Followers

Friday, August 29, 2008

VARIASI KEK LAPIS (PN NORAINI ZAKARIA)


Dah lama gak buku ni ada dalam simpanan saya. For a change, saya beli buku KEK LAPIS (Pn Noraini Zakaria) utk menimba ilmu dari sumber yg berlainan selain Pn Rabiah Amit. Buku ini sesuai utk mereka yg baru berjinak-jinak dgn pembikinan kek lapis. Setiap resipi kek dilengkapi dgn peraturan dan gambar2 step by step utk memudahkan anda mengikuti cara pembuatannya. Antara resipi2 termasuklah Kek Lapis Pucuk Rebung, Lapis Semarak, lapis Dam, Lapis Pesona dan banyak lagi. Sesiapa yg berminat, bolehlah dapatkan buku ini di toko2 buku.


Di antara kek-kek lapis yang terdapat dalam buku Variasi Kek Lapis (Pn Noraini Zakaria)


Thursday, August 28, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK



Salam semua. Tinggal beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan. Di kala itu nanti ramai yg pasti sibuk..... - sibuk dgn ibadah puasa dan amalan-amalan lainnya yg lazim dikaitkan dgn bulan puasa. Siang hari berpuasa, malam hari berterawih, taddarus dan bermacam-macam lagi aktiviti utk menambahkan pahala dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini. Diharap anda semua diberi kesihatan dan ketabahan dalam menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan ini yg sememangnya menjanjikan banyak ganjaran pahala berbanding bulan2 yg lain.

Seperkara lagi, di dalam bulan puasa ini, saya minta pengertian anda kerana saya berkemungkinan tak dapat update blog sekerap yg saya biasa lakukan. Almaklumlah, byk tugasan yg harus dilakukan. Walau bagaimanapun, Insya'allah, saya akan tetap memantau dan menjawab pertanyaan/soalan anda dan sekali sekala akan membuat update.

Buat kenkawan di Malaysia, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara anda yg ke 51 thn. Dirgahayu Malaysia!! Jgn lupa malam hari tu terawih dan esoknya posa tau- jgn tak posa!!



Wednesday, August 27, 2008

BISKUT STRAWBERRY

Di sini saya postkan 2 resipi biskut yg mudah dan yg agak menarik dari Chef Wan. Kalau nak tambahkan idea utk persiapan lebaran nanti...(heheh, puasa blum pun start!)



BISKUT STRAWBERRY

Bahan-Bahan:
2 biji kuning telur
250 gm mentega
200 gm gula halus
100 gm tepung jagung
400 gm tepung gandum
50 gm badam (dikisar)
sedikit badam (utk dibuat batang berwarna hijau)
100 gm buah asam gambir (haw flakes)-dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perisa strawberry (essence atau paste)
sedikit gula kaster utk ditabur atas biskut
sedikit putih telur utk pelekat badam

Cara:
1) Pukul mentega dan gula halus hingga sebati. masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan pewarna merah dan perisa strawberry.

2) Masukkan tpg jagung, tpg gandum, badam kisar dan buah gambir. Gaul rata-rata.

3) Uli doh, kemudian canai utk membuat biskut.

4) Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakkan di atas biskut.

5) Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius.

6) Taburkan gula kaster di atas biskut setelah dibakar.

BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT




BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT

Bahan-Bahan:
225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnut
jem raspberry secukupnya

Cara:

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.

3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas.

KANDI KELAPA - Permintaan Resipi

Di atas permintaan dari iman, disini saya sertakan resipi & pic Kandi Kelapa yg saya tukil drpd sebuah buku masak. Bagaimanapun. saya belum sempat mencuba. Sesiapa yg berhajat, bolehlah mencubanya. Pastu feedback ya!!





KANDI KELAPA

Bahan-Bahan
2 helai daun pandan (disimpul)
2½ cawan mampat kelapa parut (yg dibuang kulit arinya)
1 tin (397 gm) susu pekat manis
1 cawan gula (maybe boleh kurangkan mengikut citarasa anda)
30 gm mentega
½ sudu teh esen vanilla
beberapa titik pewarna pilihan anda

Cara:
Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci).
Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit).

Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen vanilla dan pewarna lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yg telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. Biarkan kandi sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, August 26, 2008

KUIH BAKAR KELEDEK

Kuih Bakar Keledek merupakan satu lagi kuih bakar yg menjadi kegemaran saya selain kuih bakar pandan, jagung, durian, kentang dan lain2 lagi. Berikut ini saya sertakan resipinya utk anda yang ingin mencuba.




KUIH BAKAR KELEDEK

Bahan-bahan :
250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.


Dan di bawah ini merupakan roll sosej yang saya rasa anda semua tahu membuatnya. I actually did it last night. Gambar sekedar hiasan dan utk santapan mata jer k!


Sunday, August 24, 2008

SALAM

Salam. Maaf kerana blakangan ni tak byk updates. Mungkin virus "M" sedang giat melanda kat badan ni. Jadi walau ada masa pun, terasa mcm malas jer nak buat apa2. Mentelah lagi bulan puasa pun dah nak tiba.

Membuat biskut/cookies bukanlah sesuatu yg selalu saya lakukan. Paling2 pun 1- 2 kali setahun sewaktu musim perayaan. Justeru itu, cookies/biscuits are actually not my forte or my speciality. Bagi mereka yg bertanya ttg resipi biskut/cookies, selain apa yang ada kat blog saya ni, mungkin anda boleh juga melungsuri ke pelbagai lelaman forum seperti Forum Resipi Diana, My Resipi.com, Resipi.net dan byk lagi. Mungkin ia akan dapat memberikan anda lebih byk idea utk persiapan menjelang Raya nanti ya.

OK, di sini saya saja nak update pic black pepper steak yg saya cuba buat dgn resipi yg telah diberi kak fidah. Komen saya ialah, rasanya not bad- sedap, cuma mungkin anda harus tambah sukatan kuahnya. Kalau setakat lebihan 'air daging', mentega bekas goreng daging dan tomato - kandungan kuahnya amat sedikit. Apa pun, its a good try for me too.


Tuesday, August 19, 2008

BUKU KEK LAPIS SARAWAK (RABIAH AMIT)

Salam buat semua. Maaf kerana 'menghilang' seketika. Sebenarnya, for the past one week, banyak perkara/masalah yg harus ditangani. Bukan apa, kekadang tu, semua yg berlaku lepas satu, satu.

Saya ni bukan ler "orang elektrik". Dahtu lampu kat dua-dua bilik air rosak, kat bilik tidur utama pun rosak!! Hai...puas tukar wayar/starter tak jugak nyala. Tukar bulb pun tak OK. Bila 'dia' suka nak nyala, petik swis sekali dah on. Kalau tak, tunggu ler tepi pintu toilet tu -tak nyala2. Nak mintak tolong kawan, heheh, diaorang sibuk gak. Hai...stress.. Sekali-sekala kami bergelap lerr dlm toilet!! Help! I need help!!

Komputer ni pun dah mula "main gila" - kadang2 OK, kadang2 KO!! Scanner pun 'sakit'. Internet pulak , slow... Ni yg buat malas nak update! Kadang2 rasa itu jam jugak nak hempas benda ni.. Maybe it's about time I get a new PC; dah nak nazak agaknya PC ni. Sejak tahun 2001 dah bermastautin kat rumah ni.

Hah, cakap pasal benda rosak, peti sejuk yg dah bertahun2 lamanya berjasa kpd kami pun mula nak KO. Bukan satu tapi dah dua para-paranya retak. "Dia" pun dah tak kuat lagi.... Entah kat mana nak beli penggantinya- blum ada masa nak cari info. Ikut hati, aku lelong jer - saper nak esbok aku?? saper nak? Then, baru boleh beli yg baru. Ishhh, kalau sumer nak beli..heheh... rabak jugak kocek!

Btw, me also not feeling so well these past few days since last week. Last Saturday, pi kenduri arwah kat rumah bro-in-law. Sunday -heheh...lepak, satu keje pun tak buat. Seronok...




Anyway, berbalik kepada topik Buku Kek Lapis Sarawak Jilid 3 (Pn Rabiah Amit), saya dapati kali ini banyak resipi beliau menggunakan telur yg banyak- antara 15 hingga 20 biji. Seperkara lagi, kombinasi warna kek pun banyak berkisar pada warna hijau, biru dan cokelat!, merah sekali-sekala.

