Followers

Thursday, May 29, 2008

ASSIGNMENT & TAG

Pheww!!! Finally, dapatlah saya luangkan masa utk membuat assignment yg diberi kpd saya oleh kakmOn dan Rinnchan

OK, straight to the point. Here it is.

Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.

2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.

3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.

2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.

3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini.

KakmOn & Rinn, saya dah bereskan tugasan yg anda berikan. Nah sekarang untuk meneruskan misi ini, saya dgn sukahatinya men"tag" rakan-rakan cyber yang ini pula yer!

1) Ah Mat Gebu

2) MamaFami

3) Jun (Yummylicious)



Now, as for the TAG by yati

The rules :

1. Link to your tagger and post these rules on your blog;

2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Here are my answers:

1. Sewaktu di bangku sekolah dulu-dulu, banyak yg saya nak 'jadi' bila dewasa kelak-aspirasi lah katakan! Contohnya seperti menjadi seorang chef, pereka fesyen ataupun guru. (Yg menjadi nyer- tukang masak kat dapur sendiri, pereka fesyen baju sendiri & anak-isteri dan guru kpd anak2- kuang3x....)

2. Saya ni jenis yg kesian kpd orang. Jika mengambil tempahan utk sesuatu, selalunya akan memberi diskaun harga walaupun harganya telah ditetapkan pd awalnya. (ni maksudnya takleh jadi bisnesman sbb nanti lingkup. Company- tak balik modal!)

3. Anak yg bongsu (kecil) dari lima adik beradik (tapi yg paling besar dari segi saiz, heheh...-tak ikut bapak, tak ikut emak, entah genes mana pun tak tau)

4. Cerewet bila nak masak. Takkan buat sesuatu masakan/juadah/lauk jika kekurangan bahan. (Teringat sewaktu muda2 dulu (20+ thn) bila masakkan nasi beriani utk kendhuri doa selamat di rumah kakak. Bahan rempah "sajira" tak dibeli. Saya tetap insist diaorng pi cari "sajira" sampai dpt).

5. Bila makan kat luar pula, saya tak lerr cerewet -asal rasanya tak teruk sgt ok lah. (Tu pasal saya tak suka sgt beli makanan luar. Jika ada masa, saya masak sendiri. Sampaikan sewaktu majlis reception perkahwinan saya dulu, saya berura-ura nak masak sendiri! - stress mungkin-tu pasal nak masak, heheh...)

6. Minat atau hobby saya very diversified but basically menjurus pd kesenian. (Contohnya seperti berkaraoke - waktu muda2 dululah , sekarang ni takde masa dah!, doing men & ladies tailoring/ draperies (dah byk langsir/baju saya, isteri dan anak-anak dihasilkan), memasak dan byk lagi- kalau nak citer tak abis 3 hari 3 mlm kot!

7. Married since age 25 and blessed with a happy family- a wonderful wife and 3 children (a boy & 2 girls)

Oleh kerana saya ni selalu mmg kesian dgn orang, jadi saya tak sampai hati nak tag yg lain-lain (bukan apa, ni alasan jer kot sbb waktu pun dah pagi ni. Esok nak keje). Cukup setakat apa yg dapat saya kongsi mengenai diri saya seadanya.

Monday, May 26, 2008

NASI RAWAN (RAWON)



Saya memang dah biasa makan Nasi Rawan atau Rawon sejak dari kecil lagi. Arwah ibubapa saya memang gemar dgn Nasi Rawan ini sehingga walaupun suatu ketika dulu kami tinggal di kawasan Selatan/Tengah Singapura, kami tetap ke Geylang Serai (Timur) utk menikmati nasi rawan yg dijual di sana. Pendekata, pusat makanan di Geylang Serai dahulu (sekitar tahun 70an) memang 'port' makanan yg sedap2 termasuk juga Kacang Phool.

Kisah lucu pun ada! Teringat suatu pagi Ahad semasa arwah ibu dan saya nak pi Geylang utk membeli nasi rawan utk sarapan keluarga. Pagi-pagi dah keluar rumah, ingatkan lekas pergi lekas balik rumah. Bila masuk dalam lif jer, mintak ampun! ramainya orang. Nak dijadikan cerita, selepas pintu lif tertutup dan mula turun dari tingkat 9, lif tu pun 'jammed' sebelum sampai ke tingkat satu- tiba2 tak bergerak-gerak. Ish, berpeluh2 semua orang kat dalam. Di luar pintu lif, ramai yg tanya dgn kuat "ADA ORANG KE......?" Yang kat dalam pula sekata.. " ADA........" Heheh.......

