Followers

Sunday, June 29, 2008

BUBUR KACANG HIJAU

Kalau nak diperkatakan tentang manisan seperti bubur atau pengat di kalangan orang-orang Melayu, senarainya memang ler panjang... Saya rasa anda juga tahu atau pernah memakannya. Saya sendiri dan famili, sejak kecil lagi telah menikmati pelbagai manisan yg disediakan oleh arwah emak saya. Arwah emak saya yang merupakan seorang suri-rumah, gemar menyediakan sesuatu juadah utk famili pada setiap petang. Pendekata, ada jer kuih atau manisan yg beliau buat. Dan, saya pula, being the youngest, dan selalu ada kat rumah, suka memerhati apa yg beliau lakukan- kecik2 dah mula busybody kat dapur! Yang herannya, beliau tak pernah membantah kehadiran saya di dapur malahan diberi tugas lagi utk menolong beliau.

Di antara manisan yg terbiasa kita makan adalah seperti bubur kacang hijau, bubur terigu, bubur pulut hitam, bubur putih bubur merah (heheh..ni selalu di buat waktu doa selamat yer), bubur caca, pengat pisang, pengat keledek, pengat labu dan sebagainya. Pendekata, semuanya manis-manis belaka! Nak buatnya tak susah; asasnya sama - santan, gula melaka, gula pasir, air dan sedikit garam. Selainnya mengikut kreativiti anda. Anda yg membuatnya, takde yg betul atau salah. Pucuk pangkal ianya menepati citarasa anda.

Pada kesempatan ini saya sertakan resipi bubur kacang hijau. Mungkin ramai yg dah tau buat tapi bagi yg belum, this one's for you yaa. Nice and simple.



BUBUR KACANG HIJAU

Bahan A
250 gm kacang hijau (dibersihkan dan bilas)
3 cawan air
-rebus kacang hijau bersama air sehingga kacang ¾ empuk (lebih kurang 20 minit) dan air tinggal sedikit je

Bahan B
1½ cawan santan pekat (saya gunakan santan kotak)
1½ cawan air
70 gm gula melaka
50 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Setelah kacang ¾ empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.


Nota:
1) Jangan bimbang jika pada awalnya sukatan kuahnya iaitu air/santan kelihatan banyak. Setelah bubur ni masak, kacang akan lebih mengembang dan menyerap kuah tu tadi.

2) Kemanisan bubur boleh anda sesuaikan dgn citarasa anda. Kalau nak kurangkan juga boleh. Ada yg bubuh sedikit durian dan adakalanya pisang juga digunakan (orang dolu2 laa)

3) Ada yg suka makan bubur ni sewaktu ianya masih panas manakala ada yg gemar menyimpannya dalam peti sejuk sehingga betul-betul dingin baru disantap.

4) Saya sendiri pernah makan bubur kacang hijau ni dgn roti perancis atau biskut tawar. Sedap…

5) Last...kalau dulu-dulu, bubur kacang ni boleh dibuat "air batu malaysia" cuma mungkin kuahnya cair sedikit. Tapi tak tau lerr kenapa disebut sedemikian walaupun yg buat org Spore dan dijual di Spore jugak, heheh...

Saturday, June 28, 2008

KEK LAPIS... ?




Pemerhatian saya ttg Kek Lapis Sarawak ialah kek-keknya mempunyai bermacam perisa dan corak. Namun kaedah/cara pembikinan dan bahan asasnya lebih kurang sama. Hanya perisanya yg berlainan. Ada yg menggunakan sekaya, variasi perisa jem, peanut butter dan mcm-mcm lagi. Saya amat kagum dgn kepelbagaian corak-coraknya yg menarik dan kreativiti sipembuat.


Untuk menghasilkan kek lapis sarawak yg baik, anda haruslah mempunyai resipi yg tepat/betul dan peralatan khas memotong kek utk membentuk corak bagi inti kek tersebut. Saya rasa kat Spore ni takde dijual lagi alat ni. Kat Msia pasti ada. Oleh kerana saya sendiri tak mempunyai alat pemotong tersebut, jadi tak dapatlah saya share dgn anda camner cara memotongnya.


Namun bagi saya, tak ada rotan, akar pun berguna juga. Saya mengukur & memotong kek utk inti kek lapis sarawak ni dgn menggunakan pengetahuan saya dalam bidang lukisan teknikal (7 tahun di bangku sekolah dok wat lukisan teknikal dlm bidang metal workshop nie hah!). Bezanya dulu bahannya logam (besi), yang skarang ni pulak heheh...kek! Nasib baik tangan ni masih steady nak potong kek 30 darjah lah, 45 darjah lah, dll..