Buat diri saya yg mmg suka warna2 yg garang dan pelbagai ni, saya mungkin menukarkan sesetengah warna keknya kpd warna yg lebih segar/ceria, heheh..Ini pandangan saya jer. Namun demikian, Insya'allah, once in a while saya akan postkan resipi kek lapis beliau di sini. For a start, saya sertakan resipi di bawah ni:





KEK LAPIS POLKADOT SAGU

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette

Bahan B
480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat

perasa pandan dan coklat


Cara Membuat:
1) Pukul semua Bahan A hingga kembang dan masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati

2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.

3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.

Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.

Anda-anda yg pakar dlm membuat Kek Lapis Sarawak- harap dapat tolong perjelaskan ya!

Meantime, as promised inilah rupa mixed herbs - salah satu bahan utk membuat daging black pepper steak, yg saya janji nak tunjukkan dulu. Antara kandungan herba-herbanya ialah thyme, rosemary, marjoram, basil, oregano dan sage.





Dan ini, sekedar berkongsi pics tentang jering rebus dan sambal tumis petai yg diberi mak saudara kpd saya jer!! Dah lama saya tak makan petai dan jering ni . Almaklumlah, orang rumah tak makan benda2 ni, jadi saya pun tak masak lerr.. Resipinya biasa2 jer, I'm sure anda tahu memasaknya. As for jering tu, kalau yg muda selalunya dibuat ulam dan makan dgn sambal belacan. Kalau nak rebus pilih yg tua dan rebus hingga empuk dan dimakan dgn kelapa parut yg dibubuh sket garam dan gula.







Kepada sesiapa yg saya belum sempat menjawab email atau pertanyaan, Insya'allah akan saya jawab. beri saya sedikit masa ya! Heheh, kalau ada pun yg saya terlupa, ingatkan eh!

Tuesday, August 12, 2008

PAHANG DARUL MAKMUR

Salam sejahtera buat anda semua -pengunjung-pengunjung blog saya. Maaf kerana tak dapat update blog selama beberapa hari sejak minggu lalu. Saya telah berangkat ke Pahang bersama beberapa orang saudara utk meraikan anak saudara saya dalam Majlis Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yg bertempat di Dewan Jubilee Perak, Kuantan. Pahang Darul Makmur.

Ini adalah kali pertama saya ke Kuantan, walaupun saya pernah ke Cherating dan Genting Highlands. Oleh kerana waktu yg singkat dan masalah lainnya, kami tak berkesempatan ke tempat2 lain yg memang terkenal sebagai tarikan pelancong seperti Teluk Cempedak, Tasik Chini, Tasik Bera, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan banyak lagi.

Sementara di sana, sempatlah kami meninjau di kawasan sekitar hotel yg kami menginap seperti Pasar Malam Jalan Gambut, Pasar Tani Mega, Berjaya Mega Mall, Kamdar, The Store, Mydin, Benteng, dll. Tapi taklah shopping sakan! Saja cuci mata jer....Ambil pengetahuan -bak kata pepatah, "jauh berjalan luas pemandangan".

Di sini juga, saya nak ucapkan terima kasih pada lela dan kenkawan lain yg telah tolong menjawabkan pertanyaan2 di ruang "sembang2-sembang". Insya'allah untuk yg belum terjawab, nanti saya cuba bantu ya!

Berbalik kepada Majlis Konvo KIPSAS 2007/2008 tadi, anak saudara saya adalah merupakan antara 9-10 pelajar dari Sngapura yg mengikuti program Diploma di sana. Berbekalkan semangat kental dan motivasi diri yg kuat, Alhamdulillah, mereka semua telah lulus dgn baik - walaupun berjauhan dgn ibubapa dan famili.

Amat membanggakan lagi ialah apabila beberapa di antara mereka telah meraih Anugerah Jabatan dan 2 Anugerah Tertinggi. Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah 2007/2008 telah dikurniakan kepada pelajar terbaik KIPSAS tahun 2007/2008 manakala Anugerah Kecemerlangan Presiden juga dimenangi oleh pelajar Singapura. Syukur Alhamdulillah, "sejuk, perut ibu yg mengandung!"

Majlis Konvo ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hinggalah ke sekitar tengahari di mana para tetamu telah dijamu dgn hidangan makan tengahari...(alamak, dah lapor sesgt sbb tak sempat sarapan, sampai lupa lak nak snap gambar!!!!) . Anyway, lauknya daging masak kurma, ayam goreng, ulam dgn sambal, acar timun, ikan asin dan buah-buahan...heheh...bayangkan lerr.
So, sedikit gambar dari Majlis tersebut dan juga sewaktu kami di tempat2 yg disebut tadi.






