Followers

Thursday, November 06, 2008

IKAN MASAK BENGGALI



Ikan masak Benggali merupakan satu lauk yg rasanya iras-iras seperti asam pedas. Lauk ni dah mmg terbiasa di kalangan keluarga saya tapi jgn ditanya camner lauk ini mendapat namanya. Heheh, Wallahu 'alam. Kalau nak cuba , silakan..


IKAN MASAK BENGGALI

1 ekor ikan kerisi (kira-kira 1 kg)
2-3 biji bawang besar (dihiris, utk tumis)

Bahan Kisar
2 sudu besar cili kisar/boh
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar (bumbung) lada hitam
1 sudu teh (bumbung) jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk


secukup air asam
3-4 cawan air
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

1 ikat daun ketumbar
2 biji tomato (belah 2 atau 4)
sayur bendi atau terung (secukupnya)
2-3 senduk minyak utk menumis

Cara:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar hingga separuh layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan pula daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar (1-2 minit).

3. Seterusnya, masukkan air (3-4 cawan), ikan kerisi yg telah dibersihkan tadi dan juga sayur bendi. Biarkan sebentar, kemudian baru masukkan air asam dan garam. Rasalah masam masinnya tp jgn terlalu masam.

4. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau sebentar sebelum dimatikan api.


2 comments:

Anonymous said...

Hari ni saya try buat kari ni ....fuhhhhhhhhhhhhh sedapnya . Hubby sampai tak cakap langsung masa makan .

Thanks

Sara

BRO ROZZAN said...

Hi Sara,

Meksih sudi mencuba resipi ikan masak benggali ni. Heheh...sedap lerr tu sampai concentrate setiap suapan agaknya!!!

You're most welcome.