Followers

Thursday, March 12, 2009

E471

Salam sejahtera buat semua. Terima kasih di atas perhatian anda ttg perkara E471 yg saya kongsi semalam. Berikut adalah respons saya mengenainya.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib prihatin tentang hal2 haram/halal ini terutama sekali ttg makanan, lebih-lebih lagi kehidupan di negara yg berbilang-bangsa ini. Secara asas (basic), carta kat bawah ni memberikan gambaran persepsi atau panduan mengenai pemilihan makan samada halal atau/haram, yg saya tukil dari lelaman MUIS

GUIDE TO HALAL FOOD SELECTION

BASIC PRINCIPLES


According to the Islamic worldview, all food and drinks can be classified under one of the following categories:


1) Halal
‘Halal’ is an Arabic word which means lawful or allowable. Any food or drink which falls under this category is permitted for consumption. Most food and drinks are considered Halal unless they are stated clearly in the Holy Quran and Hadith as forbidden or non-Halal.


2) Non-Halal
‘Non-Halal’, also traditionally known as ‘Haram’, means unlawful or unallowable. As the name implies, any food or drink which is classified as non-Halal is prohibited for consumption. In general, all harmful things are non-Halal. Examples of these include the meat of dead animals and birds, flesh of swine, intoxicating drugs and alcoholic beverages.


3) Syubhah
Any food or drink which lies within the grey area and does not fall clearly under the Halal or non-Halal category is classified as ‘Syubhah’, alternatively called questionable or dubious.
One example of a Syubhah ingredient is lecithin. Lecithin can be derived from plants or animals. It is considered Halal if the lecithin comes from plants but non-Halal should it come from pigs or animals that are not slaughtered in accordance with the Islamic law.


Until the status becomes clear, Muslims should avoid consuming Syubhah food or drinks. The Prophet (pbuh) has given a guideline concerning Syubhah matters. It is reported by Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah and Darimi, as follow:


الْحَلاَلُ بَيِّنٌ، وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ، لاَ يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ. فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ. وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ...


Which means: What is Halal is clear. And what is Haram is also clear. And in between those two is a dubious area in which many people do not know about. So whoever distanced himself from it, he has acquitted himself (from blame). And those who fall into it, he has fallen into a state of Haram.


Memang betul, ada yg berkata emulsifier E471 boleh bersumber dari glycerin (E422) seperti juga yg tercatat di lelaman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengenai Additives.



Namun begitu, di senarai tersebut juga disebut bahawa E471 merupakan antara bahan yg syubhah. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menghindari daripada perkara-perkara yang syubhah melainkan kita dah mendapat kepastian bahawa sumber E471 tu dari sumber yg halal.

Yg menjadi tanda-tanya saya, kalau pihak pengeluar/pembekal dah tahu pasaran produk ni adalah utk negara yg bebilang kaum khususnya pengguna Islam, mengapakah tidak dicatitkan terus dalam kotak minuman tu, sumber E471 yg digunakan? Bukannya susah sangat! Saya dah biasa membaca label produk makanan yg mencatatkan sumber bahan mereka yg mungkin menjadi tanda-tanya khususnya buat orang Islam dan mereka yg "vegetarian". Dgn demikian pengguna boleh membuat pilihan yg tepat tanpa ragu-ragu.



Sebagai consumers (pengguna), saya rasa tak semua orang yg betul2 perhatikan atau faham ttg bahan-bahan yg digunakan dalam sesuatu produk makanan/minuman dan sebagainya, lebih-lebih lagi anak-anak. Asalkan takde perkataan "pork" atau "lard", dah OK lah tu!- boleh dimakan. Yg jelas, kebanyakan bahan-bahan additives ni dicatatkan dlm bentuk kod yg kita, secara umum kurang faham.


Seperkara lagi, tidak semua pengguna yg prihatin dan sanggup meluangkan masa utk menulis kepada si pengeluar produk utk mendapatkan kepastian ttg kehalalan produk tersebut. Bayangkan jika saya berbelanja ke pasaraya utk membeli-belah dan saya dapati 5-6 barangan yg ingin membelinya mengandungi bahan2 yg kurang pasti halalnya. Adakah anda rasa saya "bother" utk menulis kepada ke-enam-enam pengeluar barangan tersebut?? Kalaupun saya menulis utk mendapatkan kepastian daripada mereka, adakah anda fikir saya akan mendapat jawapan, dan bolehkah jawapan tu boleh diguna-pakai?..