Pentas...


Bersama teman-teman pelajar.


Bersama nenek saudara, ibu, abah dan mak saudara.


Nurkhairah Nordin


Bersama ibu tersayang..






PASAR MALAM





PASAR TANI



Thursday, August 07, 2008

SELAMAT HARI KEBANGSAAN!




Assalamualaikum! Buat semua rakyat Singapura, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke 43 thn. Semoga negara kita akan terus aman damai dan menikmati pertumbuhan ekonomi yg sihat dan pesat. (mcm patriotik gitu eh!)


Cuma, tahun ini merupakan kali pertama saya takde di 'tanah tumpah darah' ku , heheh... Buat kenkawan juga, mintak maaf yer kerana saya tak dapat update blog ni buat seketika sehingga minggu depan.


"Jangan ditanya kemana aku pergi, jangan ditanya mengapa aku pergi" - teringat pulak lagu tahun 60an ni. Mendayu-dayu irama dan suara penyanyinya. Nostalgia seh!..... Tapi takpe, saya pergi kejap jer! Kemana?? Oklah, kalau yg taknak tau pun saya kasitau gak. Saya nak pi cari 'naga' kat Tasik Chini tu...

.
Insya'allah jumpa tak jumpa saya balek gak lerr kat pulau temasek ni.
So, take care sumer. Kalau nak tinggal pesan, camner eh nak jawab? ... Saya wakilkan kot pada teman-teman seangkatan yg boleh tolong jawabkan. Mudah2an semua kemusykilan dapat diperjelaskan dgn baik.

OKlah dengan ini saya tinggalkan anda dgn pics cupcakes yg sempat saya buat....

- BR

Wednesday, August 06, 2008

PUDDING ROTI & MENTEGA

Saya pernah lihat demonstrasi Pudding Roti & Mentega ni di kaca TV dari pakar masak Cef Wan. Puas saya cari semula resipi dari beliau, tapi tak jumpa lak. Setelah saya "google" kat Internet, saya tertarik dgn satu resipi ni. Mudah dan nampak enak. Tapi, lupa pulak nak catit sumbernya. So, jika ini adalah resipi anda, saya ucapkan terima kasih. Namun demikian, saya ada membuat sedikit olahan pada beberapa bahan utk mengikut citarasa saya.




Bahan-Bahan
300 ml susu sejat (evaporated milk)
400 ml susu kotak (fresh milk)
7 butir telur
90 gram gula (boleh ditambah menjadi 120-140 gram-utk yg gemar manis sket)
1 sudu besar madu
1 sudu besar esen vanilla
½ cawan kismis (atau lebih-ikut suka)
90 gram mentega beku di potong dadu kecil
secubit garam
2 bantal (saiz sederhana) roti Perancis (dihiris)
loyang pembakar (saiz 10" x 7") (dialas dgn kertas tracing & gris sekeliling dengan mentega) dulang pembakar yang dalam sedikit dan lebih luas/besar dari loyang pembakar

Cara :
Pukul susu, telur, gula, madu, vanilla dan garam dalam besen yang agak besar. Rendam semua kepingan roti sehingga kembang. Jika terdapat banyak lagi lebihan cecair, tambah lagi roti dan rendam sehingga ia benar-benar kembang dan sebati.

Atur kepingan roti di dalam loyang sehingga mampat. Selitkan di tepian roti dengan kismis, selitkan supaya ia tidak timbul. Jika masih ada lebihan cecair, siram di sekeliling roti. Setelah itu taburkan dengan mentega dadu.

Cara Membakar:Panaskan ketuhar kpd 180 darjah Celsius. Letakkan loyang berisi roti tadi kedalam dulang pembakar. Tuangkan air kedalam dulang pembakar, jangan tuang terlalu penuh, setekat setengah penuh mencukupi. Kemudian masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Setelah membakarnya 30 minit, tutup loyang dengan kertas timah dan bakar lagi selama 30 minit, sehingga ia masak. Perhatikan dulang pembakarnya, jika air nya kurang, tambah lagi.

Jika selepas 1 jam, puddingnya tidak begitu garing di atas, keluarkan kertas timahnya, dan bakar beberapa minit lagi, supaya bahagian atas nya garing sedikit. Setelah puddingnya masak, keluarkan dari ketuhar, dan biarkan ia benar-benar sejuk, baru dipotong.

