Followers

Monday, February 02, 2009

ROTI COLEH & SHAMEEM KAMBING/LEMBU



Roti Coleh ini saya rasa tergolong dalam senarai roti seperti capati, puri, roti mariam, bhatura dan yg lain2 yg "sewaktu dengannya". Resipi ni dah lama dalam simpanan dan telah beberapa kali saya membuatnya pada masa lalu. Pada pertama kali saya mencuba dgn mengikuti 100% resipi asalnya, it was a not much of a success. So, saya olahkan sedikit and come up with the recipe below. But of course, tak semua resipi tu perfect & kadang2 tu kita kenalah adjust a bit here & there. Kpd anda yg ingin mencuba, silakan.


ROTI COLEH

Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung naik sendiri
120 gm tepung semolina (suji)
300-350 ml tairu
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
secukup minyak utk menggoreng

Cara:
Satukan tepung gandum, tpg naik sendiri, tpg suji dan garam. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan tairu sedikit-sedikit ke dalam adunan tepung dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Perap adunan selama kira-kira 3 jam.

Ambil kira-kira 60gm adunan (atau ikut citarasa anda), canai nipis lalu digoreng hingga kekuningan. Hidangkan dgn lauk kheema daging atau pun SHAMEEM KAMBING/LEMBU (resipi dibawah)
Nota:
Roti Coleh ini enak dimakan ketika hangat. Kalau dah sejuk, seperti roti capati, dll, tekturnya akan 'keras'/liat sket. Dan, jika anda tak gemar dgn tpg suji, tukarkan saja dgn tepung biasa - iaitu, gunakan tepg gandum sebanyak 520 gm.




SHAMEEM KAMBING/LEMBU

Bahan-Bahan A
1 kg daging kambing atau lembu- potong ikut suka
3 biji bawang besar – dihiris halus, dijadikan bawang goreng
(minyaknya diketepikan utk digunakan lagi )
2 sudu makan minyak sapi
1 jari halia (ditumbuk/kisar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar)

Bahan B
3 biji tomato didadu
2 btg lada merah dibelah dua
3 btg lada hijau dibelah dua
1 sudu makan tomato puri
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan rempah beriani
3 sudu makan tairu
40 gm badam/gajus dikisar
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 pokok daun pudina
2 pokok daun ketumbar
2 cawan air (atau secukupnya)
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa

Cara:
Satukan Bahan B dalam sebuah bekas dan ketepikan.
Gunakan 1/2 cawan minyak bekas menggoreng bawang , tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan minyak sapi. Kacau rata.

Kemudian, masukkan Bahan B, kacau rata dan masak sehingga daging 3/4 empuk selama kira-kira 45 minit. (Kalau guna pressure cooker abt 25-30 min). Kacau sekali sekala agar daging/rencah tidak hangit.

Setelah itu, masukkan bawang goreng , kacau rata dan masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat. Setelah daging empuk, kecilkan api dan biarkan sehingga minyaknya naik.
Enak dimakan dengan nasi atau sebarang jenis roti.


Nota:
1) Kalau nak senang/ringkas, gunakan bawang goreng siap-sedia sebanyak kira-kira 6-8 sudu makan.
2) Sukatan minyak jika kurang, boleh ditambah sedikit.


1 comment:

Telc Goethe said...

Hello, welcome to DREAM PITBULL PUPS HOME Pitbull puppies for sale