Waktu dulu, servis dari pihak perumahan tak begitu canggih dan cepat seperti sekarang.. Hampir 20 minit dok dalam lif. Selepas mekanik lif tiba, oleh kerana lif tak dpt dibuka sama level dgn aras tingkat 6, kami satu-persatu harus memanjat sedikit utk keluar. Bayangkan jika lampu lif juga termati sewaktu menunggu ketibaan mekanik tu!!!

Berbalik kepada resipi Kuah Rawan ni; sebenarnya tak begitu susah nak disiapkan. Cuma bila difikirkan ttg lauk-lauk sampingannya tu yg kekadang tertutup hasrat nak buat Nasi Rawan. Bukan apa, banyak kerja dan juga kalau ramai yg makan ok lerr. Kalau setakat 2-3 orang jer, baik beli jer! But on the other hand, sekarang ni nak cari gerai yg betul-betul menjual nasi rawan yg sedap/enak (khususnya kuah rawannya) susah jugak. So, kerana harini terlebih rajin (dan krn tak keje kot!), saya telah menyiapkan Nasi Rawan utk hidangan keluarga saya . Resipi kuahnya adalah seperti arwah ibu saya buat. Oleh kerana beliau telah tiada, saya kini banyak merujuk kpd ibu saudara saya jika saya kurang pasti ttg resipi peninggalan arwah ibu saya. So here it is:




KUAH RAWAN / RAWON
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
(saya gunakan daging sbb anak2 tk makan tetelan)- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar

7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.



LIMPA GORENG


Bahan-Bahan
500 gm limpa (potong ikut suka tp jgn terlalu kecil-rebus hingga empuk)
Rempah Kisar
2 sudu makan ketumbar }
1 sudu teh jintan halus }
1 sudu teh jintan kasar
} …sangai sebentar & kisar halus

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2-3 hiris lengkuas
2-3 hiris kunyit hidup
1 batang serai
Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sehingga garing. Masukkan limpa yg telah direbus tadi dan kacau rata. Bubuh sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan garam dan gula. Biarkan sebentar sehingga rempah resap sebelum dimatikan api.


KACANG IKAN BILIS BERSAMBAL

Bahan2
20-25 tangkai lada kering - rendam (abt 1 cawan lada kisar)
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit belacan }
kesemua bahan di atas dikisar bersama

air asam
garam & gula secukup rasa
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh sedikit air asam lalu masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasanya. Biarkan sambal ini agak pekat sedikit. Matikan api dan sejukkan sebentar. Akhir sekali, masukkan kacang dan ikan bilis dan gaul rat-rata.

Nota:
Kalau sambalnya cair, ikan bilis dan kacang goreng tadi akan lekas menjadi lemau/ tidak garing. Sebaiknya, bila nak makan barulah di gaul ssambal bersama kacang/ikan bilis tadi.


ACAR PADANG
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.







SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
400-500 gm sotong kering
½ buku kecil abucang
(bersihkan sotong dan rendam di dalam air bersama abucang selama 6-8 jam atau semalaman)

Bahan Kisar
30 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar (saiz besar)
sedikit belacan
(semua bahan dikisar)
sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

optional:
sedikit kacang tumbuk (kasar)
atau
½ cawan pati santan

Cara:
Sotong yg sudah kembang dicuci/bilas dgn air bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
Setelah lada/bawangnya garing, masukkan sotong yg dah kembang tadi bersama secukup air utk mengempukkan sotong. Kalau perlu boleh ditambah sukatan airnya. Bila sotong dah empuk, masukkan air asam, gula dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk atau pati santan. Kacau rata-rata dan biarkan lauk mendidih sebelum ditutup api.

Nota:1) Jika anda menggunakan sotong kering jenis yg besar/tebal, mungkin anda boleh merebus dahulu sotong tu hingga empuk sebelum dimasukkan kedalam bahan kisar yg telah garing tadi.

2) Kalau malas nak rendam sotong kering, hai.. gunakanlah sotong yg dah siap kembang tp kurang oommpphhhh sket!

3) Arwah bapa saya suka kuahnya dibubuh pati santan manakala saya sendiri sukan yg ada kacang. Anda.....nak campur dua2?? Orait.....boleh!

