Followers

Friday, December 12, 2008

CHICKEN PIE (PAI AYAM)



Sekedar nak berkongsi resipi Pai Ayam (Chicken Pie) yg saya buat beberapa hari lalu. Resipinya saya ambil dari salah sebuah laman di Internet tetapi saya ubahsuai sedikit utk mendapatkan hasil yg menepati citarasa saya. So, here it is.


CHICKEN PIE

Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
500 gm kentang (potong dadu, rebus hingga empuk, toskan)
100 gm lobak merah (potong dadu, rebus dgn kentang)
2 biji bawang besar (potong dadu)
50 gm kacang peas
80 gm jagung dlm tin
secukup cendawan butang (hiris atau potong kecil2)
300 gm isi ayam (potong dadu)
2-3 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn 5 sudu besar air)
1 sudu besar gula (optional)
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
secukup lada putih / lada hitam.
4 sudu besar minyak
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam tadi dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, kacang peas & jagung. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian tuangkan campuran tpg jagung bersama air tadi. Gaul rata-rata. Sesuaikan rasanya dan matikan api.

Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.


Nota:
1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.

2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.

3. Saya gunakan acuan pie bersaiz medium dan menghasilkan kira-kira 14-16 biji pie.

10 comments:

MamaElla said...

Cantik sungguh chicken pie bro Rozzan nie...dapat berapa biji satu adunan Bro Rozzan?

Aishah @ UmmiAqil said...

comel2nye...boleh cuba nanti...

Bro Rozzan said...

Thanks MamaElla,
Sorry terlewat reply. Kalau tak silap, 1 bahan dapat abt 14-15 biji

Bro Rozzan said...

Cuba jgn tak cuba Aishah!

umm rayan said...

bro rozzan,pie ni boleh letak di dalam fridge up to how many days?and let say tak nak buat within 1hour dlm fridge,boleh freezekan tak?

Bro Rozzan said...

BR > umm rayan

Bahan doh tu boleh disimpan dlm fridge tp bila nak buat keluarkan dahulu sehingga 1/2 beku dan boleh dicanai.

Anonymous said...

salam bro rozzan.. mcm mana rupa acuan pie ye?

BR said...

Saya gunakan acuan aluminium biasa jer yg digunakan utk buat cupcakes. Actually, sebarang jenis acuan pun boleh ya.

zue said...

salam ..kalau tak letak TAIRU .. tak menjadi ke dohnya ? mana nak dapat ye tairu tu ? kat kedai jual bahan kek ada ke ?

Lyenda said...

Bro Rozzan....
saya try buat tadi... alhamdullillah menjadi...dan dpt about 14 biji... tapi mmg susah nk canai n letak dough dlm aluminium tin tu.... maybe sebab saya biarkan dia lembut dulu baru saya canai....next try akan biarkan dough dia 1/2 frozen....anyway, good recipe.... and mmg DELICIOUS....