Followers

Friday, November 28, 2008

TAHNIAH!!



Penantian selama sembilan bulan kini berakhir setelah kelahiran puteri comel pada 26 November 2008. Pasangan Norazela & Syawaluddin kini sah menjadi ayah dan ibu kepada ANOUSHA WARDAH yg dilahirkan di ehem.ehem.. hospital tersohor Singapura (takyah sebut, org Spore mesti tau!).

Kami sekeluarga mengucapkan tahniah buat Nora & Syawal, dan juga kpd nenek & atuk Anousha. Heheh... atuk di sini pun happy sesgt sbb Anousha berkongsi birthday sama dgn atuk yer!! Next year, Insya'allah kita bleh celebrate sama-sama eh!!


Thursday, November 27, 2008

AWARD



Terima kasih Cik Mat Gebu di atas award ni. Baru sekarang berkesempatan nak update di blog saya. Ada syarat pulak tu. Ni lah yg tak manja...... tapi tkpe, saya cuba yer!

Syarat menerima award ini adalah seperti berikut :

Sapa yang dapat award nih harus letak dalam blog masing-masing.
Link semula kepada orang yang bagi award ni kat anda.
Beri award nih kpd 7 orang bertuah (heheh...)
Tinggalkan mesej pemberitahuan yang anda dah beri award kpd orang tersebut.

Oleh kerana nak pilih 7 orang jer mcm tak cukup gitew, kerana ramai kengkawan kat alam siber ni, saya harap sesiapa yg berkunjung ke blog saya, sudi2kanlah menerima award ni dan paparkanlah di blog masing-masing yer! Semoga dgn ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara kita, Insya'allah.

Wednesday, November 26, 2008

PUDDING JAGUNG




Pudding Jagung ni mudah dibuat. Seingat saya, ianya merupakan salah satu juadah yg mmg saya gemari sewaktu dibangku sekolah dulu. Cuma dulu, saya main ngappp jer! Nak buat tak tahu.

Sekarang ni saya nak share resipinya kpd sesiapa yg sudi nak mencubanya.


PUDDING JAGUNG

Bahan-Bahan
5 biji telur
380 gm gula pasir/halus
180 gm tepung kastad
180 gm tepung gandum
600 ml santan kotak }
600 ml air } disatukan
1 tin jagung (krim)
½ tin jagung (whole kernel)-buang air & ambil biji jagungnya saja
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1 sudu teh vanilli

Cara:
1. Masukkan gula, tepung kastad & tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk yg besar. Kacau sebentar lalu pecahkan telur ke dalamnya. Gaul rata.

2. Kemudian bubuh pula jagung krim, jagung biji, santan pekat, air, dan vanilli. Kacau rata-rata sehingga sebati lalu bubuh garam secukupnya.

3. Bubuh adunan ini ke dalam sebuah periuk dan kacau sebentar di atas api yg sederhana sehingga adunan memekat.

4. Akhir sekali, masukkan adunan yg telah pekat ke dalam loyang yg telah disapu sedikit minyak, lalu kukus sehingga masak (kira-kira 20 minit).

5. Keluarkan loyang dari kukusan dan tunggu sehingga pudding benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Nota:
1) Kalau anda sukakan pudding yg lebih lemak, lebihkan sukatan santannya dan kurangkan sukatan air.

2) Saya gunakan loyang bulat berukuran 11". Anda boleh juga gunakan loyang empat segi.

Sunday, November 23, 2008

MENU - LEMAK TURI, AYAM MSK MERAH, TELUR BERLADO & SAMBAL KUINI

Sekedar berkongsi menu sempoi hujung minggu ni. - tu pun kalau masak lerr... Kdg2 hujung minggu dapur tak berasap!!! sebab, dah hujung2 tahun ni banyak jemputan ke majlis walimatul urus. Kalau pi rumah sedara rapat pulak, dah mkn, tapau lagi. So, rehat sket lah perkakas kat dapur tu yer..




Utk resipi, sila rujuk ke link ini




Bahan-Bahan
1 ikat daun turi dibersihkan dan diambil daunnya saja
2 biji keledek (potong kecil)
200 ml santan kotak
2-3 cawan air
garam secukup rasa
secubit perasa (optional)
1-2 sudu besar minyak (utk menumis)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg kecil cili merah (boleh ditiadakan)
1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh kunyit serbuk)
2 sudu besar (bumbung) udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau sebentar.
2. Masukkan air dan sedikit santan bersama keledek. masak hingga keledek empuk baru masukkan daun turi, lebihan santan tadi dan juga garam.
3. Kacau hingga kuahnya mendidih sebentar sebelum dimatikan api.

