Followers

Thursday, November 29, 2007

Basic BUTTER CAKE

Membuat Butter Cake atau Kek Mentega ada pelbagai kaedah/cara seperti Creaming, All-In atau pun Separated Eggs method. Just to share a very basic butter cake recipe from chef Alex Goh using the Creaming method. I'm pretty sure most of us know how to do it yaa..











BUTTER CAKE

Ingredients:
250 gm butter
200 gm sugar
5 eggs
210 gm flour ( I used HK flour)
1/2 tsp baking powder
.... I add in 1 tsp of vanilla essence.

Method:

1) Place butter, vanilla and sugar in a mixing bowl. Cream till light and fluffy.
2) Add in eggs one at a time and mix evenly.
3) Cream the batter till smooth and light.
4) Lastly fold in the flour and mix till well blended.
5) Pour the batter in a cake mould of any shape.
6) Bake at 180 degrees for about 50 minutes.

YAM CAKE / KUIH KELADI

Saya tertarik dgn Kuih Keladi yg biasanya dimakan oleh kaum Cina. Ianya seperti kuih talam berlauk cuma bahan yg digunakan sedikit berbeza dan juga tidak menggunakan santan. Saya telah mencubanya petang tadi. Walaupun ia menjadi tetapi pada pandangan saya, oleh kerana kuih ini bukan kuih tradisi kaum Melayu, terasa sedikit janggal rasanya (maklumlah, tekak ni dah terbiasa dgn masakan org Melayu ). Anyway, just to share the pic and resipi for your viewing pleasure..



Kuih Keladi/Yam Cake

Ingredients
* 600g Yam/Keladi
* 340g Rice flour
* 50g Tapioca flour
* 1.2 litres water (divided into 2 portions)
* 4 dried mushrooms, soaked and minced
* 5 tbsp dried shrimps, soaked and minced
* 150 gm chicken fillet (diced)
* 6 cloves of garlic, chopped
* salt, pepper and pinch of sugar
* a little chicken stock powder (I used chicken cube)
* 6 tbsps cooking oil

For garnish
* deep fried shallots
* sliced spring onions
* sliced red chillis

Method
1) Mix rice flour and tapioca flour with 1 portion of water. Leave aside.
2) Stir fry garlic and dried shrimps till fragrant. Add chicken fillet. Then add mushrooms. Put aside.
3) Skin yam, cubed. Then put yam, the remaining portion of water, chicken stock powder, pepper, salt, sugar, in a pot. Simmer till it boils. Reduce the heat.
4) Add in the flour solution from step (1). Keep on stirring till mixture thickens a little and add in ingredients (B). Stir again and then remove from heat.
5) Grease a tray, pour yam mixture and steam over high heat for 45 min or till cooked
6) Garnish with spring onions, red chillis and shallots before serving.

Permintaan Resipi SOFT MARBLE CAKE

Buat Heida dan yg lain2 yg ingin cuba membuat Soft Marble Cake dari Puan Aini Salim, here it is! Terima kasih banyak (TQ, TQ,TQ) kepada Sdri Lela yang telah bersusah payah membongkar peti2 besi & kayu beliau dan yg sewaktu dgnnya..heheh...utk mencari resipi ini agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.


Soft Marble Cake
( Pn Aini Salim )

Bahan_Bahan
270 gram mentega
260 gram tepung gandum
250 gram gula kastor
10 gram koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air paip
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla serbuk


Cara-caranya:
~ Mentega, susu dan vanilla disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
~ Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
~ Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
~ Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan koko serbuk atau warna cokelat.
~ Siapkan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
~ Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
~ Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit.

Sunday, November 25, 2007

RESIPI-RESIPI KEK LAPIS

Of late, memang tak banyak updates sbb masa tak mengizinkan... (maybe alasan kot!). So, sebagai tidak menghampakan sesiapa yg mengunjung ke blog saya, di sini saya postkan beberapa resipi-resipi kek lapis dari chef tempatan Puan Aini Salim. Saya sendiri belum berkesempatan mencubanya. Jika sesipa yg sudi mencuba, silalah dan perhaps boleh berkongsi maklum-balas ttg resipi tersebut. So, here they are.


KEK LAPIS TASIK BIRU

Bahan-Bahan
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 gm mentega
300 gm gula kaster
180 gm tepung halus
200 gm walnut (dicincang)
30 ml air dingin
1 sudu makan penstabil
1 sudu makan vanilla atau minyak berperisa mentega
pewarna biru

Cara
1. Satukan mentega dgn vanilla atau minyak berperisa mentega dan pukul hingga putih. Ketepikan.

2. Satukan telur, gula, penstabil, tepung halus dan airdingin di dalam mangkuk lain lalu dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan pula adunan mentega dan digaul rata.

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 2 bahagian dicampurkan dgn walnut dan yg 1 bahagian lagi diwarnakan biru.

4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan walnut ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan walnut dan bakar lagi 2-3 minit.

5. Kemudian , bubuh 2 senduk adunan biru, ratakan dan bakar. Ulangi proses melapis berselang-seli 2 lapis adunan walnut dan 1 lapis adunan biru.

6. Pada lapis penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama 5-10 minit.


KEK LAPIS PELANGI SENJA

Bahan-Bahan
27 biji kuning telur
480 gm mentega
230 gm gula kaster
160 gm tepung gandum
1 sudu makan penstabil
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
coklat cip secukupnya
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara
1. Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan.

2. Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata.

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning.

4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit.

5. Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4.

6. Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan.

7. Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.


KEK LAPIS SAMPOERNA

Bahan-Bahan
25 biji kuning telur
500 gm mentega
250 gm gula kaster
170 gm tepung gandum
100 gm ceri (didadu)
50 gm halwa pala (dicincang)
50 gm badam (dipanggang dan dikisar)
1 sudu makan penstabil
5 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan madu
1 sudu teh esen buah pala

Cara
1. Satukan mentega, susu, madu dan esen pala. Pukul hingga putih dan ketepikan.

2. Satukan telur, gula, penstabil dan tepung lalu dipukul hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega dan digaul rata. Masukkan pula ceri, halwa pala dan badam. Gaul rata-rata.

3. Sediakan loyang berukuran 9 x 9 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan, ratakan dan bakar selama 2-3 minit.

5. Ulangi proses melapis sehingga adunan selesai.

6. Pada lapis terakhir, apabila kek telah nampak kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.

Permintaan KEK LAPIS MOCHA

Buat Ell dan masbasir, di sini saya attachkan resipi yg anda berdua request. Maaf ya terlewat sket nak postkan resipi ni. Anyway, resipi ini telah sudi dikongsi bersama oleh Sdri Deeyana (mekasih ya) . Harap anda dan sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya ya!


KEK LAPIS MOCHA

Bahan A:
7 biji putih telur
15 biji kuning telur
350 gm gula
1 sudu makan ovallet
250 gm tepung hong kong
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan horlick
60 gm air
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B:
500 gm mentega

Bahan C:
3 sudu kecil nescafe
1 sudu makan pes kopi

Cara:
Masukkan semua bahan A dan B di dalam mangkuk yang berlainan dan putar hingga kembang. Satukan adunan dan gaul rata. Ambil 1/3 adunan dangaulkan dgn Bahan C. Baki adunan biarkan plain atau boleh juga masukkan pandan paste. Ratakan 4 sudu makan adunan plain dan bakar.Bila masak ratakan 4 sudu makan lagi adunan yang sama dan bakar masak. Lapis ketiga baru ratakan adunan yg bercampur nescafe. Ulang seperti tadi hingga habis.

Nota dari Deeyana:
Resipi ni dari majalah mingguan wanita keluaran khas aidilfitri 2005.
Resipi ini menggunakan acuan empat segi saiz 9" x9". kalau tak ada 8" pun boleh.

