Followers

Friday, September 26, 2008

AWARDS, POEM, REQUEST FOR RECIPES, ETC.

Salam buat semua. Maaf kerana dah lama tak update blog ni. Sebenarnya nak kata sibuk, tak jugak, nak kata tak sibuk mcm takde masa jer nak buat tu buat ni. Sebenarnya, sejak seminggu yg lalu anak2 sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi my other half pun mcm takde mood je nak buat kuih raya. Anak2 tak usah ckp lagi, sibuk dgn persiapan peperiksaan. Frankly, till now, saya tak buat kuih lagi. Hanya sekedar membuat kek-kek lapis yg direquest oleh keluarga terdekat. Insya'allah kalau ada masa baru buat kuih ler. Tak pun, kuih tunjuk2 jer pun orait gak. Lagi pun, bila raya ni, kalau berziarah, kuih-kuih ni tak ramai yg 'sentuh'. Dah hujung2 Raya baru ler dicari kuih-kuih ni. (alasan kot....)

Minggu lalu saya berserta org rumah, kakak & abg ipar sempat ke Perusahaan Zainab Jaya di Simpang Renggam. Phui..... ramainya orang. Kebetulan, ada promo kat Berita Harian Singapura. Hmmm... ramai yg ke sana. Sesak dibuatnya. Kuih-kuihnya menarik dan dalam pelbagai bentuk & warna. Harganya berpatutan. Kalau tak, takkan orang berpusu-pusu memborong kerepek2, biskut2 dan lain2. Lebih-lebih orang Singapura , "cheep, cheep". Saya pun ehem2 .... ada gak lah beli sket2. Just in case ....

Kemudian, kami ke Parit Raja sekedar menjengah2 di sana pula. Wah, harga kuih-kuih di sana lebih murah sket. Cuma jauh sketlah tapi berbaloi gak.

OKlah, enough of the trip. So, buat kawan2 yg telah mentag saya, memberikan saya award, kad selamat hari raya, poem, etc. saya ucapkan terima kasih. Mana yg belum saya amik/terlupa nak amik atau blum reply, mintaklah maaf. Pelan2 nanti saya buat & update. Buat mereka yg mana permintaan resipinya saya blum tunaikan, harap bersabar ya. Kalau nak ingatkan saya pun orait gak.


So, di sini saya saya nak jawab dulu tag dari Sis Waterlily. Saya jawab seadanya ya!





1. Nama timangan:
Dari kecik, bila berkawan dgn jiran2 sebaya, nama "tak glamer" saya "ojan". Even di kalangan adik beradik pun, mereka menyebut nama saya berlainan termasuk Zan, Rozzan, Rauzan, dll. Di tempat kerja, kenkawan yg berbangsa asing lagi ler sebutan mereka kekadang tu pelik2 dek kerana lidah mereka yg pendek sket tu! Pernah suatu ketika dulu, dlm menjalankan tugas, saya selalu identify diri saya sebagai Mohamad kerana taknak menyusahkan mereka terbelit-belit menyebut nama sebenar saya.

2. Saya seorang yg :
Berfikiran terbuka dan selalu berlapang dada jika ada perselisihan pendapat dgn kenkawan ttg sesuatu perkara tu. Tapi yg paling ketara ttg saya ialah saya selalu berpegang kpd prinsip, yg salah tetap salah dan yg betul tu tak dpt disangsikan. Kalau saya tahu saya dipihak yg benar dan ada yg cuba menidakkan kebenaran saya, saya akan go all the way out to prove to him/her otherwise. Mungkin ini disebabkan sejak di sekolah rendah dan menengah selalu jadi ketua murid kot!! Jaga disiplin..

3.Insan teristimewa
Isteri, anak-anak dan arwah emak & bapak saya especially emak saya. Beliau yg banyak memberikan perangsang dan tunjuk-ajar kpd saya selama hayat beliau. Kebetulan saya ni anak bongsu, jadi rapat & manja lerr dgn arwah emak. (Sayu bila teringat dua kali arwah emak "mendatangi' rumah saya pd bulan puasa ni)

4. Makanan kegemaran
Saya tak cerewet, semuanya saya makan kecuali yg betul2 "teruksome..."

5. Warna Kegemaran
Semua warna yg menarik hati.

6.Lagu Kegemaran
Semua rentak/genre kecuali heavy metal dan yg bising2 tu. Satu lagu yg saya minati - Kejujuran dari Azlina Aziz (sbb ada citer lama di sebaliknya)

7. Apa Yang membuat anda stress:-
Bila ada sesuatu perkara yg belum dapat diselesaikan. Kalau boleh taknak buat lain2 keje sebelum masalah/perkara itu dpt dihuraikan.

8.Apa ada dalam wallet
IC, Staff Card, ATM Card, Credit Card, Medical Card & ...duit lerr.

9. Kali terakhir menangis beria-ia.
Hmmm... mcm takde jer tapi kalau ada pun takler beria-ia. Sekedar tangisan sewaktu arwah emak meninggal dunia lapan tahun lalu.


Oleh kerana semuanya mungkin sdg sibuk membuat persiapan hari raya, saya tak akan tag my other cyberspace friends.


Ni pulak poem saya terima dari aishah@ummiaqil



We need friends for many reasons,all throughout the season.

We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.

We need friends to give us good advice,

We need someone we can count on, and treat us nice.

We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.


Thanks aishah. Saya rasa saya tak perpanjangkan poem ni kpd yg lain krn I'm sure semuanya sibuk skarang ni.

No comments: