Followers

Sunday, March 01, 2009

TAPAI PULUT




Tapai ni unik sketlah rasanya. Ada orang suka dan ada yang tidak. Terserah kepada masing-masing. Nak buatnya pun ada "pantang-larang" yg memang dah turun-temurun menjadi panduan. Samada anda percaya atau tidak , tepuk dada tanya selera. Walhasil, asal bahan yg kita gunakan tu baik/bermutu seperti ubi kayu, beras pulut dan juga ragi yg digunakan; Insya'allah, menjadilah tapai anda.


Saya ada poskan satu entry ttg tapai ubi pada masa lalu. Cuma kali ini saya buat tapai pulut dan juga tapai ubi. Sebenarnya, saya kurang gemar dgn tapai pulut tapi kerana ingin berkongsi dgn anda semua, saya sertakan resipinya di sini. Ia lebih kurang sama dgn resipi tapai pulut cuma ubinya digantikan dgn pulut.


TAPAI PULUT

Bahan-Bahan
1 kg beras pulut
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)

Cara:

1) Beras pulut dibersihkan dan dikosek (cuci dgn air). Kemudian kukuslah pulut ini dgn kaedah meng'arun' iaitu dikukus sebentar dalam kukusan dgn sedikit air. Selang beberapa minit, keluarkan pulut dari kukusan, dikacau dan dibubuh sedikit air lagi. Buatlah begini sehingga pulut tanak (masak). Dgn kaedah begini anda boleh pastikan pulutnya tidak lembik. Tapi kalau nak ringkas, kukuslah seperti biasa, iaitu, dgn memasukkan pulut bersama air di dalam sebuah bekas lalu dikukus tapi kurangkan sedikit air daripada biasa agar pulut tu tanak dgn cantik. Sejukkan sebentar.

2) Masukkan 1/4 pulut tadi ke dalam sebuah bekas (periuk pun boleh) yg dialad dgn daun pisang. Taburkan rata-rata serbuk ragi ke atasnya. Bubuh lagi 1/4 pulut dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua pulut selesai digunakan. Tutup periuk rapat-rapat.

3) Ambil sehelai kain putih (atau apa-apa pun kain yg ada!) dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 3-4 hari.

4) Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan air yg manis. Tak perlu dibubuh gula, 'playcheat' tu namanya. Insya'allah kalau ragi yg kita gunakan baik, dgn sendirinya tapai akan mngeluarkan air yg tersangatlah manis.... sampai takut nak 'hirup' banyak2.

5) Bungkus tapai dgn daun pisang utk menambahkan lagi aromanya. Saya suka makan tapai ubi/pulut setelah didinginkan dalam peti ais. Nyaman.....


5 comments:

SECRET DIARY said...

Heya! This is my first time on your blog. I love your blog. I will be back. Stay fabulous. It keeps 'em guessing. Ciao.

~ Secret Diary
http://RFourBiz.Blogspot.com
http://Twitter.com/TheSecretDiary

Riezanie said...

salam bro.
tapai ubi tu kalau goreng mcm mengoreng pisang sedap tau rasanya lebih sedap kalau guna tepung gandum. cubalah pasti x rugi

Bro Rozzan said...

BR > secret diary

Thanx fr visiting. Hope ur time here is fruitful!



BR > Riezanie

WS. Thanx zanie. Next time I akan cuba, pasti sedap!!

Anonymous said...

Kalau kt terengganu tapai tu dibungkus dengan daun dahulu baru diperam..ade yg bungus dgn daun getah, jambu @ pisang.

BR said...

Anonymous,

Kalau di sini, Mmg kalau org dulu2 buat tapai ni, mereka bubuh ubi atau beras pulut ke dalam sebuah "pasu" tanah liat yg besar, yg dah dialaskan dgn daun seperti daun pisang. Ini bertujuan utk menghasilkan tapai yg wangi dek daun pisang tu. Pasu tu kemudian ditutup dan di bungkus dgn kain berwarna putih lalu diperap sehingga 2-3 hari.