Followers

Friday, June 27, 2008

SALAM...

Of late, I've not been updating this blog as frequest as I would like to. Reason(s) ?? ahhh...bz is the only fast word which comes to mind! Of course, for convenience sake, we always say we're busy when we are not able to do something or doing them on time. Guess alot has to be learned on time management heheh...

But really, time is not on my side these days. Would love to update my blog and provide replies every other day but sad sad.. kecapek an.... Mendingan, blakangan ini, kalau waktu paginya asyik nonton sepakbola EURO 2008. Selalunya, saya nonton TV, tapi ada ketika TV yg nonton saya. Waduhh..... rugi donk! Coba bayangkan, jam 2.45 pg udah siap depan TV. Siap dengar lagi national anthem kedua-dua pasukan sepakbola. Terusan, tiba-tiba udah komersial jam 5 pagi .... Kiranya baru berapa detik yg berlalu... Langsung tunggu aja berita jam 7 pagi utk keputusannya. Anyway, for the finals GERMANY will meet SPAIN. Kalau saya sih, maunya Germany aja yg sukses. Tapi kalau Spanyol yg menang, OK OK aje deh...

Berbalik kpd beberapa pertanyaan/requests yg saya terima dari anda yg belum sempat saya reply, di sini saya cuba reply sedapat-dapatnya. Namun ada juga pertanyaan anda yg belum dapat saya jawab kerana kekurangan info. Insya'allah akan saya ikhtiarkan jika terdaya.


1) sayangsuhana - Resipi Sambal Tumis Sotong saya dah updatekan di sini sambal tumis sotong

2) mami - resipi kuih cili masih belum diperolehi.

3) Mas - mungkin you boleh cuba resipi serabai dari FP Rossya ni atau 2 resipi dibawah ni (Maaf saya blum mencubanya ya).


SERABAI (I)

Bahan-Bahan
500 gram tepung beras
300 gram nasi (Kisar bersama sedikit air)
1 1/2 biji kelapa (gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter)
1 1/2 sudu kecil mauripan (yis)
Garam secukup rasa

KUAH DURIAN
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
Garam secukup rasa
2 Helai daun pandan (diikat)

CARA - CARA MEMBUAT SERABAI
1) Campurkan yis mauripan dengan santan suam.Kacau sebati dan kisarkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).

2) Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak.
3) Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil.Buat hingga habis adunan.


CARA-CARA MEMBUAT KUAH
1) Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.



SERABAI (II)

500 ml santan (dari 1/2 kelapa putih)
sedikit garam

Bahan A
150 g tepung beras
300 ml air

Bahan B
1 biji telur
300 g tepung beras
600 ml air

Bahan Kuah
900 ml santan (dari 1 kelapa)
300 g gula melaka
2 helai daun pandan, disimpulkan
sedikit garam
2 biji telur
1 camb tepung beras

Cara Membuat Serabai:

Jerang santan dengan garam hingga mendidih (kacau selalu). Angkat dan biar sejuk. Satukan bahan A dan jerang atas api perlahan sambil dikacau hingga kental. Campurkan semua bahan B, masukkan A dan santan yg dimasak. Kacau sebati dan biar 4 jam. Panaskan acuan serabai atas api perlahan. Masukkan adunan secukupnya dalam setiap acuan. Tutup dan masak selama 5 min kemudian angkat.

Untuk Membuat Kuah:

Jerang santan dengan gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Satukan telur dan tepung beras, tuangkan ke dalam santan dan kacau hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan serabai.


4) Ayu - Resipi Kuih Ang Ku dah terimakan? So buat yg lain yg kepingin nak buat, this is the recipe:


KUIH ANG KU
(sumber : Pn Betty Yew)




Bahan-Bahan
150 gm keledek (buang kulit & potong berketul-ketul)
465 gm tepung pulut
50 gm gula
2 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh garam
150 ml santan cair & 300 ml santan pekat (diperah dari 1 biji kelapa parut)
pes kacaang hijau
beberapa titik pewarna makanan merah
daun pisang (dipotong cukup besar utk melapik dasar acuan)

Cara:
Rebus keledek hingga empuk. Toskan dan lecek sehingga halus dengan alat melecek kentang. Campurkan separuh tpg beras dgn keledek yg dilecek. Ketepikan.

Bubuh gula, minyak jagung, garam dan santan cair ke dalam periuk sederhana besar lalu didihkan. Masukkan pewarna merah sambil kacau. Tambah baki tpg pulut tadi dan kacau sehingga doh rata. Angkat dari api.

Kemudian, campurkan doh panas ini dgn bancuhan keledek dan tpg pulut tadi. Masukan santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Renjis permukaan papan canai yg bersih dgn sedikit tpg pulut dan uli doh hingga lembut. Masukkan ke dalam mangkuk lalu ditutup dgn tuala bersih dan ketepikan.

Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian yg sama besar dan bentukkan menjadi bebola. Leperkan setiap bebola dan bubuh inti pes kacang hijau ditengah-tengahnya. Lipat bahagian tepi doh utk membaluti inti pes kacang hijau.

Tekap bebola doh ke dalam acuan ang ku yg disapu minyak utk membuat kesan bercorak. Kemudian, perlahan-lahan keluarkan ang ku dan bubuh di atas kepingan daun pisang. Ulang proses ini sehingga doh selesai.