Pudding ini sesuai dihidangkan sewaktu minum teh petang atau untukpun utk juadah berbuka puasa. Lebihan pudding (jika ada), boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Catatan :

Adalah lebih baik jika sewaktu anda menyusun roti yg telah kembang tadi di dalam loyang, selitkan sekali kismis di antara kepingan-kepingan roti tersebut. Ini supaya kismis itu tadi akan kelihatan lebih rata taburannya apabila pudding ini dipotong. Jika anda tunggu sehingga selesai menyusun roti tu, dan baru anda selitkan kismis tersebut, hah...ianya cuma kelihatan pada permukaan pudding saja. Harap maklum.

Sunday, August 03, 2008

RENDANG BUAH KELUAK

Selain Rendang Daging dan Ayam yg terbiasa kita makan , terdapat juga resipi Rendang Buah Keluak. Di sini saya sertakan RESIPI RENDANG BUAH KELUAK yg telah saya olah sedikit dari resipi asalnya. Jom lihat!




RENDANG BUAH KELUAK

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu (potong ikut suka)

Bahan-Bahan Kisar
50 gm isi buah keluak
3 btg serai
4 btg cili merah
300 gm bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit basah atau 1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar (penuh) jintan manis – disangai & kisar
1 sudu besar (penuh) ketumbar – disangai & kisar
2 sudu besar cili kering kisar

2 helai daun kunyit (potong beberapa kerat)
beberapa tangkai daun limau purut

400 ml santan kotak + 150 ml air
3 sudu besar kerisik
50 gm gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air asam

Cara:
Daging yg telah dipotong diperap bersama rempah kisar selama kira-kira ½ - 1 jam. Setelah itu, masukkan kedalam kuali dan bubuh santan kotak + air. Masak di atas api seperti biasa, Kacau sekali sekala agar daging/rempahnya tidak hangus.

Apabila dagingnya ¾ empuk, masukkan kerisik, gula melaka, garam dan sedikit air asam. Masak lagi sehingga dagingnya empuk dan kuahnya pekat sedikit. Sesuaikan rasanya dan tambahlah apa yg kurang.

Hidangan ini boleh dimakan dgn roti, nasi, ketupat atau lontong.

KACANG PHOOL



Kacang Phool merupakan satu hidangan asal kaum Arab yang popular di Singapura. Ia boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau pada bila-bila masa saja. Saya pernah memberikan satu resipi Kacang Phool yg ringkas- yg menggunakan kacang parang dalam tin yg telah direbus.





Berikut ini saya tepekkan satu resipi lagi, di mana saya telah merebus sendiri kacang parangnya. Lebih kerja sket tapi lebih muai lerr... Kalau ada yg ingin mencuba, silakan!


KACANG PHOOL (untuk 10-12 orang)

Bahan-Bahan
500 gm kacang parang (rendam semalaman)
150 ml minyak masak
5 sudu besar minyak sapi QBB
3 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 sudu besar cili kering kisar
2 biji tomato buah (potong dadu)
300 gm daging lembu (kisar)
1 tin kecil tomato puri (kira-kira 70 gm)
2 sudu besar jintan manis (sangai & tumbuk/kisar halus)
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Untuk Taburan
secukup limau kasturi (dibelah dua)
secukup cili hijau/merah
secukup bawang besar (dipotong dadu)
secukup telur mata lembu
roti perancis (dibakar sebentar)

Cara:
1. Kacang parang direbus dgn secukup air sehingga empuk. Kemudian kisar sehingga ¾ halus dgn menggunakan lebihan air rebusan tadi. Kalau suka, segenggam kacang ini dibiarkan sebiji-sebiji.

2. Panaskan campuran minyak & minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang besar sebentar lalu masukkan cili kering kisar. Kacau dan masak sehingga cili garing lalu masukkan tomato buah. Kemudian, masukkan daging kisar dan kacau lagi. Kalau perlu bubuh sedikit air.

3. Seterusnya, masukkan kacang parang yg telah dikisar tadi. Gaul/kacau rata-rata lalu masukkan tomato puri, jintan manis, lada hitam dan garam. Kacau sehingga rata dan matikan api.

