Followers

Saturday, July 28, 2012

LAKSA GORENG



LAKSA GORENG

Bahan-Bahan
1 kg mee taibak (mee cendol)
250 gm taugeh
Segenggam daun kesom
500 gm ikan kembung/tenggiri (dikukus, buang tulang dan isinya di tumbuk halus)

Bahan-Bahan Kisar
1 biji bawang besar
 4 ulas bawang putih
1 batang serai
½  inci lengkuas
 ½ inci kunyit hidup
1-2 sudu makan cili kering kisar

2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 sudu makan rempah kari ikan
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Secukup minyak utk menumis
Secubit garam (atau ikut rasa)  

Cara :
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar bersama cili kering kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari ikan, isi ikan dan kerisik. Kacau sebentar sehingga rata dan wangi.  
Seterusnya, tuangkan santan pekat . Kacau rata jangan sampai berkerak.
Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak sehingga pekat.
Masukkan mee taibak, daun kesum lalu kacau hingga rata dan kering sedikit. Sesuaikan rasanya, tambah apa yg kurang. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata-rata.
Semasa menghidangnya, bubuh bawang goreng.


3 comments:

adda syuhada said...

pestime tgk laksa goreng...nampak sedap..basah2 plk tu...

ItaComey said...

Saya pun 1st time tgk laksa goreng...menarik tengok rupanya. ~Jakunnya saya~ (^_^)

mamawana said...

rasa cam mee kaa? heeee