Saturday, November 17, 2007

GRASS JELLY & LONGAN DESSERT




Untuk dessert ini, sempoi jer. Chin-chow dipotong dadu dan dimasukkan kedalam bekas. Campurkan sedikit sirap (air gula) dan bubuh sedikit air sejuk. Masukkan pula buah longan dalam tin bersama dengan sirapnya. Tambahkan dgn ketulan air batu. Enak dimakan sejuk2

KUIH LAPIS


KUIH LAPIS

Bahan-Bahan
1280 ml santan (dari 1½ biji kelapa)- (I used 600ml santan kotak + 680ml water)
340 gm gula pasir
250 gm tepung beras
60 gm tepung kanji
40 gm tepung hoon kue
2-3 helai daun pandan
½ sudu teh garam
pewarna hijau, kuning dan merah

Cara:
Campurkan santan, gula dan daun pandan lalu dimasak hingga mendidih. Sejukkan.
Semua tepung disatukan dan diadun dengan santan tadi. Tapis.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian – hijau, kuning, merah dan plain (warna asal).
Kukus selapis selapis hingga adunan selesai.

Nota:
Anda boleh gunakan loyang persegi empat atau bulat (9”).

KUIH KASWI

Kuih Kaswi memang enak bila dimakan dengan kelapa parut (yg dibuang kulit arinya). Tapi, bagi kanak-kanak dan juga anak-anak saya, mereka prefer "to eat it on its own" minus the grated coconut. So, kepada sesiapa yang nak cuba buat kuih tradisional ini , jom lihat resipinya dan check kabinet anda whether stock bahan-bahan yg diperlukan ada....

KUIH KASWI

Bahan A
450 ml air
350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
daun pandan

(Satukan bahan2 di atas dan masak hingga gula larut. Sejukkan sebentar)

Bahan B

190 gm tepung gandum

120 tepung kanji

60 gm tepung beras

900 ml air

1 sudu makan air kapur

2 sudu makan air abucang

2 sudu makan pewarna coklat

Peraturannya

Satukan kesemua Bahan A dan B lalu ditapis. Kukus hingga masak. Jika anda menggunakan acuan-acuan bersaiz kecil – masa mengukus kira-kira 15-20 minit.

Jika anda menggunakan satu loyang yg besar utk mengukusnya, ia memakan masa sekitar 30-40 minit.

Hidangkan dgn kelapa (putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam.

Sunday, November 11, 2007

AWOL-AWOL

Awol-awol merupakan sejenis kuih tradisi lama yg masih juga diminati ramai.. (yg veteran2 kot!). Resipi ini saya tukil dari myresipi.com dan membuat sedikit olahan. Harap2 ia dapat menepati citarasa mereka2 yg berhajat membuatnya.



















AWOL-AWOL
Bahan-bahan

  • ½ kilo ubi kayu parut
  • 120 gm gula pasir
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh perasa (saya gantikan dgn 1 sudu teh air mawar)
  • ½ cawan air (saya gunakan btween 1/2 hingga 3/4 cawan air)
  • pewarna yg disukai
  • kelapa parut putih yg dicampur dgn garam (dikukus sbentar)- abt 200 gm

Cara-cara

  1. Ubi kayu parut diperah dan toskan airnya. Ambil pati drpd air perahan ubi kayu itu dan digaul bersama ubi kayu parut tadi. (Saya tak mengambil pati(sagu)nya supaya ianya tidak terlalu keras/kenyal).
  2. Masukkan garam, gula, air mawar, serta air ke dalam ubi kayu tadi dan gaul rata.
  3. Letakkan perwarna dan kacau. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak.
  4. Kukus selama 15-20 minit di dalam kukusan yg telah dipanaskan.
  5. Bila dah sejuk, potong dan makan bersama kelapa parut putih.

KUIH TALAM UBI




















Resipi ni dah ada kat earlier posting bertarikh 7 May 2007. Dah ada yg cuba dan kasi komen, 'sedapp...'. Finally, I managed to do it petang ni. Memang enak. Terima kasih kpd Kak Siti yg telah sudi menyumbangkan resipi ini yer! So kalau sesaper nak cuba, ni saya attach lagi resipinya.


KUIH TALAM UBI


Lapisan Bawah
700 gm ubi kayu yang telah diparut
200 ml air (paip)

* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.