Kukus ang ku di atas air mendidih dgn api sedrhana selama 8-10 minit. Keringkan permukaan tudung kukusan utk mencegah wap air drpd menitis ke atas ang ku.


PES KACANG HIJAU


Bahan-Bahan
600 gm kacang hijau (tanpa kulit)- basuh dan rendam semalaman dan toskan
150 ml air
6 helai daun pandan (diikat simpul)
575 gm gula pasir

Cara:
Kukus kacang hijau selama 30-40 minit sehingga lembut. Lecek dgn pelecek kentang ketika kacang hijau masih panas. Ketepikan.

Bubuh air ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan gula lalu didihkan di atas api kecil. Kacau sehingga gula larut dan menjadi sirap.

Masukkan kacang hijau lecek tadi dan kacau rata-rata sehingga bancuhan hampir kering. Keluarkan daun pandan dan ketepikan bancuhan supaya sejuk. Bentukkan pes kacang hijau menjadi 20-22 biji bebola kecil.


5) laafami - Resipi Murukku yg biasa saya buat adalah seperti berikut:


MURUKU

1 kg dhal kacang kuda (cuci bersih, keringkan dan kisar) -atau beli yg dah siap jer
1-2 sudu makan serbuk cili merah
1 sudu teh jemuju (omum)
1 biji telur
secukup air (ada yg gunakan santan yg dimasak dulu)
garam secukup rasa


Cara:
Masukkan tepung kacang dhal ke dalam mangkuk besar. Bubuh serbuk cili, garam dan jemuju. Gaul rata dan masukkan telur lalu digaul lagi. Kemudian masukkan air secukupnya utk menguli tepung menjadi satu adunan yg lembut (bukan lembek).

Cara Menggoreng Muruku
Panaskan minyak yg banyak dalam kuali utk kaedah goreng terendam.
Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku dan tekan adunan ke dalam minyak tadi hingga membentuk seperti bulatan. Kecil besarnya saiz, tergantng kpd anda.
Goreng hingga adunan masak/garing, angkat lalu toskan minyaknya di atas kertas serap minyak. Buat begini sehingga adunan selesai.


6) Puan Tiara Sera - resipi Kuih Tat

Maaf yer Pn Tiara Sera, sejauh ni saya blum ada step by step utk membuat kuih tart. Cuma, resipi yg biasa saya buat lebih kurang adalah seperti berikut:


KUIH TAT

Bahan-Bahan
900- 1000 gm tepung gandum
2 buku mentega (abt 500 gm)
1 sudu mkn minyak sapi (optional)
1 biji telur
sedikit air sejuk (optional)

Cara:
Ayak tepung kedalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan minyak sapi ke dalamnya dan gaul rata. Masukkan pula telur lalu diuli menjadi adunan yg lembut. Bubuh air sejuk jika perlu.

Ambil sekeping kertas minyak/tracing dan bubuh sedikit adunan di atasnya. Tutup dgn sekeping lagi kertas lalu dicanai rata adunan tersebut menjadi leper dgn ketebalan mengikut citarasa anda. Terap dgn menggunakan acuan kuih tart. Bubuh inti nenas dan bakar hingga masak.


7) zzzzzz

Kacang ulundu itu adalah seperti ini..



8) riz - bagedel kentang

Maaf ya riz, lambat reply. Thanks Dayang fr helping me to reply. Tapi just to share how i do it ya.

Terdapat pelbagai cara/kaedah utk membuat bagedel.

Ada yg merebus kentang dulu sehingga empuk baru dilecek dan dibubuh rencah yg lain. Digaul rata dan dibulat-bulatkan seperti bola baru dileperkan sedikit. Bila mengepal kentang tu biarlah mampat/padat agar ia tak mudah hancur ketika goreng. Pastu celup dgn telur yg dikacau sedikit.

Cara merebus ni mmglah baik (dari segi kesihatan) tapi kalau terlalu lama merebusnya, kentang akan serap banyak air dan bagedil menjadi lembik. Kalau ini berlaku, anda bolehlah mengambil beberapa keping biskut krim kraker dan tumbuk halus. Kemudian campurkan ke dalam bahan kentang tadi dan gaul rata. Tpg biskut ini akan membantu memampatkan bagedil anda, Insya'allah.

Seperkara lagi, bila saya menggoreng bagedil, saya suka bubuhkan kira-kira 1 sudu teh tepung jagung kedalam telur dan kacau rata. Ini akan 'mengeraskan sket' lapisan telur yg menyelimuti bagedil tu- mcm protection gitu laa.

Satu cara lagi utk mengelakkan bagedil anda menjadi lembik dan hancur ketika goreng ialah, setelah kentang dikupas kulitnya, anda hirislah bulat-bulat sehingga selesai. Kemudian, anda panaskan minyak dan goreng sehingga kentang masak. Pastu angkat dan toskan. Cara begini memang tak serap air langung dan bagedil akan mampat cuma, ehem... pakai lebih minyak lerr. Kalau sesaper sedang diet tu, susah sket lah.

Harap info ini dapat membantu yaa.

No comments: