun, inti kacang merah pun mmg secara tradisi memang enak apalagi bila dialas dgn daun pisang sewaktu dikukus -wangi..... Teringat sewaktu dulu, pernah saya buat kuih pau dgn mengisikan intinya dgn sambal tumis sotong kering!!! Fulamak... Next time, nak cuba bubuh inti daging satay atau rendang pulak. Pasti gerek seh!!!

Pucuk pangkal anda yg buat dia, janji ia menepati citarasa kita yg nak menyantapnya! Peduli apa dgn orang lain, janji kita bahagia.... heheh.

So, di sini saya ingin berkongsi resipi kuih pau sayur yg biasa saya buat. Kalau anda nak cuba, silakan. Kalau tak pun, jom layan gambar...




KUIH PAU SAYUR

Bahan-Bahannya
500 gm tepung Hong Kong / Top
4 sudu besar gula halus
1 sudu besar double acting baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air abucang (alkaline water)
30 gm yis basah
240 ml air suam
2 sudu besar shortening


Cara

Larutkan yis di dalam air suam, kacau rata.
Masukkan tepung, gula, baking powder, garam dan air abucang ke dalam mixing bowl dan pukul dgn slow speed sebentar.

Masukkan pula campuran air suam/yis sedikit2 sambil terus dipukul.

Akhir sekali, masukkan shortening dan pukul sehingga menjadi adunan yg lembut.

Biarkan selama 30-40 minit sehingga adunan naik, kemudian tekanlah hingga keluar anginnya dan canai adunan itu seberat 50-60 gm setiap satu.

Bubuh inti dan biarkan lagi 20 minit hingga ia naik barulah dikukus selama kira-kira 15 minit .



INTI SAYUR

Bahan-Bahan
450 gm sengkuang (dipotong dadu)
100 gm daging kisar
100 gm isi ayam (dipotong dadu atau kecil2)
100 gm udang (dipotong kecil2)
8 biji cendawan kering (rendam hingga kembang & hiris)
atau cendawan butang (dipotong kecil2)

4 ulas bawang putih }
½ biji bawang besar } …ditumbuk halus

1½ biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu teh kicap cair
½ sudu teh kicap pekat
1-2 sudu teh gula
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu teh minyak bijan
3-4 sudu besar minyak utk menumis
2 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis b.putih & bawang besar tumbuk hingga garing.

2. Masukkan daging dan isi ayam lalu masak sehingga ia separuh empuk baru dibubuh udang. Gaul sebentar dan masukkan pula sengkuang, bawang dadu dan cendawan.

3. Seterusnya, masukkan minyak bijan, lada putih serbuk, kicap cair,kicap pekat, gula, garam dan perasa. Kacau dan sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali, masukkan tepung jagung tadi dan gaul rata. Sejukkan inti dahulu sebelum digunakan.



6 comments:

Anonymous said...

Bro Rozzan, kalau takde tepung Hong Kong camne? Boleh pakai tepung lain ke? Gebu sungguh kuih pau ni....Yumm....

Hunny

Cik Kal said...

Gunakan Yis kering boleh tak bro?
Still got alot of stock dalam laci.

BR said...

BR > Hunny

Kalau takde tpg Hong Kong, gunakan sebarang tpg kek atau pun tepung pau. Kalau takde juga, pakailah tpg gandum, cuma hasilnya 'kureng' sket lerr..

BR said...

Cik Kal,

Boleh, cuba gunakan kira-kira 10-11gram yis kering (1 peket). Insya'allah menjadi.

Roszeeaisyshah said...

BRO, bolehtak siarkan cara bagaimana nak bulatkan pau ni. Saya pernah cuba tapi bulatnya tak cantik.

Anonymous said...

Bro...mmg kena gunakan air abucang ke nak buat pau ni...kalau x guna blh tak...