Nota:
1. Secara umum, Lauk Lemak ni, tak kiralah yg menggunakan sayur turi, pucuk paku/pakis, daun ubi, nangka, dll, boleh dimasak dgn kaedah 'melebur'. Maksudnya, tak perlu ditumis dgn minyak. Kesemua bahan kisar dimasukkan ke dalam periuk bersama air/santan yg mencukupi lalu dimasak hingga mendidih barulah dimasukkan sayuran tadi agar sayur tu tak ler layu sgt. Nanti hilang vitaminnya pulak!


2. Oleh kerana penggunaan jangka panjang serbuk perasa taklah begitu baik, cuba elakkan drpd menggunakannya. (sesetengah org ckp, takut botak pula kepala nanti!!). Bubuhlah sedikit gula (1/2 hingga 1 sudu kecil) ke dalam masakan anda sebagai ganti.

Bahan-Bahan
10 biji telur
secukup minyak masak
(telur direbus & kemudian digoreng dgn minyak sehingga kekuningan)

Bahan Kisar (tak perlu terlalu halus)
4 btg cili merah (kalau nk pedas boleh tambah dgn sedikit cili padi )
1 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
sedikit cuka (optional)
air dari perahan 3 biji limau kasturi
garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga garing. Masukkan cuka, perahan air limau, garam & gula. Akhir sekali masukkan telur. kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg perlu.




Bahan-Bahan:
1 biji buah kuini (jgn terlalu masak) - dipotong kecil2
3 batang cili merah
3-4 batang cili padi (optional)
sedikit belacan Penang (disangai hingga garing)
secukup air asam
gula secukup rasa
secubit garam (tak perlu bubuh kalau belacannya dah masin)

Cara:
Tumbuk belacan bersama cili merah dan cili padi. Masukkan air asam, garam dan secukup gula. Masukkan pula buah kuini dan digaul rata. Boleh juga diperahkan sedikit jus limau kasturi.

AWARD

Heheh.. mekasih kakliza dan mariam81 utk award yg diberikan ini. Thank you. Nanti saya gantung kat dinding sebelah.

dari kakliza

dari mariam

Monday, November 17, 2008

KEK LAPIS PRUNE (raspberry)



Kek Lapis Prune ini saya buat dgn kaedah dan bahan asas membuat kek lapis sarawak (harap2 betullah yer! apa yg saya cakap nie..) . Secara asas, kek lapis sarawak, teksturnya lembab (moist) dan menggunakan perisa seperti horlicks, sekaya, jem dan sebagainya. Berdasarkan kreativiti seseorang, selepas dibubuhnya perisa pada kek tersebut, barulah diberi nama-nama yg unik. Apapun, anda juga boleh membuat kek lapis sarawak ini dgn membubuh perisa yg anda gemari, dgn warna pilihan dan akhir sekali, letakkan nama kek anda sendiri. Seperti kekata yg biasa kita dengar "kita yg buat dia" -so, nak taruk apa nama sekali pun orait ler!!

Secara biasa, kek lapis prune yg biasa saya buat tiada pewarna dan tiada perisa tambahan. Tapi kali ini saya telah membubuh jem raspberry sebagai perisa dan saya kurangkan penggunaan susu pekat manis. Secara keseluruhan, kek lapis jenis ini memang moist (lembab) dan mudah utk membuatnya. Dan, jika anda tidak gemar dgn buah prune bolehlah ditukar dgn kismis atau bahan2 lain seperti coklat. Terserah kpd citarasa anda. Sebab, enak utk orang tak semestinya sedap buat kita dan sebaliknya.

OK, now the recipe..

KEK LAPIS PRUNE
Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu besar ovalette (boleh ditiadakan)
10 biji telur saiz sederhana
1/2 tin susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
100 gm jem raspberry
200 gm prune (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna merah

Cara:
Pukul mentega, gula & ovalette hingga kembang (kira-kira 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji dan terus pukul. Masukkan pula susu pekat manis lalu dikacau lagi. Kemudian masukkan horlicks dan tepung. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu dibiar plain manakala yg satu lagi dibubuh jem raspberry dan pewarna merah. Bakar selapis selapis sehingga masak. Pada setiap lapisan kedua dibubuh buah prune.

HIDANGAN MUDAH

Dan ini pula, sebagai cuci mata jer- siaran ulangan sbb resipinya mmg dah ada pd entry2 yg lalu. Entah camner, bila semak2 pic yg lalu, hampir sama hidangannya. Tapi kali ini bila buat sambal tomato gunakan belacan Penang, mmmm... begitu umpphhh....



Saturday, November 15, 2008

MEE GORENG MAMA(K)



Bahan-Bahan
2 biji bawang besar (hiris)
3-4 helai daun pandan
1 cawan minyak (atau secukupnya)

Bahan Kisar
2 cawan cili kering kisar atau cili boh
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
100 gm udang geragau
30 gm belacan
garam & gula secukup rasa
sedikit pewarna merah

Cara Memasak Sambalnya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris bersama daun pandan sehingga bawang layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga betul-betul garing (kira-kira 40-50 minit). Bubuh pewarna, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sebelum dimatikan api.

