Followers

Sunday, July 08, 2007

LAPIS KACANG HIJAU

Oleh kerana resipi permintaan mummy jam berasaskan kacang hijau, di sini saya sertakan juga resipi/foto yg saya tukil dari buku ALMAS yg juga menggunakan bahan asas kacang hijau.

LAPIS KACANG HIJAU
(Sumber: Pn Siti Mastura Alwi)

Bahan-Bahan
400 gm tepung kacang hijau
100 gm tepung hoon kwee
80 gm tepung kanji
600 gm gula melaka
200 gm gula halus
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2500 ml santan dari 4 biji kelapa parut
2 sudu teh pewarna hijau
loyang bulat (28 cm) gris sekelilingnya dgn minyak

Cara:
Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit. Ketepikan.

kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi sehingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna asalnya.

Kukus di dalam loyang berselang-seli warna sehingga adunannya habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.

Biarkan kuihnya benar-benar sejuk , barulah dipotong.

9 comments:

Anonymous said...

Hi! when you say 2500 ml santan...do you mean use 2500 ml of the santan kotak, like kara brand...? or do i dilute the santan kotak with water? if so, what is the proportion of the santan to water?!
pls help!

BR said...

Hi anonymous,
If you use KARA coconut milk, you may use 1500 ml of it + 1000 ml of water. Hope this helps.

Anonymous said...

Lama dulu sya penah buat kuih nie.. mmg sedap sgt. Sya dapatkan resepi dr cousin kat spore. Malang nyer resepi tu dah hilang, puas sya cari dan sekarang sya dah dpt semula. Pas ni nak cuba buat dan promosi kat pantai timur nie..

BR said...

Cubalah chah. Resipi Puan Siti Mastura ni mmg boleh dipercayai. Heheh...nak promosi kat Pantai Timur, bagus tu! Ilmu ni kalau diperpanjangkan kpd ramai, pahala sesgt.

Ummie AM said...

salam.
Bestnya 1st time buat kuih lapis terus jadi...
saya buat 1/2 adunan, n kurang kan 50% gula halus..x suka mains sangat.....

TQVM for the resepi...

BR said...

WS ummie,
Tahniah dan mekasih krn sudi mencuba resipi ni. Bab gula tu mmg kita boleh adjust ikut selera sendiri. Alhamdulillah menjadi!

Unknown said...

Salam....syakirah nak tanya mana leh dapat tepung hoon kwee tu? Kedai2 biasa ada or supermarket?

Unknown said...

Dulu namanya lapis nona manis..dulu pun saya pernah buat tapi resepi hilang..tqvm shared resepi..lps ni dah blh try. Tq

Telc Goethe said...

Blog is good for telc and goethe zertifikate Telc goethe Zertifikat