Buat diri saya, jika ada produk yg lebih kurang sama di pasaran dgn yg syubhah ni- yg sah halalnya, I will not pursue the matter. Tapi terserahlah kepada diri masing-masing. Saya bukan pakar ttg bab ini cuma ingin berkongsi informasi dan pendangan ikhlas saya. Walhasil, tepuk dada tanya selera.



Akhir kalam, sekali lagi terima kasih kepada semua yg memberikan pandangan dan pendapat anda. Semoga kita semua diberi perlindungan daripada perkara-perkara yg tidak diingini agar kita sentiasa dekat dengan NYA. Wallahu 'alam.

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. I support bro Rozzan's views. apatah lagi memang ada hadith suruh kita elak bahan2 syubhah. Syukurlah, kini banyak processed foods ada lambang halal MUIS Singapore & JAKIM Malaysia (May God Bless their efforts). I can't deny, it takes some effort, but it's good to practise buying Halal-CERTIFIED products, esp where ingredients might contain bahan syubhah. Wld be better than taking things forgranted. Wallahualam. :)

Ummu Ainaa said...

salam Bro. ROzzan,
thanks for the info. Betul apa yg bro ckp kat sini.. sy sgt bersetuju. sbb mcm kat Mesia, kalau dh ader tanda halal mmg E471 source tumbuhan. Kalau kat German ni, mmg harusla kami menanya kat pengeluar.. contohnya dekat link ni http://halalingermany.blogspot.com/2007/09/cakes.html, khas utk produk kek. Cuma pada sy, kalau mcm kat Germany ni, yg takde pengesahan halal kat mana2 produk pun kecuali ayam Wiesenhof, so kami mmg particular la smua jenis bahan2.. harap2nya umat Islam dimana pun begitu juga. wassalam.

kamalnzura said...

Bro Rozzan,sy mintak kebenaran nak link kan blog bro rozzan di blog sy ye...tqvm

Anonymous said...

Have you address this matter to Yeos company ???

As i know E471 is not halal,
but some said it produced from vegetabe oils, but can also be made from animal fat !

I read this artikel from Produk Halal Di Malaysia website......
http://produkhalal.wordpress.com/2008/06/20/emulsifer-471-e471-halal-or-not/

Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.

What say you bro ??

-Nizam-

BR said...

BR > anonymous, DidieNazrin

Terimakasih di atas pendapat anda. Tak salah jika jika amik sikap berhati-hti dlm perkara ini.


BR > kamalnzura

Silakan..

LYNN said...

Terima kasih, singgah sebentar yer..Saya terigin jugak melayan bab halal/haram ni.Dalam penggunaan bahan memasak untuk local food insyaallah tiada yang ragu tetapi bila kita nak masak dan makan yang bukan dari spesies kite(cth. american /chinese /or ..negara mane pun)tu yg kekadang timbul masalah hala/haramkan..Jadi terima kasihlah kepada pakar-pakar masak sekiranya aware dengan hal ini sebab kite yang pengemar masak ni tak bertauliah tapi suka makan. Saya di Arab saudi ni kebanyakan sumber baking or pastry dari German,USA,France dan local..yang tidak ada tanda Halal/Haram mcm Malaysia.Thanks for info..sebab kat arab jual bahan yang imported belaka..

BR said...

BR > nizam

All I can say is, in Singapore, the product E471 and all similar products under this category is SYUBHAH unless it can be legitimately confirmed & proven otherwise.

BR said...

BR > Lynn

W'Salam. Mekasih atas kunjungan dan pendapat/pandangan anda. Mmg betul cakap anda. Kekadang tu produk2 yg kita beli tidak meletakkan logo halal atau senarai bahan-bahan yg digunakan dgn jelas. Kalau mcm tu, kita berbalik kpd hukumlah. Kalau setelah membaca bahan-bahan yg terkandung dlm produk tu, kita tak merasa syak-wasangka atau was-was, go ahead, boleh dimakan/digunakan produk tu.

Tapi kalau ada bahan yg kita syak ttg halal-haramnya, pilih antara dua:

(1) tulis kpd pihak pengeluar/pengedar utk mendapatkan kepastian yg sahih. Kemudian baru decide whether nak gunakan atau tidak. atau

(2) jgn digunakan dan carilah produk lain yg jelas kehalalannya.

Wallahu'alam