Pada entry saya yg lalu saya ada membuat Kek Lapis Seri Balas. Dengan resipi yg hampir sama, saya gunakan kali ini untuk membuat satu lagi kek lapis sarawak dgn corak seperti Kek Lapis Pucuk Rebung. Kek ni adalah di antara buah tangan yg saya bawa ke pejabat lama saya sebagai tanda terimakasih kpd teman-teman lama saya yg sudi mengundang saya ke majlis meraikan kenaikan pangkat di kalangan mereka.


Syukur Alhamdulillah, dgn IzinNya dan juga berkat doa-doa anda semua, rezeki saya juga bertambah. Saya juga di antara staff yg mendapat promosi pada tahun ini. Semoga saya diberi kesihatan dan kesejahteraan utk terus memberi sumbangan yg kecil ini kpd sesama insan, Insya'allah.


Nah... ini dia kek yg saya maksudkan tu bersama kek lapis batik sutera & agar-agar lapis. (Semua resipi ada di earlier posting). Jom, cuci mata sekali lagi yer!













"NAIK JABATAN"

Heheh..apa tu 'naik jabatan'? Saya meminjam kekata dari bahasa Indonesia yg bererti naik pangkat atau promotion. Bagi seseorang pekerja tu, sudah setentunya gembira bila dapat promosi. Maksudnya dapat pendapatan lebih ler!!

Bekerja di sebuah organisasi yg agak besar, dan terdapat banyak cawangan di seluruh negara, ramai ler kengkawan saya , sejak dari mula bekerja sehingga kini - lebih 25 tahun ... Semuanya bak saudara kerana jika dikaji, masa kita bersama teman sepejabat adalah yg paling lama jika dibandingkan dgn interaksi kita bersama famili dirumah.

Khamis lalu saya berkesempatan berkunjung ke pejabat 'lama' saya, bukan apa- saja happy-happy menerima undangan teman-teman lama yg naik naik jabatan. Seronoknya, banyaknya makanan!!!! cara kampong lagi! Dengar2, makanan ditempah dari Hjh Maimunah Catering di Jalan Pisang. Memang diakui makanan dari HMC mmg enak. Tapi dapat snap sebahagian gambar jer! Yg lain tu belum sempat nak amik gambar, dah khalas.....

Saya bawa bersama sedikit juadah ke function tersebut - 2 kek lapis dan agar-agar pelangi (resipi dah ada dah dlm previous entry). Jom, cuci mata bersama saya...










Tina.... tak ku sangka, kuat jugak kau makan yer.....dua pinggan lagi!!



Kak Samah dan Kak Rahimah - senyum jer.....Tahniah di atas promosi anda!



Tahniah Sahat! (Dan yg lain2 yg saya lupa sebut, tahniah juga ya!)

Friday, June 27, 2008

SALAM...

Of late, I've not been updating this blog as frequest as I would like to. Reason(s) ?? ahhh...bz is the only fast word which comes to mind! Of course, for convenience sake, we always say we're busy when we are not able to do something or doing them on time. Guess alot has to be learned on time management heheh...

But really, time is not on my side these days. Would love to update my blog and provide replies every other day but sad sad.. kecapek an.... Mendingan, blakangan ini, kalau waktu paginya asyik nonton sepakbola EURO 2008. Selalunya, saya nonton TV, tapi ada ketika TV yg nonton saya. Waduhh..... rugi donk! Coba bayangkan, jam 2.45 pg udah siap depan TV. Siap dengar lagi national anthem kedua-dua pasukan sepakbola. Terusan, tiba-tiba udah komersial jam 5 pagi .... Kiranya baru berapa detik yg berlalu... Langsung tunggu aja berita jam 7 pagi utk keputusannya. Anyway, for the finals GERMANY will meet SPAIN. Kalau saya sih, maunya Germany aja yg sukses. Tapi kalau Spanyol yg menang, OK OK aje deh...

Berbalik kpd beberapa pertanyaan/requests yg saya terima dari anda yg belum sempat saya reply, di sini saya cuba reply sedapat-dapatnya. Namun ada juga pertanyaan anda yg belum dapat saya jawab kerana kekurangan info. Insya'allah akan saya ikhtiarkan jika terdaya.


1) sayangsuhana - Resipi Sambal Tumis Sotong saya dah updatekan di sini sambal tumis sotong

2) mami - resipi kuih cili masih belum diperolehi.

3) Mas - mungkin you boleh cuba resipi serabai dari FP Rossya ni atau 2 resipi dibawah ni (Maaf saya blum mencubanya ya).


SERABAI (I)

Bahan-Bahan
500 gram tepung beras
300 gram nasi (Kisar bersama sedikit air)
1 1/2 biji kelapa (gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter)
1 1/2 sudu kecil mauripan (yis)
Garam secukup rasa

KUAH DURIAN
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
Garam secukup rasa
2 Helai daun pandan (diikat)

CARA - CARA MEMBUAT SERABAI
1) Campurkan yis mauripan dengan santan suam.Kacau sebati dan kisarkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).

2) Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak.
3) Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil.Buat hingga habis adunan.


CARA-CARA MEMBUAT KUAH
1) Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.



SERABAI (II)

500 ml santan (dari 1/2 kelapa putih)
sedikit garam

Bahan A
150 g tepung beras
300 ml air

Bahan B
1 biji telur
300 g tepung beras
600 ml air

Bahan Kuah
900 ml santan (dari 1 kelapa)
300 g gula melaka
2 helai daun pandan, disimpulkan
sedikit garam
2 biji telur
1 camb tepung beras

Cara Membuat Serabai:

Jerang santan dengan garam hingga mendidih (kacau selalu). Angkat dan biar sejuk. Satukan bahan A dan jerang atas api perlahan sambil dikacau hingga kental. Campurkan semua bahan B, masukkan A dan santan yg dimasak. Kacau sebati dan biar 4 jam. Panaskan acuan serabai atas api perlahan. Masukkan adunan secukupnya dalam setiap acuan. Tutup dan masak selama 5 min kemudian angkat.

Untuk Membuat Kuah:

Jerang santan dengan gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Satukan telur dan tepung beras, tuangkan ke dalam santan dan kacau hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan serabai.


4) Ayu - Resipi Kuih Ang Ku dah terimakan? So buat yg lain yg kepingin nak buat, this is the recipe:


KUIH ANG KU
(sumber : Pn Betty Yew)




Bahan-Bahan
150 gm keledek (buang kulit & potong berketul-ketul)
465 gm tepung pulut
50 gm gula
2 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh garam
150 ml santan cair & 300 ml santan pekat (diperah dari 1 biji kelapa parut)
pes kacaang hijau
beberapa titik pewarna makanan merah
daun pisang (dipotong cukup besar utk melapik dasar acuan)

Cara:
Rebus keledek hingga empuk. Toskan dan lecek sehingga halus dengan alat melecek kentang. Campurkan separuh tpg beras dgn keledek yg dilecek. Ketepikan.

Bubuh gula, minyak jagung, garam dan santan cair ke dalam periuk sederhana besar lalu didihkan. Masukkan pewarna merah sambil kacau. Tambah baki tpg pulut tadi dan kacau sehingga doh rata. Angkat dari api.

Kemudian, campurkan doh panas ini dgn bancuhan keledek dan tpg pulut tadi. Masukan santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Renjis permukaan papan canai yg bersih dgn sedikit tpg pulut dan uli doh hingga lembut. Masukkan ke dalam mangkuk lalu ditutup dgn tuala bersih dan ketepikan.

Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian yg sama besar dan bentukkan menjadi bebola. Leperkan setiap bebola dan bubuh inti pes kacang hijau ditengah-tengahnya. Lipat bahagian tepi doh utk membaluti inti pes kacang hijau.

Tekap bebola doh ke dalam acuan ang ku yg disapu minyak utk membuat kesan bercorak. Kemudian, perlahan-lahan keluarkan ang ku dan bubuh di atas kepingan daun pisang. Ulang proses ini sehingga doh selesai.

Kukus ang ku di atas air mendidih dgn api sedrhana selama 8-10 minit. Keringkan permukaan tudung kukusan utk mencegah wap air drpd menitis ke atas ang ku.


PES KACANG HIJAU


Bahan-Bahan
600 gm kacang hijau (tanpa kulit)- basuh dan rendam semalaman dan toskan
150 ml air
6 helai daun pandan (diikat simpul)
575 gm gula pasir

Cara:
Kukus kacang hijau selama 30-40 minit sehingga lembut. Lecek dgn pelecek kentang ketika kacang hijau masih panas. Ketepikan.

Bubuh air ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan gula lalu didihkan di atas api kecil. Kacau sehingga gula larut dan menjadi sirap.

Masukkan kacang hijau lecek tadi dan kacau rata-rata sehingga bancuhan hampir kering. Keluarkan daun pandan dan ketepikan bancuhan supaya sejuk. Bentukkan pes kacang hijau menjadi 20-22 biji bebola kecil.


5) laafami - Resipi Murukku yg biasa saya buat adalah seperti berikut:


MURUKU

1 kg dhal kacang kuda (cuci bersih, keringkan dan kisar) -atau beli yg dah siap jer
1-2 sudu makan serbuk cili merah
1 sudu teh jemuju (omum)
1 biji telur
secukup air (ada yg gunakan santan yg dimasak dulu)
garam secukup rasa


Cara:
Masukkan tepung kacang dhal ke dalam mangkuk besar. Bubuh serbuk cili, garam dan jemuju. Gaul rata dan masukkan telur lalu digaul lagi. Kemudian masukkan air secukupnya utk menguli tepung menjadi satu adunan yg lembut (bukan lembek).