KUIH LAPIS



Kuih Lapis ini saya ciluk resipinya dari salah sebuah blog yg saya ziarahi. Ia merupakan sejenis kuih lapis nyonya asli yg terdapat dijual di gerai2 kaum Cina. Apabila saya meneliti susunan warnanya, baru lah terjawab satu kemusykilan ttg kuih ini.

Kuih Lapis ni mempunyai tujuh lapis dan warnanya pula berselang seli antara merah jambu dan hijau. Pada lapis yg terakhir, dibubuh pula warna MERAH. Hah, sekarang sekarang baru lerr tau yg warna merah tu dibubuh bukan kerana si pembuat kuih tersalah bubuh warna, malahan memang itu lah cara kaum Cina membuatnya.

Saya mencuba resipi ini tetapi tidak mengikut susunan warnanya. Almaklumlah, baru seminggu lalu entry kek lapis saya dah berwarna merah jambu/hijau. Mcm jelak pulak! So Saya buatlah warna merah jambu/putih seperti orang2 Melayu menyediakannya. Kalau sesaper nak cuba, jom!!!


KUIH LAPIS

Bahan-Bahan:
150g tepung beras
30g tepung Hoon Kue
400 ml santan kotak }
160 ml air } …. satukan

Untuk Sirapnya
180g gula kaster
150ml air
¼ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan.

Satukan tpg beras dan tpg Hoon Kue ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran air + santan sedikit demi sedikit ke dalammya dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain manakala satu lagi diwarnakan merah jambu.


Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 8” yg telah digris dgn minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit. Kemudian, tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira-kira 150-160 ml) ke dalam loyang tadi. Kukus sehingga 5–6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah jambu dan kukus lagi. Ulangi proses ini berselang-seli warna sehingga lapan lapis kesemuanya.


Setelah lapisan akhir masak, teruskan mengukus selama 12-15 minit lagi. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.




Nota:

Buat informasi LilySara dan yg belum pernah lihat tepung Hoen Kue, ini adalah satu contoh. Tepung ini banyak digunakan dalam resipi kuih-kuih tradisi Nyonya/Peranakan dan Indonesia. Yg ini produknya keluaran Singapura. Kalau di Malaysia, mungkin ada jenama lain seperti Nona atau Nur. Tapi, kalau di Ireland, saya kurang pasti ya, LilySara. Harap maklum.





Thursday, May 22, 2008

MAKOKE



Kuih apam makoke ni dah lama saya tak buat. Resipinya saya dapatkan dari seseorang (tapi tk ingatlah, sbb dah lama kot) . Anyway, kalau sesiapa nak cuba, here's the recipe.


MAKOKE

Bahan-Bahan Utk Ibunya
1 mangkuk (kira-kira 500 gm) nasi sejuk
1 keping ragi (bulat sebesar syiling 50sen)

* Ragi dihancurkan hingga halus dan digaul dgn nasi hingga rata. Masukkan ke dalam bekas dan simpan selama 2-3 hari sehingga menjadi tapai nasi.


Bahan (A)
1 senduk lauk tapai nasi (kira-kira 200 gm)
6 oz air
12 oz gula

* Ketiga-tiga bahan ini dikisar hingga halus


Bahan (B)
1 peket (600 gm) tepung beras
12 oz air

* Bahan ini disatukan dan digaul rata.


Cara:
Satukan bahan (A) & (B). kacau rata. Kalau perlu ditapis adunannya.
Perap selama 1½ jam. Apabila nak dikukus, barulah dibubuh 2 sudu makan Eno.
Kemudian kacau rata-rata sebelum dikukus selama kira-kira 15-20 minit.
Enak dimakan dgn kelapa parut dan gula tanjung.

Monday, May 19, 2008

KUIH KERIA

Kuih Keria merupakan 'donat' Melayu yg selalunya diperbuat dari campuran keledek dan tepung; yg kemudiannya disaluti dgn gula. Kuih yg mmg menjadi kegemaran ramai sewaktu dahulu, kini semakin pupus kerana anak-anak sekarang hanya terdedah dgn donat pelbagai perisa yang banyak berada di pasaran. Walau bagaimanapun, membuat kuih keria ni taklah susah, malahan senang kot! Kalau tak percaya, lihat resipi di bawah ni. (tp maaf yer, kuihnya comot sket arr!)



