Followers

Saturday, September 17, 2011

MEE BETAWI


Mee Betawi merupakan satu lagi jenis hidangan mee yg kuah asasnya diperolehi dari rebusan ayam, daging, udang dan sebagainya. Seorang teman FB telah request utk mendapatkan resipi Mee Betawi ni. Bila dengar jer nama hidangan ini, teringat saya pada resipi yg dah hampir lebih 20 tahun saya simpan dalam senarai/arkib saya. Pencarian di Internet juga menghasilkan beberapa versi yg hampir serupa tapi x sama. Apapun, setelah menelaah resipi-resipi tersebut, saya pun cuba menggabungkan intipati2 yg menjurus terhadap penyediaan Mee Betawi ini.





Beginilah hasil percubaan saya...semoga Sis Wardah juga akan mencubanya dan berikan feedback. Tetapi sebagaimana biasa, lazimnya apa pun resipi yg saya kongsi bersama merupakan resipi asas yg boleh anda menokok tambah dan mengubah-suai mengikut selera anda. There's actually no right or wrong version here. Terserah kpd citarasa dan selera masing2. Tepuk dada tanya selera. Jom tengok resipi dan pics.

MEE BETAWI

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave)
 
1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional, saya terlupa nk buat!!


Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

cili jeruk


Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menghidangkan Mee Betawi


Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis  ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.






Nota :
Anda haruslah berhati2 dgn penggunaan cili padi. Saya actually bubuh 40-50 tangkai cili padi. Bila waktu masak, saya rasa taklah begitu pedas;  tp anak2 dan isteri cakap “berdesssuuuuttttt” pedasnya. Tapi bagi mereka yg rasa kuahnya kurang pedas, bolehlah hidangkan dgn cili hijau/cili padi jeruk... asal jgn berasap jer keluar kat telinga....
  

13 comments:

rahel said...

Waw..mengancam betui mee betawi tu Rozzan...

Queenie said...

terimakasih Rozzan atas perkongsian menarik ini...awak sehat ker sekarang? moga awak bertambah sehat dan walafiat di samping keluarga tercinta ya...

Liah said...

Sedap betul Mee Betawi ni Bro Rozzan.Saya mula2 rasa mee Betawi ni dekat kedai makan di Jurong.Ni dah ada resipi boleh lah cuba2 buat sendiri.Terima kasih bro Rozzan :))))Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada Bro Rozan dan keluarga."Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin"
.

BR said...

BR > rahel
Thanks.. :)

BR said...

BR > Queenie

Mekasih kembali Sis. Saya alhamdulillah sihat. Biasalah...sakit tu kdg2 dtg nk menguji kita dan membersihkan dosa2 kita yg lampau. Kenalah hadapi dgn tabah dan lapang dada. Salam ukhuwah buat anda sekeluarga juga ya..

BR said...

BR > Nanny Leah

Alhamdulillah, rasanya tak menghampakan. Famili pun cakap orait cuma terpedas sket. Cubalah dan sesuaikan apa yg patut mengikut citarasa awak. Insya'allah, enak.

Salam Lebaran utk anda sekeluarga juga ya...

Oh Oeya said...

Kecurrr!

Hani in Canada said...

Sedap nyer ... tgk ingredient n gambar ajer, Hani dah tau ni mesti sedap. Bahan2 dia pun senang nak dapat kat sini, alhamdulillah. Ni mesti nak try ... thanks for sharing, Abg Rozzan.

BR said...

Oh Oeya,

Next time pakai bib dulu ekkk...

BR said...

Hani,

Alhamdulillah, rasanya tk menghampakan... Cuba dan feedback ya..

kak rus said...

Salam Bro Rozzan....kak rus dah cuba Mee Betawi ni......marvellous...dan kak rus copy utk pengunjung kak rus pula ya....Salam...
Terima Kasih

ibu said...

as salam bro rozzan..mim dah try resepi kek masam manis edisi bakar punya...mmang ckup puas ati..smoga allah je yg mmbls budi bro krana sudi brkongsi ilmu ngan rkan2 di lmn sesawang ni..yg psti resepi2 yg ada tak prnah mnghampakan...tqvm

BR said...

BR > Ibu

WS. Alhamdulillah, percubaan anda berhasil! Tahniah. Anda juga berbakat! Mekasih atas doa anda, AMin...