Cara Menggoreng Muruku
Panaskan minyak yg banyak dalam kuali utk kaedah goreng terendam.
Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku dan tekan adunan ke dalam minyak tadi hingga membentuk seperti bulatan. Kecil besarnya saiz, tergantng kpd anda.
Goreng hingga adunan masak/garing, angkat lalu toskan minyaknya di atas kertas serap minyak. Buat begini sehingga adunan selesai.


6) Puan Tiara Sera - resipi Kuih Tat

Maaf yer Pn Tiara Sera, sejauh ni saya blum ada step by step utk membuat kuih tart. Cuma, resipi yg biasa saya buat lebih kurang adalah seperti berikut:


KUIH TAT

Bahan-Bahan
900- 1000 gm tepung gandum
2 buku mentega (abt 500 gm)
1 sudu mkn minyak sapi (optional)
1 biji telur
sedikit air sejuk (optional)

Cara:
Ayak tepung kedalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan minyak sapi ke dalamnya dan gaul rata. Masukkan pula telur lalu diuli menjadi adunan yg lembut. Bubuh air sejuk jika perlu.

Ambil sekeping kertas minyak/tracing dan bubuh sedikit adunan di atasnya. Tutup dgn sekeping lagi kertas lalu dicanai rata adunan tersebut menjadi leper dgn ketebalan mengikut citarasa anda. Terap dgn menggunakan acuan kuih tart. Bubuh inti nenas dan bakar hingga masak.


7) zzzzzz

Kacang ulundu itu adalah seperti ini..



8) riz - bagedel kentang

Maaf ya riz, lambat reply. Thanks Dayang fr helping me to reply. Tapi just to share how i do it ya.

Terdapat pelbagai cara/kaedah utk membuat bagedel.

Ada yg merebus kentang dulu sehingga empuk baru dilecek dan dibubuh rencah yg lain. Digaul rata dan dibulat-bulatkan seperti bola baru dileperkan sedikit. Bila mengepal kentang tu biarlah mampat/padat agar ia tak mudah hancur ketika goreng. Pastu celup dgn telur yg dikacau sedikit.

Cara merebus ni mmglah baik (dari segi kesihatan) tapi kalau terlalu lama merebusnya, kentang akan serap banyak air dan bagedil menjadi lembik. Kalau ini berlaku, anda bolehlah mengambil beberapa keping biskut krim kraker dan tumbuk halus. Kemudian campurkan ke dalam bahan kentang tadi dan gaul rata. Tpg biskut ini akan membantu memampatkan bagedil anda, Insya'allah.

Seperkara lagi, bila saya menggoreng bagedil, saya suka bubuhkan kira-kira 1 sudu teh tepung jagung kedalam telur dan kacau rata. Ini akan 'mengeraskan sket' lapisan telur yg menyelimuti bagedil tu- mcm protection gitu laa.

Satu cara lagi utk mengelakkan bagedil anda menjadi lembik dan hancur ketika goreng ialah, setelah kentang dikupas kulitnya, anda hirislah bulat-bulat sehingga selesai. Kemudian, anda panaskan minyak dan goreng sehingga kentang masak. Pastu angkat dan toskan. Cara begini memang tak serap air langung dan bagedil akan mampat cuma, ehem... pakai lebih minyak lerr. Kalau sesaper sedang diet tu, susah sket lah.

Harap info ini dapat membantu yaa.

Sunday, June 22, 2008

THOSEI

Kehidupan kita yg berbilang kaum membolehkan kita merasa atau menjamu selera hidangan makanan kaum-kaum yg lain; asalkan ianya dijamin halal. Atau lebih baik lagi jika kita dapat menyiapkannya sendiri di rumah. Ialah.....walaupun tak 100% seperti dikedai/gerai, Alhamdulillah jika rasanya dapat menepati citarasa kita.

Kali ini saya ingin berkongsi satu resipi makanan kaum India iaitu Thosei. Seperti hidangan Capati yg saya mula pelajari ketika saya di bangku sekolah dulu - dari ibu seorang kawan yg berketurunan Pakistan; saya juga berjinak-jinak membuat Thosei setelah mendapatkan resipi yg simple/mudah, juga dari ibu seorang schoolmate berbangsa India. Lama dah....lebih 25 tahun dulu.

Buat diri saya, Hidangan Thosei ini cukup jika ada lauk sampingannya seperti sambal kelapa, sambal cili dan kuahnya yg disebut "sambar" oleh kaum India. Jika diimbas kembali sewaktu kanak-kanak dulu, ketika saya menginap di rumah ibu saudara, beliau suka beli thosei dari jiran sebelah blok beliau dan...makannya dgn sambal/paceri kelapa jer!! Bayangkanlah kalau gitu jer dah sedap, apalagi kalau hidangan sepenuhnya. Asyik deh....

