Followers

Saturday, September 16, 2006

Bamiah Arab & Roti Renjis

Harini tak kerja. Hajat di hati macam2 nak masak, bukan apa2, saja nak mahirkan tangan ni yg dah lama tak memberi perhatian dlm culinary aspects. Furthermore, puasa dah round the corner, panjang umur nak Raya pulak. Teman2 ada yg dah sound nak order cam biasa...Eh bila ntah aku kasi surat pekeliling ttg senarai kuih-kuih yg diorang boleh order! heheh. Kat rumah ni, mentega tu dah beberapa kali keluar masuk fridge... agak2 kalau bleh dia bercakap .. merajuk panjanglah agaknya (tak nak keluar) sbb Tuannya asyik tukar fikiran jer ttg apa yg nak dibuat! Kat ofis pulak, asyik dok pegang pen jer sampai sengal2 tangan jadi nya! Apa nak buat, cari rezeki utk anak isteri. Anyway, today kitorang makan simple jer.. Itu pun dah petang baru bersantap. Saya sertakan resipinya juga, just in case anyone wants to try. Actually, the original recipe calls for mutton/beef but since I haven't got them right now, I just made use of the whole chicken available in my fridge.





Bamiah Arab

1 ekor ayam (abt 1.2 to 1.4 kg) atau 1 kg daging
150 gm minyak sapi
100 ml susu cair (evap milk)
20 biji badam/gajus (kisar halus)
6 sudu makan jintan kasar*
1 sudu makan jintan halus*
1 sudu teh lada putih*
10 ulas bawang kecil*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
3 sudu makan sos tomato
500 gm bendir
4 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji tomato buah (potong 2)
2 biji kentang (potong wedges)
3 cawan air (atau secukupnya)
garam secukup rasa
secukup daun ketumbar, sedikit bawang goreng utk tabur

Cara

Bersihkan ayam dan potong 8 atau 12. Kisar bahan-bahan *
Kacang bendir dibersihkan dan potong 2 jika besar. (Saya suka pilih yg kecil, takpayah potong, setakat belah 2 jgn putus).
Ambil sedikit minyak sapi, panaskan dan tumis bawang dadu tadi. (Lebihan minyak sapi digunakan utk menggoreng bendir, kentang). Masukkan rempah kisar dan kacau hingga bawang layu. Masukkan ayam, air, garam dan badam kisar. Bila ayam hampir masak, masukkan pula susu cair dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih dan ayam empuk. Kacau lagi lalu masukkan bendir, kentang, buah tomato dan daun ketumbar. Kecilkan api dan biarkan selama 5 minit baru diangkat.

Nota:
Sesuai juga dimakan dgn roti biasa atau roti perancis.
Sebaik2nya, jintan2 di sangai dulu sebelum dikisar.
Kalau yg health-concious, tukarkan minyak sapi dgn minyak seperti minyak soya/canola dan pilihlah susu cair yg rendah lemak..
There are many versions for Bamiah recipes available. This is my version as learnt from my late mother & my aunt.


Roti Kirai/Renjis/Jala

1 kg tepung gandum
300 ml susu cair
950 ml air
3 biji telur
3 sudu teh garam (atau ikut rasa)
sedikit pewarna kuning

Cara

Semua bahan disatukan, kacau rata2 lalu ditapis.
Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit dan mulalah "merenjis' atau 'mengirai'. Sesekali sapukan minyak atas kuali tadi. Ambil dua keping roti renjis ini, tangkupkan dan lipat.
(Boleh menghasilkan kira-kira 30 - 32 keping)

5 comments:

rossya said...

bamiah memang sedap.. kadang2 kiter taruhkan tulang untuk bamiah kiter .. sedap.. Aiseh.. tak lama posa, nak kena buat roti jala.. requested menu tiap Ramadhan. Bercinta sungguh nak menebar jala tu... tapi suka makan.. Kalau rozzan buat tu.. nanti buat lah lebih2 yer... (cam tak malu plak..)

rozzan said...

Actually rossya, apa pun lauk,saya prefer daging sbb rempah ratusnya resap/mesra. Tu sbblah badan sihat camni! Thnks also fr refreshing my memory;another name for this roti is 'roti jala'(tu ler, saya tau ada satu lagi nama roti ni, takleh ingat masa nak tulis smlm). Dulu saya malas nak tebar jala ni, tapi skarang mcm OK lak. 1 kg tepung boleh I siapkan dlmasa 1 jam. Kalau gunakan 2 kuali, lagi cepat siap. Anak dara I pun bleh tebar kot2 bapak dia penat dia take over lah. Ttg nak mintak tu bleh, apa salahnya, nak2 bln puasa ni- pahala kasi org makan utk berbuka. Cuma syaratnya ..... dikenakan $2 for delivery..hehehe mcm McDonald's lak (sorry gurau jer).

MamaFaMi said...

Knock knock...mama tumpang lalu...nak tumpang tanya sebenarnya...Jeneket ni apa benda sebenarnya eh? Manis ke masin ke? Naper tak boh resipinya sekali? Leh gak mama telek belek...hehehe...

rozzan said...

Jeneket ni lebih kurang adik-beradik sepusat sepusing dgn Yu Char Kue (cakoi). Cuma, dia ni manis, gebu sikit dan lemak, dimakan gitu jer atau cicah dgn teh/kopi ..sedap.Kalau di Spore ni, di pusat makanan Banquet, ada dijual kuih yg rasa seperti ini, dgn nama "butterfly." Anyway mama, nanti saya postkan 2 recipes yg saya ada di blog ni but please.. kalau buat tu, cuba sesuaikan apa yg patut. They're not the best of recipes which I have fr Jeneket so far.

Anonymous said...

Assallamualaikum Rozzan n selamat Berpuasa, I hve recipe for janekek, i learned fr one guru masak if you interested boleh i share dgn u. maybe email to u. Salam, mama siti.