Followers

Thursday, September 14, 2006

Fruit Tart

Dah lama tak buat Fruit Tart. Bila terpandang pic fruit tart kat FP kakrossya, teringat teman kat ofis yg pernah request suruh buat fruit tart nie. Hingga kini belum saya tunaikan. Nasib baik dia tak mengidam. Ingat pulak dia tu; tempohari dia sebut2 bila saya nak penuhi permintaan dia. Hehe, dah buat ni tapi esok ...... saya cuti. hoorey. Kau tunggu sajalah fren yer, next time aku buat lagi k!






Fruit Tart
550 gm tepung gandum
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
1 biji telur
100 gm gula icing
secubit garam

Cara
Mentega, margarine dan gula icing di pukul sebentar hingga rata. Masukkan telur & esen vanilla, dikacau rata lalu dimasukkan tepung gandum. Uli hingga sebati. Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya. Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett. Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya dgn sudu 180 darjah selama kira-kira 25-30 minit. Sesudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dahulu sebelum disapu dgn cokelat yg sudah dicairkan tadi.

Untuk Alas Tartlet
secukup chocolate block (for coating)- cairkan dgn kaedah 'double-boiling'

Krim Kastad
Bahan A
250 ml susu plain
50 gm gula
100 gm mentega
(Masak Bahan-bahan A ini hingga mendidih)

Bahan B
250 ml susu plain
40 gm tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara Membuat Krim Kastad
Bahan-Bahan B ini dikacau rata dan tapis lalu masukkan ke dalam Bahan-Bahan A yg telah mendidih tadi. Didihkan lagi hingga masak.

Cara Menyediakan Fruit Tartlet
Ambil pastry tartlet yg telah disapu cokelat dan bubuh sedikit krim kastad. Susunkan dgn buah-buahan pilihan anda dan akhir sekali sapukan gel di atas buah-buahan tadi.

Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, peach, strawberry, blueberry, raspberry, etc.

Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau 2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.

13 comments:

MamaFaMi said...

Bukan main cantik dan meriah lagi fruit tart dia...mama ni, ada hasrat nak buat sejenis tart tuuu...tapi masih lom buat lagi...hmmm..bila agaknya ye...

rozzan said...

Thanks, mamafami. Tu lerr.. saya pun kalau tak kuat semangat malas nak buat, banyak kerja! mamafami katner eh...Afrika ye? kalau dekat..., boleh saya courrierkan siket. hehehe. btw, cubalah, Insya'allah berjaya.

rossya said...

Amboii.. bukan main cantik fruit tarts dier.... Camni tutup tau itu Delifrance... Move over... chef Wan... hehee..

afid said...

memang kn sapu coklat eh,pastry tu?

rozzan said...

Thanks Rossya. Selagi saya blum belajar dari Bahtiar cara nak bisniz, biar ler Delifrance tu beroperasi kot! hehehe

rozzan said...

Afid, chocolate layer kat dlm pastry tart tu optional jer.. For chocolate lovers, I guess it's most welcome. Furthermore, the chocolate layer also prevents the pastry frm becoming soft/soggy internally dek air dari buah-buahan dan gel yg disapu tu. Hope I cleared ur doubts.

Anonymous said...

Salam rozzan, pastry margerine utk tarts nak guna yang mana satu. pastry for karipap atau pastry utk puff pastry...salam, mama siti.

chomeldvery said...

thanx for the recipe...yani dh buat..mehla tgk kt blog @ fotopages. sedap dan kurg manis..sukee. nnti pinjam resepi ye. tqvm

http://hariyani.fotopages.com/

Che Amane said...

Rozzan.. saya dah trydah recipe nih... mmg sgt sedap ! Mak saya kata,"makan kulit kosong aje pun sedap!" Thanks for shraing ya..

BR said...

BR > Che Amane

Salam. Thanks for trying out the recipe. Alhamdulillah, menjadi.
You're most welcome sis.

Anonymous said...

salam...susu plain tu susu apa?

@manda 3rlisya Butiq said...

bro... lau filling nye i tknk fill with chocolate nk plain then atas fruit tu i letak with jelly shldnt b any prob kn....

Bro Rozzan said...

BR > @manda

No problem sis. Chocolate tu sebagai additional flavour jer. Its OK without the chocolate ya!