Followers

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum Wr Wb.

Sehari lagi Hari Raya akan menjelang tiba. I'm sure masing-masing sekarang ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Syawal yg mulia ini. Mana yg nak rebus ketupat, membakar lemang (kalau kat Msia lerr), lepat, dan yg seangkatan dgnnya....

Maaf sekali lagi kerana for the past few days, shoutbox saya 'meragam' pulak. Tak dapat saya jawab pertanyaan anda dgn cepat. Baru ni dah "sembuh"- harap2 tak meragam lagi lerr.

Sempena menyambut Raya ini sekali lagi saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan, kesalahan ataupun kekata yg menyinggung perasaan semasa saya berinteraksi dgn anda semua. Sebagai manusia, kita mmg tak sunyi dari membuat kesilapan, takde yg sempurna kecuali NYA.

Semoga Aidilfitri kali ini memberikan anda lebih kebahagiaan terutama sekali bila bersama famili dan sanak-saudara. Mudah2an kita semua diberi rahmat dan hidayah dari Yg Maha Esa, Insya'allah.

Sebagai penutup entry kali ini, saya selitkan kad2 raya pemberian anda ya.



Dari VG


Dari Zanie


Dari ela


Dari Boxhousestudio
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Ws Wr Wb.

Friday, September 26, 2008

AWARDS, POEM, REQUEST FOR RECIPES, ETC.

Salam buat semua. Maaf kerana dah lama tak update blog ni. Sebenarnya nak kata sibuk, tak jugak, nak kata tak sibuk mcm takde masa jer nak buat tu buat ni. Sebenarnya, sejak seminggu yg lalu anak2 sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi my other half pun mcm takde mood je nak buat kuih raya. Anak2 tak usah ckp lagi, sibuk dgn persiapan peperiksaan. Frankly, till now, saya tak buat kuih lagi. Hanya sekedar membuat kek-kek lapis yg direquest oleh keluarga terdekat. Insya'allah kalau ada masa baru buat kuih ler. Tak pun, kuih tunjuk2 jer pun orait gak. Lagi pun, bila raya ni, kalau berziarah, kuih-kuih ni tak ramai yg 'sentuh'. Dah hujung2 Raya baru ler dicari kuih-kuih ni. (alasan kot....)

Minggu lalu saya berserta org rumah, kakak & abg ipar sempat ke Perusahaan Zainab Jaya di Simpang Renggam. Phui..... ramainya orang. Kebetulan, ada promo kat Berita Harian Singapura. Hmmm... ramai yg ke sana. Sesak dibuatnya. Kuih-kuihnya menarik dan dalam pelbagai bentuk & warna. Harganya berpatutan. Kalau tak, takkan orang berpusu-pusu memborong kerepek2, biskut2 dan lain2. Lebih-lebih orang Singapura , "cheep, cheep". Saya pun ehem2 .... ada gak lah beli sket2. Just in case ....

Kemudian, kami ke Parit Raja sekedar menjengah2 di sana pula. Wah, harga kuih-kuih di sana lebih murah sket. Cuma jauh sketlah tapi berbaloi gak.

OKlah, enough of the trip. So, buat kawan2 yg telah mentag saya, memberikan saya award, kad selamat hari raya, poem, etc. saya ucapkan terima kasih. Mana yg belum saya amik/terlupa nak amik atau blum reply, mintaklah maaf. Pelan2 nanti saya buat & update. Buat mereka yg mana permintaan resipinya saya blum tunaikan, harap bersabar ya. Kalau nak ingatkan saya pun orait gak.


So, di sini saya saya nak jawab dulu tag dari Sis Waterlily. Saya jawab seadanya ya!





1. Nama timangan:
Dari kecik, bila berkawan dgn jiran2 sebaya, nama "tak glamer" saya "ojan". Even di kalangan adik beradik pun, mereka menyebut nama saya berlainan termasuk Zan, Rozzan, Rauzan, dll. Di tempat kerja, kenkawan yg berbangsa asing lagi ler sebutan mereka kekadang tu pelik2 dek kerana lidah mereka yg pendek sket tu! Pernah suatu ketika dulu, dlm menjalankan tugas, saya selalu identify diri saya sebagai Mohamad kerana taknak menyusahkan mereka terbelit-belit menyebut nama sebenar saya.