Di sini saya sertakan resipi Thosei berserta Masala, Sambal(Paceri) Kelapa dan Sambar. Di samping resipi yg ada dlm simpanan, saya juga membuat rujukan dan sedikit olahan pada resipi Thosei dari salah seorang pakar masak tempatan. Selain membuat thosay biasa yg plain, anda juga boleh mempelbagaikan thosei anda seperti Thosei Masala, Telur, Bawang, Paper, Keju, dll. Jom, lihat!



THOSEI

Bahan-Bahannya:
1½ cawan beras (dibersihkan, cuci dan rendam dgn air selama 5-6 jam)
½ sudu teh halba
1½ cawan air
2 sudu besar nasi sejuk – (rendam bersama beras)
atau 2 sudu besar tairu
½ cawan kacang hitam (ulundu) yg dah dibuang kulit - (dibersihkan, cuci dan rendam dgn air selama 5-6 jam)

Cara:
Toskan beras dan masukkan ke dalam pengisar bersama halba dan ½ cawan air. Kisar hingga halus. Masukkan pula kacang hitam dan lagi ½ cawan air. Kisar lagi. Kemudian, masukkan pula nasi sejuk atau tairu. Kisar lagi hingga ia pekat dan sebati. Tuang ½ cawan air lagi dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga rata. Perap selama 5-6 jam.

Cara Memasak Thosei
Panaskan kuali leper (tawa). Sapukan minyak rata-rata ke seluruh kuali dgn menggunakan sehelai kain bersih. Tuangkan satu/dua senduk adunan tepung yg telah dibancuh tadi dan lebarkan bulatannya dgn menggunakan bahagian bawah senduk. Biarkan sebentar sehingga ia masak.

Untuk membuat Masala Thosei, letakkan 1 senduk campuran sayur (isian) Masala ke atas thosei yg telah dimasak tadi lalu dilipat dua. Hidangkan bersama paceri kelapa, sambar dan tulu.



ISIAN UNTUK MASALA THOSEI

Bahan-Bahannya:
¼ cawan kacang dhal (bersihkan dan rendam)
3 cawan air
½ sudu teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih (hiris halus)
½ biji bawang besar (hiris kasar-kasar)
2 btg lada hijau (potong kpd beberapa bahagian)
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Campurkan kesemua bahan di atas dalam sebuah periuk bertangkai dan didihkan.

1 btg lobak merah (potong dadu kecil-kecil)
10 btg kacang buncis (potong kecil-kecil) atau 3 sudu besar kacang peas
3 biji kentang (rebus hingga empuk, potong dadu)
2 btg lada hijau (kerat kpd beberapa bahagian)
sedikit hirisan kobis (jika suka)
1 sudu teh serbuk lada merah
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh asam jawa (campur dgn 2 sudu besar air dan ambil air asamnya)

Cara:
Bila kacang dhalnya sudah empuk, masukkan lobak merah, kacang buncis, kentang, kobis dan lada hijau. Apabila sayurnya sudah lembut, masukkan serbuk lada merah, jintan manis, jintan putih, garam dan air asam (sket jer). Masak hingga kuahnya pekat.

Bahan-Bahan Utk DiTumis
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
3-4 tangkai lada kering (potong beberpa bahagian)
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan utk ditumis. Bila bawang sudah layu, tuangkan pada dhal/sayur-sayuran yg dah empuk tadi. Gaul rata dan biarkan sebentar sebelum dimatikan api.


PACERI KELAPA DGN LADA HIJAU



Bahan-Bahannya
120 gm kelapa parut
2-3 btg lada hijau (hiris kasar-kasar)
3 ulas bawang merah (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
½ sudu teh halia hiris
¾ cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus

1 sudu teh asam jawa (tuangkan ½ cawan air, ambil airnya)
garam secukup rasa

Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak

Cara:
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan pula garam dan air asam. Didihkan dgn api kecil dan dikacau sekali-sekala. Apabila kuahnya mulai pekat, angkat dari dapur. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada paceri yg dah masak tadi. Tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.

Nota:
Jika anda kurang gemar dgn lada hijau, cuba resipi alternatif untuk sambal/paceri kelapa ini:


SAMBAL KELAPA

Bahan-Bahan
150 gm kelapa parut
¾ - 1 cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus

sedikit air asam (sket jer, jgn terlalu masam)
garam secukup rasa

Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada kering (dipotong-potong)
2 sudu besar minyak

Cara:
Masukkan kelapa parut yg dah dikisar ke dalam periuk. Masukkan pula garam dan air asam. Didihkan dgn api kecil dan dikacau sekali-sekala. Apabila kuahnya mulai pekat, angkat dari dapur. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada sambal kelapa yg dah masak tadi. Kacau rata-rata dan tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.


