Followers

Thursday, October 09, 2008

SOTONG GORENG BERSAMBAL

Selalunya, kalau sotong biasanya dimasak "hitam" , "titik pelapah" ataupun "sambal tumis". Macam jelak gitu. So, tuhari saya experiment masak sotong ni ala-ala fusion. Walaupun bersambal tapi ada perisa kari gak. Pada saya, tastenya orait - lain dari yg biasa saya masak. Kalau sesiapa game enough to try, this is the pic & recipe.




Bahan-Bahan
1 kg sotong basah (dibersihkan, buang dakwatnya dan di potong gegelang)

2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering (rendam)
3 ulas bawang putih
2-3 hiris halia
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu besar rempah kari ikan
(Kisar dan satukan bahan2 di atas ni)

1 btg serai (dititik)
1 ibu jari lengkuas (dititik)
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar santan pekat
garam & gula secukup rasa

Bahan-Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar (dihiris utk menumis)
3 pelepah daun kari
1 sudu teh rempah tumis ikan
3-4 sudu besar minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, daun kari dan rempah tumis ikan. Masukkan serai dan lengkuas. Setelah bawang agak layu, masukkan rempah yg dah dikisar tadi. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

Kemudian, masukkan sotong yg dah dibersihkan tadi dan gaul rata. Tambahkan sedikit air dan bubuh santan pekat, sos tomato, sos cili, garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.

Kemudian, kacau rata-rata dan biarkan sebentar sehingga sotong masak. Tapi jangan terlalu lama kerana nanti sotongnya menjadi keras/kenyal.


No comments: