Followers

Monday, October 30, 2006

Kek Lapis - Kandos Cheese/ Neopolitan, Kek Marble & Chocolate Marble Cheese Cake

Hmmm, lama betul tak update blog nie. Maklum sajalah sibuk dgn urusan2 dibulan puasa dan juga persiapan Raya. Oleh kerana Raya tahun ini tiba seiringan dgn musim peperiksaan sekolah2, maka ramai juga famili yg menyambutnya dgn ala-kadar saja dari segi ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung sanak saudara dan handai taulan.

Kami juga tidak berkecuali. Selain dari hari pertama Raya, kami sekeluarga hanya pergi berkunjung ke rumah saudara terdekat pada petang Jumaat lalu. Saya sendiri pulang bekerja pada Sabtu lalu setelah bercuti kira-kira 2 minggu. Sekali lagi , kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin pada anda semua.

Anyway, mehlah jenguk serba sedikit kuih2 yg saya sekeluarga siapkan buat Hari Raya nie. (btw, tart nenas tu sbg hiasan jer, tu kuih tunjuk2) heheh.. tak sempat nak buat sendiri!


Resipi ini adalah sumbangan Sdri Deeyana dari Sarawak. Kek Lapis ni mmg sedap, no doubt abt it. Saya ambil kesempatan utk mencubanya pada musim Lebaran nie. Oleh kerana di Spore ni tak terdapat cokelat jenama KANDOS, saya tukarkan kpd cokelat jenama HERSHEY's. (Thanks Deeyana, kalau ada resipi yg best2 bleh lah share yer!)


KEK LAPIS KANDOS CHEESE
Bahan-bahannya :
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
10 oz gula halus
16 oz mentega
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovalet
2 paket serbuk santan segera
6 paket choc. Kandos (36 keping - dipatah dua)- saya gunakan 6 keping chocolate HERSHEY
2 paket cheddar cheese diparut (saya gunakan 1 kotak)
Sedikit warna hijau

Peraturan :
Pukul mentega dan susu hingga kembang.
Pukul telur, gula, ovalet, tepung dan santan hingga pekat.
Satukan adunan dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg satu lagi di bubuh pewarna hijau.
Bakar warna asal selapis dan taburkan cheese parut. Bila masak lapiskan pula dengan warna hijau dan susun secara rawak(rambang) coklat yang telah dipatahkan 4 dan bakar masak. Lapiskan semula dengan warna asal dan tabur cheese serta bakar masak. Bakar lagi warna hijau dengan ditaburi coklat. Ulang hingga habis.

(Psst... kalau sesaper yg sedang menjaga berat badan tu, makan kek ni ingat2 ye sbb kek ni lemak dgn keju, cokelat dan santan)



Kek Lapis ini pula adalah olahan saya sendiri sbb nak habiskan tepung2 ice-cream yg sedia ada kat rumah nie. Kalau nak cuba, saya sertakan resipinya di sini.

KEK LAPIS NEOPOLITAN
Bahan-bahannya:
24 biji kuning telur (saiz besar)
6 biji putih telur
14 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tpg Hong Kong }
1 sudu teh baking powder } ayak bersama
2 oz tepung ice-cream vanilla
2 oz tepung ice-cream chocolate
2 oz tepung ice-cream strawberry
1 sudu makan serbuk cocoa
1 sudu teh chocolate emulco (optional)
1 sudu teh strawberry emulco/essence
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
secukup hazelnut (cincang & dipanggang sebentar) -optional

Peraturannya:
Mentega & vanilla dipukul sebentar hingga kembang. Ketepikan.
Pukul telur (kuning & putih), gula, tepung HK, baking powder & ovalette hingga kembang dan pekat (kira2 10 minit). Satukan kedua-dua bahan ini dan kacau rata lalu dibahagi kpd 3 bahagian.
Satu bahagian dicampur dengan tepung ice-cream vanilla. Satu lagi dibubuh tepung ice-cream cokelat, serbuk koko dan chocolate emulco dan yg ketiga dicampurkan dgn tpg ice-cream strawberry dan esen strawberry/strawberry emulco. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai. Setiap lapisan plain atau cokelat ditabur dengan hazelnut cincang.