KUIH KERIA

Bahan-Bahan

800 gm ubi keledek
180 gm tepung gandum
2 sudu teh gula
secubit garam
minyak utk menggoreng

Utk Salutan Gula
100 gm gula
100 ml air

Cara:
1) Kukus atau rebus keledek sehingga empuk. Kupas kulitnya dan lecek hingga halus. Masukkan tepung dan gaul/uli hingga menjadi adunan yg boleh dibentukkan.

2) Bahagikan adunan menjadi bebola (lebih kurang 15-20 biji, tergantung kepada saiz bebola tersebut). Bentukkan menjadi gegelang (rings). Ketepikan.

3) Panaskan minyak dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.

4) Kemudian, di dalam kuali, masak gula dengan air sehingga mendidih dan gula larut. Biarkan sebentar sehingga gula memekat. Masukkan kuih yg telah digoreng tadi dan gaul/kacau rata sehingga gula menyaluti keseluruhan kuih-kuih tadi. Gunakan api yg sederhana.

5) Angkat dari kuali dan hidangkan.

Nota:
Jika anda tidak gemar dgn salutan gula seperti di atas, anda bolehlah taburkan gula halus pada kuih keria yg telah digoreng itu (seperti donat biasa)




Saturday, May 17, 2008

KEK LAPIS CADBURY



Semalam malam sempat saya membakar sebiji kek lapis. Kalau tak silap saya, resipinya saya dapat dari salah satu Forum di Internet. Saya cuma buat sedikit ubahsuai pada susunan lapisan kek saja. Anyway, terima kasih kpd yg empunya resipi.

Namanya Kek Lapis Cadbury tapi oleh kerana saya hanya ada cokelat Van Houten dalam simpanan, so perhaps, kita tukar nama resipinya kpd Kek Lapis Van Houten?? OK kot? Anyway, rasanya enak jugak cuma bagi sesiapa yg kurang minat dgn cokelat, bolehlah ditiadakan kerana rasanya pun OK dan sedap walaupun tiada cokelat.

KEK LAPIS CADBURY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")

Catitan Saya:

1) Saya buat dua lapisan berwarna dan cuma bubuh cokelat pada setiap lapisan (plain) ketiga jer.
2) Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
3) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

Wednesday, May 14, 2008

KUIH BAKAR DURIAN



KUIH BAKAR DURIAN

Bahan-Bahan
260 gm tepung gandum
240 gm gula
400 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
450 ml air
4 biji telur saiz besar - kocok sedikit
250 gm isi durian (dilecek)
2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
pewarna kuning (optional)
secubit serbuk vanilli

Cara:
1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan isi durian, santan pekat, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3. Masukkan minyak sapi dan ratakan.
4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

Sunday, May 11, 2008

BUKU CHEF ANUAR 2 / KEK KEJU APRIKOT



Salam sejahtera. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam perlindunganNya. Maaflah. Kebelakangan ni tak banyak updates sbb.... penat? stress? ataupun kurang motivasi mungkin!! Apa pun, terimakasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Di sini saya nak berkongsi dgn anda ttg buku Chef Anuar 2 yg telah pun berada di pasaran. Buku yg tampil dgn 60 resipi terbaru ni, memuatkan resipi-resipi kek, biskut, pastri dan manisan. Overall, mudah difahami. Jadi, kpd sesiapa yg memang minat dgn resipi-resipi dari Chef Anuar ni (atau pun dgn orangnya kot!), bolehlah dapatkan di toko-toko buku. (maaf yer Chef Anuar- promo sket buku anda).




OKlah, kat sini saya nak postkan 1 resipi yg enak & menarik, yg saya tukil dari buku tersebut. Kalau nak cuba, silakan..


KEK KEJU APRIKOT

Bahan-Bahan
500 gm keju krim
150 gm gula kaster (a)
4 biji kuning telur
40 gm tepung jagung
70 gm gula kaster (b)
4 biji putih telur
1 keping kek sponge vanilla berukuran 25cm x 25cm x 1½ cm ( 10”x10”x ½” )
20 biji aprikot dalam tin

Cara:
1. Putar keju krim bersama gula kaster(a) sehingga lembut.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan tepung jagung dan kacau hingga sebati.
4. Putar gula kaster (b) bersama putih telur sehingga kembang.
5. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan keju krim dan gaul rata menggunakan tangan. 6. Letak kek span di dalam dulang pembakar dan susun aprikot memenuhi seluruh kek.
7. Ratakan adunan keju menutupi aprikot.
8. Bakar kek menggunakan teknik double boiler pada suhu 160 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit.
9. Potong dan hias mengikut daya kreativiti anda.

Panduan:
Untuk memastikan kek tidak mendak, biarkan kek berada dalam ketuhar setengah jam selepas suis ketuhar dimatikan.

Sunday, May 04, 2008

SHABSUKA

Shabsuka merupakan makanan berasal dari kaum Arab. Seperti Bamiah dan Kacang Phool, Shabsuka juga adalah salah satu hidangan yg saya gemari. Dah lama gak saya tak buat Shabsuka ni. Kalau seingat saya, the last time I did was many, many years ago. Anyway, kalau sesiapa nak cuba, this is the recipe yg saya selalu gunakan.



SHABSUKA

Bahan-Bahan
500 gm daging kisar (atau daging yg dipotong kecil-kecil)
3 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang putih }
½ inci halia } …..(tumbuk halus)
4 sudu makan rempah kari
1-2 sudu makan tairu (optional)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 cawan kecil sayur campuran (mixed vegetable)
2 sudu teh puri tomato
4-5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh gula (atau secukup rasa)
garam secukup rasa


Bahan Untuk Tabur Atas Daging
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun pudina (saya tak taruk sbb lupa nk beli)
sedikit daun ketumbar
1-2 btg lada hijau (hiris)
1-2 btg lada merah (hiris)
2 sudu mkn bawang goreng (optional)
4 biji telur (dikocok sedikit, bubuh garam)


Cara:
1) Daging kisar digaul dengan bawang putih, halia, tairu dan rempah kari. Perapkan selama 20 minit.

2) Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan pula cili. Masak hingga cili garing.

3) masukkan daging yg telah diperap tadi dan kacau rata. Kalau perlu bubuh sedikit air.

4) Apabila daging ¾ empuk, masukkan puri tomato, sos tomato, sayur campuran dan tomato dadu. Kacau lagi dan bubuh garam & gula. Sesuaikan rasanya (masam, manis, etc) mengikut selera anda. Biarkan sebentar lagi sebelum diangkat. Bahan ini jgn terlalu cair atau terlalu pekat.



Cara Penyediaan Shabsuka
1) Daging yg telah dimasak tadi dibubuh dalam pinggan pyrex. Ratakan.

2) Taburkan bahan-bahan seperti, bawang/tomato dadu, cili merah/hijau hiris, daun pudina/ketumbar dan bawang goreng. Akhir sekali, siramkan telur ke atasnya.

3) Bakar selama kira-kira 20 -30 minit dalam ketuhar biasa atau 5-7 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

4) Hidangan ini sesuai dimakan bersama roti.



Nota:
Cara Lain Menghidangkan Shabsuka

1) Daging yg sudah dimasak tadi dibubuh ke dalam pinggan dan ditabur dgn daun ketumbar, cili merah/hijau hiris dan bawang goreng. Kemudian bubuhlah di atasnya telur-telur yg telah digoreng mata lembu/sapi. Tak perlu dibakar. Hidangkan bersama roti perancis.

2) Daging yg sudah dimasak tadi dibubuh ke dalam pinggan pyrex dan ditabur dgn bawang/tomato dadu, daun ketumbar, cili merah/hijau hiris dan bawang goreng. Kemudian, pecahkan telur sebiji sebiji ke atasnya. Selepas itu dibakar dalam ketuhar.

Pucuk pangkal, tepuk dada tanya selera- yg mana satu pilihan anda...

Friday, May 02, 2008

DADIH PIC & MANGGA



Came across a Dadih recipe from Forum Cari but the recipe calls for strawberry milk. Since I have mangoes at my disposal now, I decided to change and modify it to mango flavour. But then , when I couldnt find mango yoghurt in the supermarket that day, I just pick up a peach & mango yoghurt. Anyway, I suppose the combination is not bad though. So, here is the modified version.


DADIH PIC & MANGGA

Bahan-bahan
1 liter susu kotak penuh krim (plain)
2 sudu besar esen mangga
1 cawan air
8-10 sudu besar (bumbung) gula pasir
1 sudu besar (bumbung) serbuk agar-agar
150 ml peach & mango yoghurt
1 biji mangga (dipotong dadu, kecil-kecil)
sedikit buah pic dlm tin (dipotong kecil-kecil) ..optional

Cara:
1. Masak serbuk agar-agar dgn air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula & esen mangga lalu dikacau rata. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkan pula susu penuh krim dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Isikan potongan mangga/pic ke dalam bekas-bekas kecil. Kemudian tuangkan dadih.
5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan sejuk-sejuk.