PACERI KELAPA DGN LADA MERAH



Bahan-Bahannya
120 gm kelapa parut
10 tangkai lada kering (rendam dgn air panas)
3 ulas bawang merah (potong kasar-kasar)
1 ulas bawang putih (potong kasar-kasar)
½ sudu teh halia hiris
¾ cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus


1 sudu teh asam jawa (tuangkan ½ cawan air, ambil airnya)
beberapa tangkai daun kari
garam secukup rasa

Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak

Cara:
Campur bahan-bahan kisar dgn air asam dan garam lalu didihkan atas api kecil. Kacau sekali-sekala. Bila campurannya mula pekat, angkat. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada paceri yg dah masak tadi. Tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.


TULU
(Masakan campuran dhal, lada dan bawang putih)



Bahan-Bahannya:
3 sudu besar kacang hijau atau dhal (ulundu) –dibersihkan
12 tangkai lada kering (dipotong-potong)
1 ulas bawang putih (dititik dgn kulitnya sekali) - saya tak taruk
2 sudu teh minyak halia - saya tak taruk
½ sudu teh garam
asafoetida (gunakan sikit jer, anggaran sebesar kacang peas) - saya tak taruk

Cara:
Disangai berasingan dalam kuali:
1) kacang hijau hingga garing
2) Lada kering hingga hampir garing
3) Bawang putih (dgn kulitnya sekali) hingga kulitnya garing

Cara:
Buangkan kulit bawang putih setelah disangai. Sejukkan bahan-bahan yg disangai sebelum dikisar. Kisar kacang hijau dahulu, diikuti dgn lada kering, bawang putih dan asafoetida.
Bahan-bahan ini dikisar jgn sampai halus. Biarkan kasar-kasar sahaja. Tuangkan ke dalam mangkuk dan dibubuh garam dan minyak halia. Gaul rata.

Apa Yang Saya Lakukan:
Kacang dan lada kering yg telah disangai kering berasingan tadi, saya satukan dan kisar hingga 3/4 halus jer. Pastu saya bubuh garam. Siap!


SAMBAR THOSEI



Bahan-Bahannya
½ cawan kacang dhal – bersihkan dan rendam 1 jam
4 cawan air
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 biji bawang besar – hiris tebal
2 btg lada hijau – potong-potong
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang lobak merah - dipotong dadu (atau ikut suka anda)
4 btg kacang panjang – potong kecil-kecil
1 biji kentang – dipotong dadu (atau ikut suka anda)
1 btg labu(petola) ular (potong kecil-kecil)

Campurkan dgn 2 sudu besar air, dijadikan rempah basah:
1 sudu teh serbuk lada
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh jintan putih

1 sudu teh asam jawa (campurkan dgn ½ cawan air, ambil airnya)
1 sudu besar kelapa parut – dikisar halus (atau 3 -4 sudu makan santan pekat)

Bahan-Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah – hiris halus
3-4 tangkai lada kering – dipotong kpd 3-4 bahagian
½ sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak

Cara:
Toskan dhal, masukkan ke dalam sebuah periuk, tuangkan air dan masukkan daun kari, bawang putih, bawang besar, lada, garam dan serbuk kunyit. Biarkan hingga mendidih. Bila dhalnya dah empuk, masukkan lobak merah, kacang panjang, petola dan kentang.

Bila kentangnya dah empuk/lembut, masukkan rempah basah. Didihkan lagi, kemudian masukkan air asam dan kelapa yg dah dikisar tadi atau santan. Didihkan bahan campuran ini sekali lagi.

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawang dah garing, tuangkan pada dhal. Tutup periuk sebentar sebelum dimatikan api.

Pelbagai Variasi Thosei



Saturday, June 14, 2008

GADO-GADO

Gado-Gado merupakan satu lagi hidangan asli orang Jawa. Kuahnya hampir serupa dgn 'pecel'. Resipinya mudah dan hidangannya boleh dikatakan agak sihat. Jom, kita lihat resipinya. I'm sure its very easy for anyone to do it.



GADO-GADO

Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar)
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata, digaulkan dengan 1/2 cawan air)
70 gm gula melaka
8 sudu makan (bumbung) gula pasir
3½ -4 cawan air
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)


Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk, sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukup minyak untuk menumis


Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong (dipotong dadu)
3 biji kentang (direbus & potong dadu)
4 peket tempeh (digoreng & potong kecil-kecil)
4 keping tahu saiz kecil (digoreng & potong ikut suka)
250 gm kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci & direbus separuh masak)
250 gm kobis (dihiris halus & dicelur sebentar)
1 biji timun (dihiris)
5-6 biji telur rebus (belah 4)
keropok ikan, udang atau belinjau goreng


Cara Menyediakan Kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga garing dan wangi.

2) Bila terbit minyak, masukkan kacang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan dikacau rata. Sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimatikan api. Kuah Gado-Gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.


Cara Menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh, tahu, telur dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.









Nota:
1) Kuah Gado-Gado ini lebih sedap jika rasanya manis sedikit. Kebanyakan resipi-resipi menggunakan hanya 4 sudu makan gula utk 600 gm kacang tanah. Bagi saya, ini sememangnya tidak mencukupi kerana apabila kacang tanah dimasak bersama air, kemanisan gula itu akan 'tenggelam' bersama kacang, air dan rempah yg lain.

2) Di waktu dahulu, gado-gado ini selalu dimakan bersama keropok udang. Tapi anda boleh juga menggantikannya dgn keropok ikan atau belinjau.

Friday, June 13, 2008

KUIH LOMPANG



Kuih Lompang ni lebih kurang saudara sepusat-sepusing dengan Kuih Kaswi. Perbezaannya sedikit jer. Kalau kuih kaswi kita menggunakan gula melaka utk membangkitkan aromanya, kuih lompang pula hanya menggunakan gula pasir saja. Basically, gula dimasak dgn air , biarkan sebentar, lalu digaul bersama dgn bahan tepung. Cuma, kekadang tu bila sukatan air tidak mencukupi, kuih akan menjadi keras. Ini kerana tepung beras selalunya akan memekat bila ianya dimasak dgn cecair seperti air atau santan. Walhasil kalau ingin betul2 memastikan kuih tu lembut ke tak, anda kukuslah beberapa mangkuk dahulu. Kalau perlu, baru bubuh sedikit air lagi.

Di sini saya sertakan resipi KUIH LOMPANG yg saya siapkan pagi tadi. Jom, cuci mata!!




KUIH LOMPANG
Ingredients:
110 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 ml air
(Satukan dan gaul rata)

250 gm gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan
(Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)

½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)


Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung ubi. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.

2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.

3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.

4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.



Thursday, June 12, 2008

KUIH TALAM BERLAUK



Saya memang meminati Kuih Talam Berlauk sejak dulu lagi. Saya selalu memerhatikan arwah ibu saya setiap kali beliau membuat kuih-kuih melayu ni. Pendekata, saya ni macam 'apprentice' yg tak diundang. Yang pasti, banyak soalan yg saya tanya kpd beliau jika saya kurang faham.

Kuih Talam Berlauk ni lebih kurang macam Kuih Bakar Berlauk. Bezanya satu dibakar yg satu lagi dikukus. Namun demikian, Kuih Talam Berlauk yg biasanya dibuat oleh arwah ibu saya selalunya menggunakan bahan inti seperti daging kisar/cincang yg disangai/goreng, udang kering tumbuk dan telur dadar hiris. Ini dah mencukupi. Bagaimanapun kali ini, saya menambahkan inti seperti udang hidup dan crab stick. Biasalah, saya ni suka mencuba sesuatu yg baru.

So, kalau sesiapa teringin nak mencuba kuih talam berlauk ni, siapkan bahan2 di bawah ni dan ikut peraturannya yaa...




KUIH TALAM BERLAUK
Bahan-Bahannya
300 gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
800 ml santan pekat dalam kotak (saya gunakan KARA)
1100 ml air
2 sudu teh garam
{Satukan semua bahan di atas dan ditapis. Masak di atas api yg sederhana selama kira-kira 15 minit sehingga adunan menjadi agak pekat (jgn terlalu pekat)}

Bahan-Bahan Inti
250 gm daging kisar
1 sudu teh ketumbar + 1/2 sudu teh jintan halus + 1/2 sudu teh jintan kasar (dikisar)
sedikit halia, bawang putih & serbuk lada putih
secubit garam
(Satukan dan gaul lalu goreng dgn sedikit minyak hingga kering sedikit)- kalau nak ringkas, goreng dgn garam & ladaputih jer sekadar mematikan air dagingnya.

100 gm udang hidup (buang kulit, dibersihkan & goreng sebentar 1-2 minit)
4 sudu makan udang kering (direndam dan kemudian ditumbuk halus)
4 batang crab stick (potong kecil2) - optional
1 btg cili merah (hiris)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 biji telur (dibuat telur dadar lalu dihiris)
sedikit bawang goreng

50 ml santan pekat KARA
50 ml air
2 sudu teh (bumbung) tepung jagung
secubit garam
(Semua bahan disatukan utk dituang atas kuih)

Cara:
1) Sapukan sedikit minyak di dalam loyang bulat berukuran 12" lalu masukkan ke dalam kukusan. Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan yg telah dikacau atas api tadi tadi. Kukus selama kira-kira 30 minit.

2) Kemudian buka penutup kukusan dan taburkan bahan-bahan inti rata-rata ke atas permukaan adunan kuih yg telah masak tadi. Mulakan dgn daging, udang kering tumbuk, udang hidup dan crab stick.

3) Setelah itu, taburkan pula daun sup/bawang, cili merah hiris, telur dadar hiris dan bawang goreng.