180 ml air
210 gm gula melaka
150 gm gula pasir

* Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

75 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh sebuk vanilla
pewarna cokelat (optional) - jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
100 gm ubi - shredded. (optional)

* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11"x 11"x 2".
* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang lapisan atas.


Lapisan Atas
1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji
30 gm gula
1 sudu teh garam


* Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
* Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.

* Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
* Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.









Friday, November 09, 2007

ROTI KIRAI & KARI AYAM

Harini saya siapkan Roti Kirai (Jala, Renjis) dan lauk kari ayam sebagai santapan ringkas kami sekeluarga. Nak buat saladanya, ishh...malas arr. So, here's the pic and recipe, kalau nk cuba.

Roti Kirai

Bahan-Bahan1 kg tepung gandum
300 ml susu cair (sejat)
950 - 1000 ml air
4-5 biji telur
3 sudu teh garam (atau ikut rasa)
sedikit pewarna kuning

Cara
Semua bahan disatukan, kacau rata2 lalu ditapis.
Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit dan mulalah "merenjis' atau 'mengirai'. Sesekali sapukan minyak atas kuali tadi. Ambil dua keping roti renjis ini, tangkupkan dan lipat.



KARI AYAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam dibersihkan, dibuang kulit & dipotong 8 atau 12 kpg
2 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia } ...... dikisar halus dgn sedikit air
10 sudu besar (bumbung) serbuk kari BABAS

1 biji bawang besar (hiris)
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum biji pelaga
2 inci kayu manis
minyak secukupnya

200 ml santan (1 kotak)
3 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (optional)
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar hiris dan rempah campak hingga bawang layu. Masukkan bahan kisar yg telah dicampur dgn rempah kari tadi dan kacau rata. Tumis hingga rempahnya garing dan naik bau. Kemudian masukkan ayam, secukup air (2-3 cawan), garam dan separuh santan tadi. Kacau2 sebentar dan biarkan ayam hingga setengah masak, lalu masukkan kentang. Bila kentang dan ayam hampir masak, masukkan lebihan santan tadi bersama tomato. Kecilkan api dan biarkan kuahnya mendidih sebentar (5 minit) sebelum ditutup api.

Tuesday, November 06, 2007

SAMBAL GORENG

Terdapat pelbagai jenis resipi sambal goreng yg kita ketahui. Dari yg biasa (tempeh, tahu, sayur kacang panjang, etc) hingga ke Sambal Goreng Pengantin. Semasa membelek2 buku resipi Puan Asmah Laili , terdapat satu resipi Sambal Goreng yg menarik perhatian dan ingin saya cuba. Ia tk menggunakan kacang panjang dan tak menggunakan organ2 dalaman yg terlalu banyak sprti Sambal Goreng Pengantin. Semalam dapatlah saya mencubanya. Namun begitu, saya ada mengubah sedikit resipi tersebut mengikut citarasa saya but.. the basics are still there. So, here's the pic and recipe, kalau nak cuba. (btw, kalau mkn dgn ketupat, oishhii- sedap!!)





















SAMBAL GORENG

Bahan-Bahannya
500 gm daging goreng -potong kecil2 (nipis) rebus sebentar, toskan dan goreng
300 gm udang sederhana -dibuang kulit, tinggalkan ekor, goreng sebentar
300 gm paru -direbus, potong nipis2 kecil & goreng
6-8 keping tempe - dihiris tebal sikit dan digoreng sebentar (jgn terlalu garing)

Bahan Hiris
5 batang cili merah
2 batang cili hijau
2 biji (sederhana) bawang besar
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi (biarkan sebiji sebiji)

Bahan Kisar
15 tangkai lada kering
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
2 biji (sederhana) bawang besar

sedikit air asam
200ml santan pekat (1 kotak kecil)-dicampur dgn 200ml air
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1/2 cawan bawang goreng (boleh ditambah jika kurang)
secukup minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa.

