Salam buat semua. Dah lama tak buat updating. Seminggu dua ni terasa mcm fatigue dan penat... Virus 'M' pun bertambah2 lagi. Apatah lagi dok asyik terpikir apa gubahan yg nak dibuat utk teman yg berhajat minggu lalu. Dahlah kat ofis bnyk keje, bila pulang rumah dah penat. Kekadang tu tak sedar, lepas Maghrib sementara tunggu Isyak, alih2 dah pukul satu pagi (heheh)..... Nak cari ilham pun tak jelma2.
Ada satu citer, bab kek lapis yg nak saya buat utk kawan ni. Cari2 loyang heart shape yg kecil utk dimuatkan ke dalam dulang yg diberi teman ni takde dlm simpanan. Yg saya ada, dua2 saiz besar. So pi lah kat Kedai Phoon Huat. Cari punya cari, jumpa- tapi harganya mahal sketlah. Oleh kerana terdesak sgt, belilah. It was last Friday. So happy sbb dah jumpa loyang tu, saya pun bakarlah kek lapis utk gubahan tu. Tapi sayang kali, loyang tu mungkin jenis yg tebal dan kuat daya serapan kepanasan oven. Bila lapis pertama jer saya dah rasa sesuatu yg tak kena. Dlm hati dah berkata, "lain mcm jer nampak lapisan kek ni!" Tp disebabkan dah adun bahan kek ni, saya pun bakarlah sehingga selesai- kira2 2 jam. Bila dah habis bakar dan saya keluarkan dari loyang tu, hmmmm...dah nak jadi macam 'intan terpilih'... Apa nak buat, dah nasib....cobaan....
So, bagi sesaper yg masih belum mahir dgn pembikinan kek lapis ni, take heart. "nobody is perfect". Cuba dan cuba lagi. Saya yg dah biasa buat kek lapis pun terkena jugak walaupun kesilapannya ni terletak pada loyangnya. So, dipendekkan citer, esoknya Sabtu selepas keje, round lagi kat Aileen Bakery. Nasib baik loyang tu dapat saya jumpa. Jadi, these are the 3 gubahan yg simple yg dapat saya siapkan. Harap2 ia dapat menepati citarasa yg menerimanya, Insya'allah. So, jom, cuci mata......









MURTABAK LAPIS KRIM KRAKERBahan-Bahan600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa
Cara:Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.
45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)
Cara:
Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.
Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.
Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.