2. Saya seorang yg :
Berfikiran terbuka dan selalu berlapang dada jika ada perselisihan pendapat dgn kenkawan ttg sesuatu perkara tu. Tapi yg paling ketara ttg saya ialah saya selalu berpegang kpd prinsip, yg salah tetap salah dan yg betul tu tak dpt disangsikan. Kalau saya tahu saya dipihak yg benar dan ada yg cuba menidakkan kebenaran saya, saya akan go all the way out to prove to him/her otherwise. Mungkin ini disebabkan sejak di sekolah rendah dan menengah selalu jadi ketua murid kot!! Jaga disiplin..

3.Insan teristimewa
Isteri, anak-anak dan arwah emak & bapak saya especially emak saya. Beliau yg banyak memberikan perangsang dan tunjuk-ajar kpd saya selama hayat beliau. Kebetulan saya ni anak bongsu, jadi rapat & manja lerr dgn arwah emak. (Sayu bila teringat dua kali arwah emak "mendatangi' rumah saya pd bulan puasa ni)

4. Makanan kegemaran
Saya tak cerewet, semuanya saya makan kecuali yg betul2 "teruksome..."

5. Warna Kegemaran
Semua warna yg menarik hati.

6.Lagu Kegemaran
Semua rentak/genre kecuali heavy metal dan yg bising2 tu. Satu lagu yg saya minati - Kejujuran dari Azlina Aziz (sbb ada citer lama di sebaliknya)

7. Apa Yang membuat anda stress:-
Bila ada sesuatu perkara yg belum dapat diselesaikan. Kalau boleh taknak buat lain2 keje sebelum masalah/perkara itu dpt dihuraikan.

8.Apa ada dalam wallet
IC, Staff Card, ATM Card, Credit Card, Medical Card & ...duit lerr.

9. Kali terakhir menangis beria-ia.
Hmmm... mcm takde jer tapi kalau ada pun takler beria-ia. Sekedar tangisan sewaktu arwah emak meninggal dunia lapan tahun lalu.


Oleh kerana semuanya mungkin sdg sibuk membuat persiapan hari raya, saya tak akan tag my other cyberspace friends.


Ni pulak poem saya terima dari aishah@ummiaqil



We need friends for many reasons,all throughout the season.

We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.

We need friends to give us good advice,

We need someone we can count on, and treat us nice.

We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.


Thanks aishah. Saya rasa saya tak perpanjangkan poem ni kpd yg lain krn I'm sure semuanya sibuk skarang ni.

Monday, September 15, 2008

HADIAH / AWARD DARI KAWAN-KAWAN

Salam semua. Semoga anda sekelian sihat2 belaka dalam menjalani ibadah puasa ini. Mekasih kerana masih sudi berkunjung ke sini.


Kepada mereka yg telah memberikan saya 'hadiah' atau 'award', ataupun yg kasi 'homework', terima kasih saya ucapkan. Award2 tu dah saya gantungkan kat dinding blog sebelah kanan ni, heheh...


Buat Ida dan mereka yg sering bertanyakan ttg Perusahan Zainab dan alamatnya, Alhamdulillah di sini dapat saya lampirkan. Buat mereka2 dari Spore yg nak drive ke sana, lokasinya lebih kurang begini:


Setelah anda tiba di Plaza Tol Simpang Renggam, anda harus membelok ke kanan lebih kurang 500 m, pastu belok pula ke kiri dalam 300-500m. (Maklumat ini diberikan oleh seorang teman, harap2 tepatlah yer!)




Friday, September 12, 2008

KEK LAPIS HONEY DEW

Untuk tidak menghampakan pengunjung blog yg minat dgn resipi Puan Rabiah Amit khususnya Kek Lapis & Kek Gulung, di sini saya sertakan resipi Kek Lapis Honey Dew, Lapis Tembikai dan Gulung Roda Kasih. Ni bukan saya yg buat ya! Sekadar berkongsi resipi dari Puan Rabiah yg mmgnya tersohor tu. Harap2 dapat dimanfaatkan ya!



(Foto & Sumber Resipi : Puan Rabiah Amit)

Bahan-Bahan
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
300 gm gula kaster
140 gm tepung Hong Kong
30 gm tepung susu
40 gm Nestum
1 sudu makan ovallete
I camca teh butter oil
520 gm mentega
2 sudu teh warna kuning
2 sudu teh warna putih (??)
200 gm honey dew (dikisar)

Cara
1. Mentega dipukul rata, masukkan butter oil.
2. Pukul kuning dan putih telur, gula kastor dan ovallete sehingga naik dan pekat.
3. Kemudian masukkan tepung hong kong, susu tepung dan Nestum sambil dipukul perlahan-lahan.
4. Masukkan pula honey dew dan mentega. Gaul rata-rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dengan warna masing-masing.
6. Loyang 3 inci disapu mentega dan alas kertas.
7. Bakar dua lapis warna kuning berselang-seli dgn 2 lapis warna putih (ataupun mengikut citarasa anda) sehingga selesai adunan.

