Followers

Sunday, January 20, 2008

KUIH BAKAR PANDAN

Semalam sempat buat Kuih Bakar perisa pandan ni, sementara menonton bolasepak Liga Perdana Inggeris di TV. Just nice untuk santapan sampingan utk sarapan pagi Ahad. A simple recipe yg anak-anak mmg suka sekali. So here's the recipe kalau anda nak cuba.

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-Bahan
260 gm tepung gandum
240 gm gula (kalau anda penawar, kurangkan sket)
300 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
550 ml air
3 biji telur saiz besar (kalau yg kecil, gunakan 4) - kocok sedikit
1 sudu besar pes pandan
2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
pewarna hijau (optional)
secubit serbuk vanilli (optional)

Cara:
1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan santan pekat, pes pandan, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3.Masukkan minyak sapi dan ratakan.
4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

19 comments:

Anonymous said...

Salam rozzan, kueh ni kalau tak guna telor boleh tak? this kue my feveret cuma tak suka rasa telor nya.

Bro Rozzan said...

W'salam. Kuih2 melayu ni selalu pasti ada gunakan telur samada byk atau pun sikit. Kalau tk bubuh langsung takut keras pulak kuihnya. Maybe you can try gunakan 1 biji kecil telur tapi lebihkan sukatan cecairnya seperti contoh; 500 ml santan pekat dan 400 ml air. Cubalah.

Riena said...

eh kalau pakai daun pandan yg real punya amacam?depan rumah banyak tu! maybe replace dgn esen pandan?

lagi satu, ada resepi kuih bakar jagung tak?

Bro Rozzan said...

Hi riena.
Kalau nak pakai daun pandan lagi bagus. Ambil sekitar 5-6 helai daun pandan, dihiris halus dan kisar dgn menggunakan sukatan air yg telah diberi. Kemudian tapis. Actually, saya mmg suka gunakan daun pandan tapi kekadang tu stok takde. Lagipun ini salah satu cara alternatif utk mereka yg nak buat secara ringkas.

Bro Rozzan said...

Bab resipi kuih bakar jagung, Insya'allah nanti saya berikan versi saya yaa.

riena said...

Thanks!!..dah buat nanti i post kat sini.

coveredgirl said...

Salam Abg Rozzan. Thanks for this recipe..Tadi baru saya buat, memang sedap betul. 5 stars saya beri! Pada pengunjung yang takut bau telur memang tak de bau telur walaupun saya tak bubuh pun vanilla. May Allah bless you for the knowledge you share with others.

BR said...

W'salam sis; you're most welcome. Alhamdulillah, I'm so happy that you succeed. Segala puji bagiNya. TQ for your doa' ya..amiiiinnn.

manja said...

kuih bakar pandan... my favourite. the picture of this kuih really looks appetizing. InsyaAllah I am going to try do tomorrow.

manja said...

Abg Rozzan, i tried making the kuih bakar yesterday n succeeded. i brought for my family gathering. every1 loved it.thank u for the exact recipe given.

BRO ROZZAN said...

manja > Hi! Alhamdulillah you succeeded. Im happy for you. You're most welcome manja.

SayangSuhana said...

Abg Rozzan..selain acuan ring tu, acuan size apa yg perfect for this batch of adunan? Please help please...

syahoney said...

abg rozzan, kalo saya x guna oven letrik,nk bakar atas dapur gas, apinya kene besar ke sederhana?

syahoney said...

abg rozzan, kalo saya x guna oven letrik,nk bakar atas dapur gas, apinya kene besar ke sederhana?

BRO ROZZAN said...

sayangsuhana >

Sorry terlmbt reply. Anda boleh gunakan loyang bulat atau square baking tin.

BRO ROZZAN said...

syahoney>

Kalau anda nak bakar kat dapur gas, anda tak boleh gunakan loyang/acuan yg memuatkan kesemua adunan tu sekali gus. Anda kena gunakan sejenis loyang "tembaga" atau yg sejenis yg mempunyai corak "pecah 8".

Next bila boh adunan tu pun tak bleh tebal2 sgt takut nanti tk masak. Org dulu2 kalau bakar kuih bakar atau kuih baulu, selain ada api arang atau gas dibawahnya, di bahagian tudung acuan tu pun dibubuh arang hidup supaya kuih masak dgn baik atas & bawah.

Ataupun anda boleh gunakan acuan "baulu cermai" - yg kecil2 tu. Jadi masak pun cepat dan tak perlulah gunakan arang di atas tudung acuan tu ya!

Anonymous said...

buat tak jadi sal loyang besau sgt..kuih jadi tipis...= (

Anonymous said...

Salam Abang Rozzan yang baik hati...
saya baru cube td kuih ni, memang rasanya sangat sedap tapi just nak tau la, lepas dah masak berapa lama nak biarkan dlm acuan n bila bole potong...sbb saya buat masa bakar memang cantik, tp bila dah masak terus turun n agak lembik sikit, lagi satu masa bakar pakai api atas bawah ke? tq in advances for the answer...:)

Anonymous said...

Asslaamy'alaykum Akhi Rozzan, afwan, saya ingin bertanya. Apakah boleh saya menggunakan air bilasan sbgi ganti drpd sukatan air yg tlh diberikan.Namun, saya menggunakan InsyaAlloh sama dgn sukatan air yg tlh diberikan. Air bilasannya contoh: bilasan air kelapa kotak, botl essen vanilla dan tuangan air ke atas whisk mixer. Saya seringkali berbuat sedemikian demi mengelakkan daripada buang begitu shj.Mohon penjelasannya.Syukron.Wassalaam