4. Hidangkan dengan cili hijau/merah, bawang besar dadu, perahan jus limau kasturi, telur mata lembu dan roti perancis.


Saturday, August 02, 2008

KUIH MAKMUR, BISKUT KEJU & TEPUNG PELITA - Permintaan Resipi

Untuk tidak menghampakan permintaan intan, eLL dan kak ezza, di sini saya sertakan resipi yg anda minta. Diharap ia dapat menepati citarasa anda dan juga mereka yg ingin mencubanya ya!


TEPUNG PELITA
(sumber : Pn Aini Salim, buku ALMAS)

Bahan A
180 gm tepung beras
7 helai daun pandan
sedikit kapur
½ sudu teh pewarna hijau
secukup gula pasir
secukup sampan daun pisang

Bahan B
90 gm tepung beras
1000 ml santan sari 1 biji kelapa parut putih
1 sudu teh garam

Cara Untuk Bahan A
Daun pandan ditumbuk halusdan dicampur dgn air untuk mendapatkan 1250 ml air pandan. Tapis. Masukkan tpg beras, kapur, pewarna hijau dan kacau lagi sehingga rata. Maska sehingga naik wap. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam sampan daun pisang, tuangkna adunan ¾ p[enuh dan kukus selama 20 minit. Setelah itu,tuangkan bahan B dan kkus lagi selama 7 minit. Bila sudah masak, angkat dan keluarkan dari kukusan. Buat lagiyang lain sehingga habis. Enak dimakan panas mahupun sejuk.

Cara Untuk Bahan B
Kacau rata semua Bahan B. Tapis dan masak di atas api sehingga naik wap saja.


Resipi Kuih Makmur di bawah ini adalah sumbangan dari lela854 . Resipi ini lebih kurang dgn resipi yg ada dlm simpanan saya, cuma sukatan tepung dalam resipi saya ialah lebih kurang 450 gm dan saya bubuh 1 sudu makan minyak sapi utk memberikan sedikit aroma yg wangi. Selainnya lebih kurang sama.

Atau anda juga boleh mencuba resipi Kuih Makmur dari FP Rossya.

KUIH MAKMUR
Resipi MAK (sumber : lela854)

Bahan-Bahan
400 gm tepung
250 gm / 1 buku mentega
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna hijau - jika mahu

Caranya
Uli semua bahan di atas sehingga rata & boleh diterap dengan acuan bulat. Leperkan & masukkan sedikit inti kacang ke dalamnya. Bentukkan sedikit lonjong & dengan menggunakan penyepit, sepit seperti bentuk daun. Bakar dengan suhu 170 darjah Celcius sehingga masak atau kuihnya kekuningan. Setelah sejuk, susun & taburkan gula serbuk di atasnya.

Inti Kacang
300 g kacang tanah
210 g gula

Caranya
Kacang tanah digoreng tanpa minyak (disangai) dengan menggunakan api yg kecil. Setelah masak, angkat & sejukkan dahulu sebelum dibuang kulitnya. Kisar/tumbuk kasar sedikit.Campurkan gula & gaul rata.

Nota dari lela854:
Selalunya ½ bahagian kacang tanah saya kisar halus & lagi ½ saya tumbuk kasar sedikit.

BISKUT HATI KEJU

Bahan-Bahan
225 gm mentega
170 gm parutan keju Cheddar
455 gm tepung gandum
1 biji telur (dipukul)
½ sudu teh serbuk lada putih
2 biji kuning (dikocok) – utk sapu atas biskut

Cara:
Tepung diayak dgn lada putih. Setelah itu digaul rata dgn mentega. Masukkan parutan keju lalu digaul lagi. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

Seterusnya, canai dan teraplah doh dgn menggunakan penerap berbentuk hati. Atur dalam dulang pembakar, sapukan sedikit kuning telur dan bakarlah dgn kepanasan 160 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga masak dan garing.


Resipi Biskut Keju yg selalu saya buat tika Raya ialah Cheese Straw.

CHEESE STRAW

Bahan-Bahan
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
250 gm mentega
250 gm keju cheddar (diparut)
1 biji telur (kocok sedikit)
secubit garam
sedikit lada putih serbuk

Cara :
Campurkan kedua-dua tepung bersama garam dan lada putih. Masukkan mentega dgn kaedah "rub-in- method", serta keju parut. Kemudian, gaul semua bahan rata-rata dan masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.

Canai adunan doh dan terap menggunakan bentuk yg anda suka. Sapukan sedikit kuning telur dan bakar selama kira-kira 15-20 minit dgn suhu 160-170 darjah Celsius atau sehingga biskutnya kekuningan.