4) Akhir sekali, tuangkan santan bercampur tpg jagung tadi rata-rata ke atas permukaan kuih dan kukus lagi kuih talam ini selama 10-15 minit.

5) Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.


Sebelum dikukus


Sesudah dikukus

Wednesday, June 11, 2008

AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)

Saya pernah membuat Agar-Agar Pelangi Indah. Kali ini saya adaptasikan dari resipi tersebut dan mengubahnya kepada AGAR-AGAR LAPIS (Gula Melaka). Rasanya sedap ibarat Agar-Agar Gudir. Jika sesiapa ingin mencuba, berikut ialah resipinya.




AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)

Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.

2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.

3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.

4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Tuesday, June 10, 2008

KEK LAPIS BATIK SUTERA



Salam semua. My kek lapis is back. I did KEK LAPIS BATIK SUTERA again but this time round, I managed to put some design as required by the original recipe and also cut down on the sugar content. Tak susah mana pun. Cuma masukkan adunan dalam botol sos dan picit jer berselang-seli dgn beberapa warna. Nak cuba gunakan pewarna biru but.... in the end the blue not so nice laa. To me mcm gawdy sket. Anyway, here's the pic and recipe once more yaa.



Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus (saya gunakan 180 gm jer)
10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)

Cara :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Cara anda membuat design kat kek ni tergantung dgn kreativiti anda. Yang saya buat kali ini ialah:

3 lapisan plain+5 lapisan warna+3 lapisan plain+5 lapisan warna + 3 lapisan plain.

1 lapis gunakan 2 senduk lauk (bentuk bujur), so jumlah bahan/adunan kek lebih kurang 38 senduk kesemuanya. Jadi bahagikan adunan mengikut sukatan senduk tadi.

Cara:
Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 8"x8". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.

Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan sehingga 3 lapis kesemuanya. Adunan untuk yg berwarna; yg jumlahnya 20 senduk tu di bahagi 3 bahagian dan warnakan dgn 3 warna pilihan anda.

Setelah itu bakar 5 lapis adunan berwarna, diikuti dgn 3 lapisan plain, 5 lapisan berwarna dan akhir sekali 3 lapisan plain.

Thursday, June 05, 2008

KUIH TALAM PANDAN



Kuih Talam Pandan adalah sejenis kuih tradisi Melayu/Nyonya. Ada yg mempunyai lapisan bawah berwarna hijau dan lapisan atasnya putih. Ada juga seperti yg saya buat ni- bawah coklat dan atas hijau. Ini kerana saya minat pada rasa gula melaka yg ada pada lapisan yg berwarna coklat tu. Kalau sesiapa nak cuba, jom!!!! Ini resipinya:


KUIH TALAM PANDAN

Bahan Lapisan Bawah
120 gm gula melaka (dihiris/racik halus)
150 ml air
1 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)

(Masak atas api sehingga gula melaka larut- sukatan air gula menjadi 1 cawan, agak2 220 ml)

2 cawan (abt 200 gm) tepung beras
2 sudu makan tepung Hoon Kue
3 cawan air (abt 660 ml)
1½ cawan santan pekat (saya gunakan 350 ml santan kotak)
sedikit pewarna coklat (optional)
½-1 sudu teh garam

Cara :
1) Campurkan tepung beras, tepung Hoon Kue, campuran air gula/gula melaka, air, santan kotak dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk.

2) Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 15-20 minit sehingga ianya pekat. Matikan api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Kukus bahan ini selama kira-kira 20 minit.

3) Setelah itu, tuangkan bahan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi sehingga masak selama kira-kira 30-40 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk sebelum dipotong.


Bahan Lapisan Atas
3 cawan (abt 660 ml) santan pekat dr 2 biji kelapa
(saya gunakan 400 ml santan kotak + 260 ml air)
1½ cawan gula pasir
6 biji telur ayam -kocok sedikit
4 sudu makan (bumbung) tepung gandum
2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh garam

Cara:
1) Di dalam sebuah bekas, masukkan tepung, gula dan santan pekat lalu dikacau rata.

2) Kemudian masukkan telur, pes pandan dan garam lalu dikacau lagi hingga sebati. Tapis jika perlu.

3) Tuang ke atas lapisan bawah kuih tadi.


Nota:
a) Saya gunakan loyang bulat berukuran 26 cm
b) Kalau nak lebih sedap lagi, gunakan santan segar iaitu perahan santan dari kelapa parut.
c) Utk perisa pandan, lebih baik jika anda ambil 5-6 helai daun pandan, hiris halus & kisar bersama 260 ml air di atas tadi lalu diperah patinya.

Walhasil, ikut citarasa anda. Anyway, resipi di atas ni adalah utk mempermudahkan kita yg mmg sentiasa sibuk dgn tugas seharian. Jenuh gak kalau nak perah santan sampai 2-3 biji tu!!