Catatan : Sambal ini mencukupi utk lebih kurang 3 kg mee atau lebih. Ia boleh disiapkan terlebih dahulu dan disimpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.



Bahan-Bahan Lain
mee kuning, bee hoon atau kue teow
sedikit bawang besar (potong dadu)
kentang rebus (potong ikut suka)
tomato buah (potong ikut suka)
secukup sawi, kobis (hiris)
taugeh (dibersihkan)
cili hijau (potong2)
kicap cair, kicap pekat, cuka, sos tomato
telur
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara Memasak Mee Goreng
Panaskan sedikit minyak dan bubuh bawang dadu, kobis hiris, lada hijau, taugeh dan sawi. Kacau sebentar lalu dimasukkan mee, sambal, tomato & kentang. Gaul rata dan bubuh sedikit kicap cair, kicap pekat, cuka & sos tomato. Gaul rata lagi dan sesuaikan rasanya. Bubuh sedikit garam jika perlu. Ketepikan mee, dan pecahkan telur ke dalamnya. Biarkan telur separuh masak dan gaul dgn mee semula. Kalau ingin mee goreng basah sedikit, bubuh sedikit air & gaul rata. (Saya gunakan sup daging yg saya masak dgn ringkas). Matikan api. Hidangkan dgn hirisan timun dan sos cili/tomato.


Sup Mudah
250 gm daging kambing/ lembu kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 sudu rempah sup
(Kisar hingga halus)

secukup air
daun sup/bawang
minyak utk menumis
cengkih, pelaga , kayu manis

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama sedikit cengkih, pelaga dan kayu manis. Setelah garing, masukkan daging kisar bersama secukup air. Bubuh garam dan lada putih serbuk. Bila kuah dah mendidih, bubuh daun sup/bawang dan matikan api.


Thursday, November 06, 2008

IKAN MASAK BENGGALI



Ikan masak Benggali merupakan satu lauk yg rasanya iras-iras seperti asam pedas. Lauk ni dah mmg terbiasa di kalangan keluarga saya tapi jgn ditanya camner lauk ini mendapat namanya. Heheh, Wallahu 'alam. Kalau nak cuba , silakan..


IKAN MASAK BENGGALI

1 ekor ikan kerisi (kira-kira 1 kg)
2-3 biji bawang besar (dihiris, utk tumis)

Bahan Kisar
2 sudu besar cili kisar/boh
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar (bumbung) lada hitam
1 sudu teh (bumbung) jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk


secukup air asam
3-4 cawan air
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

1 ikat daun ketumbar
2 biji tomato (belah 2 atau 4)
sayur bendi atau terung (secukupnya)
2-3 senduk minyak utk menumis

Cara:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar hingga separuh layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan pula daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar (1-2 minit).

3. Seterusnya, masukkan air (3-4 cawan), ikan kerisi yg telah dibersihkan tadi dan juga sayur bendi. Biarkan sebentar, kemudian baru masukkan air asam dan garam. Rasalah masam masinnya tp jgn terlalu masam.

4. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau sebentar sebelum dimatikan api.


NANGKA MASAK LEMAK

Sejak kecil lagi saya telah terbiasa dgn lauk lemak yg dimasak oleh arwah emak seperti lemak labu, pisang muda, nangka, dan pelbagai lagi sayuran. Lauk Lemak Nangka ni merupakan salah satu yg menjadi kegemaran saya. Di sini saya nak berkongsi cara saya menyediakannya.



LEMAK NANGKA

400-500 gm nangka muda (potong kecil & direbus hingga empuk)
300 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit

secukup minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sebentar.
2. Masukkan 2 cawan air bersama nangka yg telah direbus tadi. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau rata. Kalau perlu, boleh ditambah air lagi mengikut kepekatan kuah yg anda suka. Terus mengacau sekali-sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.
4. Bila dah mendidih, matikan api.


Nota :
Anda juga boleh masak lauk ini dgn satu lagi cara iaitu dgn “melebur’ atau masukkan kesemua bahan ke dalam periuk sambil dikacau sekali-sekala sehingga mendidih/masak.


Tuesday, November 04, 2008

BANANA NUTRIENT INFO

Sekadar berkongsi informasi ttg pisang. Walau apa pun, pisang ni lazimnya manis dan bagi mereka yg harus memantau kadar gula dalam tubuh mereka, berpada-padalah bila nak makan pisang ni yer! (Wallahu Alam Bissawab)




Never, put your banana in the refrigerator!!!

This is interesting. After reading this, you'll never look at a banana in the same way again. Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet :




Depression: According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.




Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation: High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness: Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panicinduced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control: Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking & Tobacco Use: Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassiu! m and ma gnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, 'eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A banana a day keeps the doctor away!"

PS:
Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time! I will add one here; want a quick shine on our shoes?? Take the INSIDE of the banana skin, and rub directly on the shoe...polish with dry cloth. Amazing fruit!