Salam Sejahtera. Dah lama x update blog.... dah mcm bersarang gitu!! Apa nak buat, tuntutan pekerjaan yg semakin bertambah sehinggakan masa yg terluang utk berblogging pun nmpk2nya semakin sedikit. Apapun, terima kasih kpd anda yg masih berkunjung utk menyemak resipi2 di sini.
Seperkara lagi, diam x diam dah lebih enam tahun sejak kelahiran blog ni. Waktu tu tk banyak lagi blog2 yg berkongsi resipi yg pelbagai. Kini Alhamdulillah, dah byk blog dan FB2 perseorangan atau berkumpulan yg sedia berkongsi informasi dan resipi. Rasanya mcm dah nak retire aaa. Mentelah lagi, tersentak jugak tuhari bila nk upload pics kat blog, PICASA bagitau yg kuota 1 GB utk memuat naik dan store pic atas tajaannya dah capai tahap maksima. Nak guna khidmat PICASA kena lah beli extra storage at a price. Ni, bila saya dah beli extra storage, nak upload pics tu kdg2 'distorted' atau kurang jelas. Macam x bagi saya upload jer.... haizzz.....semakin hampirlah usia penutupan blog ni huhu.....
Walau bagaimanapun, di sini saya saja nak berkongsi pics gubahan pulut kuning yg saya ilhamkan khas buat memenuhi permintaan teman sepejabat sewaktu majlis walimah anak beliau tempohari. Harapan semoga gubahan ini dapat menepati citarasa 'mak pengantin' yer..
Resipi? xde lah... biasa2 jer. Kukus pulut kuning dan selanjutnya buatlah hiasan mengikut kreativiti anda. Jom tgk gambar...