Cara:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan naik baunya. Masukkan daun kunyit dan daun limau. Gaul rata. Tumis hingga rempahnya garing sedikit lalu dimasukkan bahan-bahan hirisan dan balik-balikkan sebentar hingga rata. Kemudian, masukkan kesemua bahan yg digoreng tadi (daging, udang, paru dan tempe) dan gaul lagi. Masukkan sedikit santan dan air asam dan sedikit garam. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Masukkan lebihan santan tadi, kacau lagi dan biarkan sehingga pekat. Masukkan bawang goreng , gaul rata dan bubuh gula dan garam secukup rasa. Rasanya haruslah lemak manis, dan sedikit jer rasa masamnya.

Saturday, November 03, 2007

BISKUT SUJI





BISKUT SUJI

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum

1 tin sederhana (16 oz) minyak sapi QBB

1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) - di kisar jd serbuk

1 genggam tepung suji


Cara:

Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.

PRETZELS


PRETZELS
(Sumber Resipi : Chef Alex Goh)

Bahan A
160 gm mentega
70 gm gula aising

Bahan B
1 biji kuning telur
¼ sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit lemon

Bahan C
260 gm tepung
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh tepung susu

Cara:


1. Adun Bahan A hingga sebati. Masukkan Bahan B dan pukul hingga lembut dan ringan.

2. Campurkan Bahan C yg telah diayak dan gaul hingga rata.

3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Ambil sedikit doh tadi dan canai menjadi jejari 9sm dan bergaris pusat (diameter) 8mm. (kalau susah sgt, agak2 jer!)

4. Pintal dari kedua-dua bahagian utk menghasilkan simpul longgar.

5. Sapukan air ke atas doh yg sudah dipintal tadi. Ayakkan gula kasar di permukaan nya.

6. Bakar pada suhu 175 darjah Celsius selama 15-20 minit.
(This cookie was done by my daughter Syazwani)

TRIANGLE LEMON CHEESE COOKIES




TRIANGLE LEMON CHEESE COOKIES
(Sumber Resipi : Chef Alex Goh)

Bahan A
100 gm keju krim (cream cheese)

Bahan B
60 gm keju cheddar

Bahan C
200 gm mentega
150 gm gula
1/8 sudu teh garam (atau secubit jer!)

Bahan D
1 biji parutan kulit buah lemon
1 biji telur

Bahan E
300 gm tepung
20 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh bicarbonate of soda

Bahan F
150 gm kepingan badam (almond flakes)

Cara:
1. Pukul Bahan A hingga licin. Masukkan Bahan B dan adun hingga sebati.


2. Satukan semua Bahan C dan pukul sehingga lembut. Kemudian masukkan Bahan D dan pukul hingga tidak berbintil-bintil.


3. Akhir sekali, masukkan Bahan E dan adun hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam atau sehingga dohnya keras.


4. Keluarkan doh dari peti sejuk dan uli secara cermat supaya ia menjadi lembut.


5. Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan menjadi jejalur panjang bersegi-tiga berukuran 28 sm.


6. Selaputkan kesemua tiga bahagian dengan kepingan badam. Balut dgn plastik dan simpan dalam peti sejuk semalaman.


7. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potongkan menjadi 3mm tebal.


8. Letakkan atas dulang bergris atau yg telah dialas dgn kertas minyak.


9. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit atau sheingga kuning keemasan.

Nota dari Chef Alex:
Jangan terlalu memukul adunan sehingga ringan dan gebu.

CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS

Pheww.... finally, ada masa terluang utk berkongsi resipi sekali lagi. Bagi mereka yg telah request utk mendapatkan beberapa resipi biskut tertentu drpd saya, inilah salah satu drpdnya yaa. Maaf kalau agak terlambat tp bak pepatah Inggeris berkata, "it's better late than never" heheh.. (alasan jer....) . Maybe boleh rancang buat utk Raya Haji nanti kot!





















CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS (my sis-in-law)

Bahan-Bahan
225 gm corn flakes (atau almond flakes)
180 gm choc renchoco/choc chips
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:
Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( srpti badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).

Note:
My wife omitted the choc chips. She just grated some chocolate over the mixture. Also since our children like it plain, we didn't put any nuts. It's worth trying. Tasted alittle bit like Kellogs cornflakes frosties. (cornflakes bersalut gula)