Followers

Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 & MASEHI 2009

Salam untuk semua dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430 & Masehi 2009. Sepuluh jari saya susun memohon maaf kerana dalam bulan Disember ni tak banyak updates yg dapat saya buat dek kerana sebab2 yg di luar jangkaan saya. Apa pun diharap ini tidak melemahkan semangat anda utk mencuba resipi2 yg lain.

Kalau tak silap saya, banyak juga permintaan resipi yg blum dapat saya penuhi ataupun tag yg belum saya jawab. Insya'allah, jika masa mengizinkan, akan saya tunaikan. Kalau tak dapat saya penuhi pada kali ini, sekali lagi maaf yer. Insya'allah di lain masa jika ada, akan saya tunaikan. Kpd mereka yg request resipi, diharap bersabar yer! Kalau perlu remind me again via email ya!

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada anggota-anggota Resipi.Net yg telah sudi berkunjung ke rumah saya minggu lepas. Maaf ler jika layanan atau sambutan kurang memuaskan....ataupun juadah yg disediakan tak menepati citarasa anda. Thanks MamaZieza (beliaulah ketua rombongan...heheh), Penyulawa, Mel dan yg lain2 yg datang berkunjung.

Berikut adalah beberapa foto yg sempat saya abadikan. Jom lihat.



Kasihan Penyulawa....dah berapa hari tak tidor ekkk... (ekcelli, beliau demam....tapi Mustaffa Centre jadi kot??? )


Penyulawa...sewaktu bersembang-sembang dgn my famili members...


Apa entah yg terbayang di mata Penyulawa..sehinggakan bila gambar disnap, mata terpejam dan tersenyum lebar..... Ingat cik abg kot....


Mamazieza (cip rombongan) diapit dgn puteri2 kesayangan saya


Khusyuk Rinnchan tengok rancangan TV Suria...


Bincang apa eh?? Serius nampak...sampai Mamazieza dok kat bawah


Group photo


Juadah ringkas







5 comments:

rinnchan said...

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009,
Terima kasih bnyk2 atas segala2nya ya. Tidak ada yang kurang you. Juadah dan layanan 1st class. Yg lebih penting Rinn gembira dapat berjumpa dengan Rozzan, isteri dan anak2 yang mudah mesra dan layan kami seperti dah kenal lama. Salam buat ur wife and kidz ya.. terima kasih daun keladi.

mamazieza said...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & Masehi 2009 untuk Rozzan dan Family... Cip Rombongan ekkk.. heheheheh... Seronok sangat jumpa ngan Rozzan dan family.. macam dah kenal lama.. sampai tak malu kami dibuatnya.. hahahah...

Makanan semua sedap2 belaka tu.. pakkal laa mama ni dah kenyang gila.. tapi kan.. kenyang2 pun ayam dua ketul.. kek lapis lagi.. menapau lagi.. muahahaha... Jangan serik terima kami sebagai tetamu ya...

Salam sayang dari mama untuk Yati dan anak-anak yang comel dan hensem tu...

BR said...

Salam buat Rinn & famili juga ya.

Terima kasih kembali. Alhamdulillah, kami gembira krn kesudian anda semua berkunjung ke rumah kami. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Insya'allah, dah tau alamat, next time blehlah singgah lagi yer!

BR said...

Salam Maal Hijrah & tahun baru juga buat Mamazieza sekeluarga. Semoga sihat semuanya.

Heheh....tu kan yg members R.Net ckp. Kami pun seronok..mcm dah lama tak jumpa padahal baru 1st time jumpa. Alhamdulillah, gembira kami lima beranak sama-sama gotong-royong menyiapkan hidangan simple tuhari. Yg penting keikhlasan. Kalau dtg Spore lagi, jgn lupa mampir ya!

Oh ya. Terima kasih atas cenderahati tuhari & salam ukhuwah buat org rumah Mama dan famili.

runescape money said...

can u leave ur phone number to me???