Nota:
Saya belum pernah terjumpa pewarna putih. Maybe ada yug boleh share info ttg ni kot!

GULUNG RODA KASIH


(Sumber Foto & Resipi : Puan Rabiah Amit)

Bahan A
15 biji kuning telur
8 biji putih telur
260 gm gula kaster
200 gm tepung hong kong
1 sudu makan ovalette

Bahan B
3 oz air sejuk
400 gm mentega
5 sudu makan susu pekat
1 tin serikaya
pewarna kuning dan coklat
perasa sunkist
perasa pes coklat, jem strawberry
100 gm colour rice merah
100 gm coffee coklat chip

Cara
1. Pukul semua bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga kembang, campurkan kedua-dua adunan dan gaul rata.

2. Bahagikan adunan kepada 3, 1 adunan pewarna kuning dengan perasa sunkist, 1 adunan pewarna coklat dengan perasa coklat.

3. Masukkan ke dalam botol sos setiap warna. Sediakan acuan 81/2 x 8 1/2 x 1. Picit selang-seli warna kuning dan coklat.

4. Taburkan colour rice dan chocolate chip, kemudian bakar hingga kekuningan.

5. Apabila sudah masak, keluarkan dan sapu jem strawberi. Gulung kemas dan simpan di dalam peti sejuk.

KEK LAPIS TEMBIKAI (WATER MELON)



(Sumber Foto & Resipi : Puan Rabiah Amit)

Bahan A
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm gula kaster
50 gm tepung roti tunjuk (biskut jejari)
150 g tepung hong kong
1 sudu makan ovellete
Coklat rice
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Pewarna merah

Bahan B
450 gm mentega
4 sudu makan susu pekat
1 tin kecil serikaya

Cara
1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga putih.
2. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian

(a) pewama hijau.
(b) pewarna kuning.
(c) pewarna merah.

3. Bakar adunan kuning sebanyak 3 lapis. Diikuti dengan adunan hijau sebanyak 3 lapis.
4. Kemudian masukkan 5 sudu makan adunan merah dan ratakan. Taburkan sedikit coklat rice. Bakar.
5. Lakukan proses yang sama pada adunan merah sebanyak lapan lapisan atau sehingga habis.
6. Lapiskan pula adunan kuning sebanyak 3 lapis dan diikuti pula lapisan hijau sebanyak 3 lapis.

HIDANGAN BERBUKA PUASA

Salam buat semua pengunjung. Lazimnya dalam bulan puasa ni, saya kurang aktiviti memasak. Hidangan berbuka puasa pun selalunya yg ringkas. Alhamdulillah, anak-anak kami pun tak begitu cerewit dalam menikmati hidangan berbuka mahupun bersahur. Kalau waktu sahur tu, boleh dikatakan, kami sekeluraga jenis yg tak pandai (ataupun malas kot!!) makan nasi dan lauk2. Cukup setakat juadah ringan-ringan je. Bila berbuka pun, nasi tak menjadi suatu kemestian. Kalau dah makan mee ke roti ke- dah mencukupi. Kekadang tu, oleh kerana terlalu penat, kami beli jer makanan di luar. Sonang keje!! Haritu, kami berbuka dgn burger Mc Donalds jer heheh... Orait lerr. Masak tetap masak tapi kureng sket laa.

OK, now just to share some of the food pics of our breaking of fast. Biasa2 jer, some repeat 'telecast' sbb anak2 gemar dgn hidangan tu, heheh.




Roti kirai/jala bersama lauk kari daging dan salad. Pencuci mulut-jelly cocktail. Resipi2 mmg dah ada kat blog.




Asam Pedas ikan pari, sayur kacang buncis goreng, dhal masak lemak dan kacang/ikan bilis goreng kicap(ni feveret anak2).




Mee Kurnia ni mmg enak. Simple & filling.

Wednesday, September 10, 2008

KAD RAYA




Dah masuk hari kesepuluh hari ni umat Islam di Singapura/Malaysia berpuasa. Lagu Raya blum lagi berkumandang di radio. Maybe another 3-4 days lagi kot! Anyway, terima kasih embun menitik kerana pemberian kad Raya ni. Thanks bro!

