Followers

Sunday, April 12, 2009

PERMINTAAN RESIPI - CHOCOLATE

Resipi ini adalah dari permintan dari soda. Semoga resipi ini menepati citarasa anda. Bagi mereka yg ingin mencuba, silakan....


Kesemua resipi ini adalah dari Puan Juriah Abdullah, dari Buku ALMAS.



CHOCOLATE MACADAMIA

BAHAN “A”
200 gram kekacang macadamia -dibakar 5 minit dan sejukkan
100 gram cornflakes dikisar halus
40 gram tepung susu
30 gram icing sugar
½ sudu teh serbuk vanilla
100 gram marzipan
100 gram mentega lembut

BAHAN `B"
(double-boil bahan-bahan berikut ini)
250 gram white chocolate
80 gram icing sugar
150 gram Crisco putih

BAHAN "C"
(double-boil bahan-bahan berikut ini)
300 gram chocolate tulip
50 gram icing sugar
100 gram Crisco putih


Cara:
Gaul rata semua bahan "A" kecuali macadamia. Ambil sedikit adunan dan isikan sebiji macadamia ditengahnya dan dibulat-bulatkan seperti bebola. Buat sehingga habis.

Ambil sedikit adunan B masukkan kedalam acuan coklat. Letakkan diatasnya sebiji bahan "A". Kemudian tuangkan diatasnya bahan "C"sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Keluarkan dan atur dalam paper cup.



CHOCOLATE HAZELNUT

BAHAN "A"
200 gram hazelnut yang tidak berkulit dibakar 5 minit dan sejukkan
300 gram marzipan digaul rata

BAHAN "B"
300 gram chocolate Tulip
100 gram Crisco putih
40 gram tepung susu
40 gram icing sugar
Acuan coklat khas yang kecil kecil dan secukup paper cup

Cara:
Ambil sedikit marzipan, masukkan sebiji hazelnut ditengahnya dan kepal-kepal seperti bebola. Buat sehingga habis dan ketepikan.

Masukkan coklat, Crisco, susu dan gula dalam periuk dan cairkan mengikut kaedah double-boil. Jika berbiji, tapis.

Ambil sedikit adunan coklat dan tuangkan kedalam acuan coklat. Letakkan sebiji bebola hazelnut "A" dan tuangkan lagi adunan coklat sehingga penuh. Simpan dalam peti ais sehingga keras. Keluarkan dari acuan dan alihkan kedalam paper cup.



CHOCOLATE PANDAN ALMOND

BAHAN "A"
200 gram badam biji (dibakar 5 minit dan disejukkan)
250 gram white chocolate
80 gram icing sugar
150 gram Crisco putih
1 sudu makan pandan paste


BAHAN "B"
300 gram chocolate tulip
200 gram Crisco putih
80 gram icing sugar
60 gram tepung susu
Acuan coklat yang kecil kecil dan paper cup secukupnya


Cara:
Masukkan semua bahan "A" kecuali badam kedalam periuk dan masak double-boil sehingga cair dan rata. Baru masukkan pandan paste, kacau rata sehingga sebati.

Semua bahan "B" dimasak double-boil sehingga cair dan rata. Ambil 1 sudu teh adunan "A" dan tuang kedalam acuan. Letakkan sebiji badam dan curahkan diatasnya dengan adunan "B" sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Setelah itu dikeluarkan dari acuan dan dimasukkan kedalam paper cup.


CHOCOLATE MILONUT

BAHAN "A"
(gaul rata bahan-bahan berikut ini)
100 gram kacang gajus (dibakar 10 minit, sejukkan dan cincang kasar)
60 gram serbuk Milo
40 gram tepung susu
80 gram icing sugar

BAHAN `B"
250 gram chocolate tulip
150 gram crisco putih
Acuan coklat don paper cup


Cara:
Double-boil chocolate dan crisco sehingga cair. Masukkan bahan "A" dan gaul rata. Ambil sedikit adunan dan isikan dalam acuan coklat sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Setelah keras keluarkan dari acuan dan isikan kedalam paper cups.

8 comments:

Cik Soda said...

Salam bro rozzan.. tima kaseh banyak2 tunaikan permintaan saya, terharu sangat ni.. terima kasih sekali lagi.. kalo free2, jemputlah singgah ke blog sy yer..

BR said...

WS. mekasih kembali cik soda. Harap2 info ini dpt membantu. Insya'allah senang2 nnti saya drop by ya!

Anonymous said...

Greetings, BR. I'm a new visitor to your blog and have spent the last 3 days just looking at your creations. Macm food-addict tau?!! I love the chocolate displays. darimana you beli kotak itu? I nak cuba buat chocolate2 tu juga and give away as christmas presents this year sebab kocek put dah koyak these days, better to give personalised gifts, kan? what do you think? ....racunmanis

Anonymous said...

alamak, sorry, sudah tersilap. just noticed the pic is from a recipe book, hehe.... racunmanis

BR said...

Hi racunmanis,

Yup, the pic and recipe are from a local cookbook which I share with my fellow friends esp for teh requestor cik soda.

Anonymous said...

salam bro Rozzan, terima kasih atas resepi ni..nak tanye marzipan tu ape ye? dan macam mane bentuknya? lagi satu, coklat tulip tu coklat masakan yang brand tulip atau memang coklat tu memang dinamakan coklat tulip? baru nk try bro hehehe

BR said...

WS. Marzipan adalah campuran badam kisar dan gula yg telah diadun menjadi sebati. Selalunya, ia digunakan utk membuat hiasan/salutan pada kek. Cuma sekarang ni saya rasa, fondant lebih digemari dan lebih canggih laa. Choc Tulip merupakan satu jenama choc yg boleh dicairkan utk coating pada kuih /kek. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan utk membuat choc cake seperti baking chocolate. Harap maklum.

cik fiza & aidi said...

salammmmm....
BR, crisco putih tu aper ye?

tq,,,

fiza