Followers

Tuesday, May 31, 2011

Salam Bahagia

Salam untuk semua. Buat masa ini,dek kerana sbb2 kesihatan, maaflah saya tak dapat update blog dan menjawab pertanyaan anda. Insya'allah, bila keadaan kembali biasa, akan saya update yer. Harap maklum...

Salam ukhuwah dari saya
BR

Monday, May 23, 2011

CREAM PUFFS / ECLAIRS

Of late, I'm not in the pink of health. Kadang2 darah go upstairs....kadang OK. Walau apa pun, kita terimalah seadanya. Anggaplah ia semacam sesuatu perkara yg berlaku utk menghapuskan dosa2 kita yg lalu...Insya'allah.

Kelmarin, semasa jumpa members sekolah lama.. saya ada buat cream puffs / eclairs. Anda boleh rujuk kpd resipi yg dah saya postkan dahulu cuma kalau buat eclairs, sukatan bagi air tu anda boleh tukarkan kepada separuh bahagian susu dan separuh lagi air biasa. Kalau tk nk pun xper. OK jugak.

Masa buat tu kelam kabut, balik kerja terus buat. Tu yg nmpk slekeh sket tu hah.. Apa pun, ni sekedar nak berkongsi idea jer. Tak perlulah kita stereotypekan kalau cream/custard puffs tu kena gunakan custard dan cream jer. Kita boleh pelbagaikan inti dan perisanya mengikut citarasa kita sendiri. Jom, tgk pics ni.


Yang ini, saya gunakan whipped cream dan bubuh perisa coffe oil dan coffee emulco bagi mereka yg minat pada keharuman bae kopi.



For a change, yang ini pula, saya gunakan plain whipped cream dan bubuh blueberry di dalam kelongsong tersebut.




Dan yang terakhir ni, saya bubuh melted chocolate ke dalam whipped cream dan gaul menjadikan ia perisa cokelat. 



Monday, May 16, 2011

KARI IKAN KERISI


Menu semalam...... ala2 India gitu... Apapun, yg jelas sumer resipinya ada gunakan daun kari!








Dan yang ini pula hidangan beberapa hari yg lalu.....




Tuesday, May 03, 2011

Permintaan Resipi - BUTTER PRAWNS

Atas permintaan anda2 yg berhajat mendapatkan resipi Butter Prawn, di sini saya perpanjangkan resipi Butter Cereal Prawns yg saya tukil dari FB Chef setempat Chef Tania Aris. Thanks Chef- harap you dont mind me sharing your recipe ya!


BUTTER CEREAL PRAWNS

Bahan A:
700 gm udang (saiz sederhana atau besar)
– dibersihkan, bilas dan perahkan sedikit jus lemon dan bubuh sedikit lada putih/sulah serbuk.
1 cawan tepung berperisa*
3 sudu makan kanji kentang (potato starch)*
1 biji telur
2 cawan minyak masak

1) Gaulkan udang bersama telur, tepung berperisa dan kanji kentang.
2) Panaskan minyak masak dan goreng udang sehingga kekuningan emas lalu ketepikan.


Bahan B:
1 btg cili merah  (dihiris)
1 tangkai daun kari
5 biji kuning telur sahaja
½ cawan bijirin bayi Nestum (Nestum Baby Cereal)
150 gm mentega
2 cawan minyak masak

Cara:
1. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk bersama bijirin Nestum. Pukul sebentar.
2. Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali.
3. Tuangkan campuran bahan telur/bijirin tadi dan kacau-kacau hingga menjadi seperti ‘floss’ yg halus.
4. Bila floss ini berwarna kekuningan, angkat dari kuali.
5. Keluarkan lebihan minyak dan biarkan sedikit jer yg tinggal.
6. Tumis daun kari dan hirisan cili merah. Matikan api lalu masukkan udang yg dah digoreng tadi bersama floss. Gaul rata sebentar dan hidangan siap utk dinikmati ketika panas.