Monday, September 08, 2008

TAG DARI ZANIE



Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Riszanie's Recipe Collections, Rozzan's Shared Recipes


Ni arahan nya…
Copy gambar kat atas tu and post kat blog anda
Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url Rozzan Shared Recipes tuh...

Selanjutnya saya ingin perpanjangkan tag ini kepada :

1. Puteri Ela
2. Watie
3. azura
4. eija
5. aishah

Kepada yg ditag, kalau anda tak keberatan dan punyai masa yg terluang, sudi2 kanlah menyambung tag ini ya!

PIC yg ini, saya yg pandai2 edit heheh...

Saturday, September 06, 2008

Permintaan Resipi - KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA



Resipi Kek Lapis Aiskrim Anika Rasa ni dah lama ada dalam simpanan saya sejak tahun 90an lagi. Resipi ni saya tukil dari buku Aneka Kek & Biskut di mana penulisnya ialah seorang guru masak mapan di Singapura dan bergiat aktif pada tahun2 70an hingga 90an.

Personally, saya belum mencuba resipi ini (banyak pakai bahan kot!). Namun demikian saya telah membuat rujukan di Internet dan ada seorang, iaiatu Puan Halimah Anang yg telah mencubanya dan memberikan komen yg baik mengenai resipi kek ini. Untuk Fee & Isabel, this is the recipe yg I janjikan tu ya! Bagi yg lain yg ingin mencuba juga, silakan!!

KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

Bahan-Bahan
30 biji kuning telur (8 biji putihnya)
600 gm mentega
410 gm gula halus
330 gm tepung self-raising
4 sudu makan susu pekat

Peraturannya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis.
3. Masukkan kuning telur dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega, kacau hingga rata
5. Akhir sekali masukkan tepung, kacau rata.
6. Bahagikan adunan ini kepada 5 bahagian.Campuran adalah seperti di bawah:


(a) Campurkan:
100 gm aiskrim vanila
40 gm tepung asikrim vanilla


(b) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen oren
1 sudu teh pewarna oren



(c) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu teh warna hijau



(d) campurkan:
100 gm aiskrim strawberry
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen strawberry
1/2 sudu teh pewarna merah jambu


(e) Campurkan:
100 gm aiskrim chocolat
40 gm tepung aiskrim vanilla
1 sudu teh pewarna choklat

7. Gunakan acuan 10" x 10" x 3" yang telah disapu dengan mentega.
8. Bakar selapis-selapis (satu lapis dua senduk) di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu 160C grill sehingga habis.

Nota dari Puan Halimah :
Kek ini leceh sedikit dan banyak belanjanya tapi rasanya emmmmm sedap. Kek ni berbeza dengan kek ice cream yang lain kerana disamping menggunakan tepong ice cream ia juga menggunakan ice cream berbagai flavour, itu yang membuat rasanya sangat enak. Masa mengadun harus hati-hati tak boleh banyak sangat kacau kerana adunan mudah menjadi cair dan akan menyebabkan kek bantat.

Monday, September 01, 2008

1 RAMADHAN 1429

Hari ini umat Islam (khususnya di Singapura, Malaysia, Indonesia) memulakan ibadah puasa yg sememangnya dinanti-nantikan. Mengapakan tidak? Bulan yang Allah telah menjanjikan banyak pahala bagi kita semua umatNYA. Siang hari berpuasa, malam bertarawih, bertaddarus dan bersolat sunat pada dinihari. Pucuk pangkalnya, setiap ibadah sunat diberi ganjaran pahala sama seperti ibadah wajib dan ibadah wajib pula berlipat-kali ganda pahala yg menanti.

Di Singapura, lazimnya solat terawih diadakan di masjid-masjid. Namun ada juga kawasan perumahan yg belum terdapat masjid atau masih dlm proses pembangunan, solat terawih diadakan di kolong2 flat. Kebanyakan masjid-masjid mengadakan solat tarawih ini sebanyak 20 rakaat dgn witir manakala ada yg mengadakan sebanyak 8 rakaat saja. Terpulanglah kepada individu.

Pada puasa hari pertama ini, saya & famili berbuka ringkas jer. Hidangan lauk ayam masak lemak cili padi, sambal tumis bebola ikan & tahu, kacang ikan bilis goreng & sayur kobis menjadi pilihan. Tapi, pic sayur tak snap heheh.. At the same time, saya juga share pic juadah puteri salat yg saya buat dua hari yg lalu.


Hidangan Berbuka Puasa



Boleh dibuat pencuci mulut untuk berbuka puasa.