Followers

Tuesday, June 10, 2008

KEK LAPIS BATIK SUTERA



Salam semua. My kek lapis is back. I did KEK LAPIS BATIK SUTERA again but this time round, I managed to put some design as required by the original recipe and also cut down on the sugar content. Tak susah mana pun. Cuma masukkan adunan dalam botol sos dan picit jer berselang-seli dgn beberapa warna. Nak cuba gunakan pewarna biru but.... in the end the blue not so nice laa. To me mcm gawdy sket. Anyway, here's the pic and recipe once more yaa.



Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus (saya gunakan 180 gm jer)
10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)

Cara :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Cara anda membuat design kat kek ni tergantung dgn kreativiti anda. Yang saya buat kali ini ialah:

3 lapisan plain+5 lapisan warna+3 lapisan plain+5 lapisan warna + 3 lapisan plain.

1 lapis gunakan 2 senduk lauk (bentuk bujur), so jumlah bahan/adunan kek lebih kurang 38 senduk kesemuanya. Jadi bahagikan adunan mengikut sukatan senduk tadi.

Cara:
Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 8"x8". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.

Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan sehingga 3 lapis kesemuanya. Adunan untuk yg berwarna; yg jumlahnya 20 senduk tu di bahagi 3 bahagian dan warnakan dgn 3 warna pilihan anda.

Setelah itu bakar 5 lapis adunan berwarna, diikuti dgn 3 lapisan plain, 5 lapisan berwarna dan akhir sekali 3 lapisan plain.

7 comments:

Anonymous said...

hi Rozzan,
i nak tanya, berapa lama u mengambil masa untuk bakar kek lapis ni.
terima kasih.

Rosse

BR said...

Hi Rosse,
Oleh kerana kek ni kena 'picit-picit' beberpa warna tu, lambat sketlah. Abt 1 hr 50 min to 2 hrs. Kalau lapis biasa kadang2 1jam setengah dah siap.

Anonymous said...

salam bro..saya budak baru blajar nk buat kek lapis.nk tany skit boleh?kenapa saya bakar kek lapis keliling kek jd keras skit..pastu boleh x bagitau lapisan pertama ( yg bwh sekali) kita bkr guna api grill je ke terus..or kena bakar guna api atas bwh dulu .brp suhunya?plssss...tlglah saya..

BR said...

WS. lapisan pertama gunakan api atas bawah (kira2 180 darjah). Lapisan kedua hingga akhir boleh gunakan api grill (atas jer, suhu kira2 200 darjah). Insya'allah menajdi.

Anonymous said...

Salam Rozzan,

Saya baru nak try buat Kek Lapis. Malangnya my first attempt tak menjadi. Selapas saya campurkan adunan mentega dengan telur2, tiba-tiba adunan tu jadi "berat" dan berketul-ketul. Mungkin kah saya memutar terlalu lama? Atau pun speed terlalu laju? ... I feel very frustrated. Teringin sangat nak buat kek yang sempurna. Terima kasih banyak.

BR said...

Anda tak tersilap. Lepas anda masukkan telur kpd adunan mentega yg dah dipukul dgn gula, bila dipukul, keadaan bahan ini mmg bergentel2 dan"curdle" mcm tairu. Tk perlu bimbang. Bila anda masukkan susu, horlicks dan tepung nanti, adunan akan menjadi rata semula. Ini mmg salah satu cara membuat kek lapis sarawak. You're on the right track ya.

Unknown said...

Sis, nak tanya kepanasan ketuhar kena 200 darjah? Saya pakai 180 darjah tapi agak slow sedikit, is it ok?