Salam.... Bulan puasa dah masuk hari ke sembilan Ramadhan... sungguh cepat masa berlalu. Namun setiap kali lepas berbuka, mesti terfikir - esok sahur nk makan apa? buka mlm nanti nk makan apa?... Haiz..... kalau dulu sewaktu arwah mak masih hidup, senang jer... tak perlu dok terpikiak-pikiak... Semua di tanggung beres..
Sekarang ni bila kita pulak yg jadi ketua keluarga dan ibubapa, hah... fening selalu! Bukannya kita nak melayan nafsu-nafsi bulan puasa yg lazimnya berbagai-bagai ragam, cuma... memikirkan hidangan/juadah yg ringkas jer. Famili saya mmg tk gemar atau tak terbiasa dgn santapan nasi ketika bersahur.... Alhamdulillah, senangler jawabnya.. roti ke, cekodok ke, atau apa2 lah yg ringan. Kalau nk sentuh nasi dgn pelbagai lauk pada pagi2 ..hish... mcm "bercinta"-kata orang dolu2. Kekadang tu saya pun cuma makan sebiji-dua korma dan segelas susu. Insya'allah boleh bertahan 14 jam hingga berbuka kelak.
Ketika berbuka puasa pula, nasi pun tak menjadi pilihan utama. Even a one-dish meal pun cukup utk kami. Yg penting kita dapat berbuka dgn hidangan yg ringkas dan dapat menhilangkan rasa lapar. Apapun, terpulang kpd masing2 - ada yg mesti menjamah nasi setiap kali berbuka dan juga sahur. Dah terbiasa, ok lah kot. :-)
Harini, kebetulan anak kami request nak makan ikan yg dibakar bersama sambal cili padi. So, utk tidak menghampakan permintaan beliau, this was what we had for Iftar...
Followers
Sunday, July 29, 2012
SALAM RAMADHAN
Salam Sejahtera buat anda semua. Terima Kasih kerana sudi lagi menjenguk ke blog RSR yg dah agak lama menyepi dan tak ter'update'. Sebelum meneruskan coretan, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin yg dah masuk hari ke 9 Ramadhan.
Kebelakangan ini, rasanya macam terlalu sibuk dgn urusan pekerjaan dan peribadi yg menyebabkan blog ni terpinggir seketika. Saya masih meneruskan aktiviti2 kulinari saya, cuma kdg2 tu tak sempat nk nak update resipi ataupun pic yg telah diambil. Mentelah pula, saya rasa dewasa ni dah ramai yg berkongsi resipi2 di alam siber seperti di FB dan blog2 masakan mereka tersendiri. Tak seperti sewaktu saya mula berblogging 6 tahun dahulu, pada tahun 2006. Sekarang, ramai yg dah sudi berkongsi ilmu pengetahuan mereka dan saya rasa ini adalah satu perkara yg sangat baik, Apalah guna jika ilmu yg dipinjamkan kepada kita, tidak dpt dimanfaatkan bersama.
Apapun, kesinambungan blog RSR ni tergantung kepada keadaan dan kesempatan waktu yg ada pada diri saya. Kepada mereka yg pertanyaannya saya terlepas pandang atau terlambat reply, harap dimaafkan. Sebenarnya, saya terasa macam di persimpangan - samada ingin meneruskan blog ini ataupun dihentikan. Tumpuan utama saya sekarang ni adalah kpd pekerjaan dan famili. Keterbatasan waktu dan tuntutan pekerjaan yg semakin mencabar betul2 membuat saya di ambang dilema. Walau apapun senarionya, Insya'allah, jika Webmaster terus membenarkan perkongsian RSR di alam siber, blog ini akan tetap dibuka utk yg masih sudi berkunjung. Juga, dari masa ke semasa jika ada peluang dan waktu yg terluang, saya masih memantau blog ini dan mungkin juga mengupdate resipi2 utk kongsian bersama, Insya'allah.
Akhir kalam, Salam Ukhuwah dari saya - BR.

Saturday, July 28, 2012
LAKSA GORENG
LAKSA
GORENG
Bahan-Bahan
1
kg mee taibak (mee cendol)
250
gm taugeh
Segenggam
daun kesom
500
gm ikan kembung/tenggiri (dikukus, buang tulang dan isinya di tumbuk halus)
Bahan-Bahan Kisar
1
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1
batang serai
½
inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1-2
sudu makan cili kering kisar
2
sudu makan kerisik
2
cawan santan pekat
2
sudu makan rempah kari ikan
2
biji limau kasturi (ambil jusnya)
Secukup
minyak utk menumis
Secubit
garam (atau ikut rasa)
Cara
:
Panaskan
minyak dalam kuali.
Tumis
bahan kisar bersama cili kering kisar sehingga garing.
Kemudian
masukkan rempah kari ikan, isi ikan dan kerisik. Kacau sebentar sehingga rata
dan wangi.
Seterusnya,
tuangkan santan pekat . Kacau rata jangan sampai berkerak.
Masukkan
gula dan garam secukupnya. Masak sehingga pekat.
Masukkan
mee taibak, daun kesum lalu kacau hingga rata dan kering sedikit. Sesuaikan
rasanya, tambah apa yg kurang. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata-rata.
Semasa
menghidangnya, bubuh bawang goreng.
Friday, July 27, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)