Resepi Chocolate Marble Cheese Cake ini yg berasal dari Puan Rohayah, saya dapatkan dari blog Sdri Diana di http://resipidiana.blogspot.com. Kek ini mmg sedap sbb tu lah saya buat kali kedua dan utk kali kedua ni pula, saya cuba bubuhkan potongan cokelat MARS di bahagian kejunya. OK juga lah rasanya, cuma terdapat sedikit 'cavity' di bahagian keju yg putih tu kerana kandungan gula dlm cokelat MARS yg cair bila kek dibakar. Anyway, kek ni tetap enak.

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Rohayah

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.
Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan
bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.
Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. Selamat mencuba.



KEK MARBLE
Kek Marble merupakan sejenis kek yg selalu terdapat di rumah2 apabila datangnya musim perayaan Hari Raya. Sejak dari zaman dulu-dulu lagi, kek ini telah menyerikan meja-meja tamu ibu2 dan juga nenek2 kita. Di masa kini, terdapat banyak versi kek marble ini .



Resipi Kek Marble ini saya ambil dari blog Diana. Setelah menelaahnya, saya dapati ianya hampir serupa dgn resipi kek marble Puan Asmah Laili (tokoh masak Singapura). Saya telah mencubanya dan pada pendapat saya kek ini lembut tapi tidak berminyak sgt (seperti kata Diana). Berikut adalah resipinya:


KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore

Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley

Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.

Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette

Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.

Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok

Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.


*******************************

Di sini saya juga ingin memberi resepi Kek Marble yg biasa saya buat. Famili saya gemarkan kek marble yg lembut & lemak . And here's my version:


KEK MARBLE

Bahan-bahannya:
8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
12 oz mentega
9 oz gula halus
10 oz tepung Hong Kong
5 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 4-5 sudu air panas), sejukkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

PERATURANNYA
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya. Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih telur. Kacau rata-rata dan masukkan pula tepung yg dah diayak bersama baking powder. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh koko. Siapkan loyang yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko. Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit.



*************************************************
Dan di sini pula, adalah merupakan biskut2 Raya yg sempat kami hasilkan utk Hari Raya ini. Ada di antaranya telah saya sertakan resipinya dlm blog saya pd masa lalu kecuali Fancy Ice-Cream Biscuit yg saya petik dari blog Diana.




Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bagi semua yg mengunjungi blog saya, samada yg turut berbicara atau yg senyap sunyi tu, saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa ataupun perkara-perkara yg telah menyinggung perasaan anda, baik secara sedar ataupun tidak. Sesungguhnya, manusia itu tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Semoga segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diberkati Allah SWT, Insya'allah. "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN".

Tuesday, October 17, 2006

Nasi Lemak, Choco-Peppermint Cookies...

Pada hari Ahad lalu, kami sekeluarga tidak menyiapkan apa-apa menu utk berbuka. Sebaliknya, kami telah ke Seoul Garden Barbeque Seafood Restaurant utk berbuka sambil meraikan Hari Ulangtahun Nur Syazwani. Hai, naik kembung perut........



As for Monday, the 23rd day of Ramadhan, my wife and I prepared Nasi Lemak for breaking of fast. A simple menu but yet a little rich but eating it once in a while I guess ok lah.






I also made choco-peppermint cookies ... berangin siket kalau makan hehe... asal jgn 'naik angin' sudah lerr!





A couple of days ago, I also tried mama siti's recipe for Jeneket/Janekek. Well, it turned out good and all my children could vouch for that. Thank you mama siti for sharing this recipe.



Janekek (sumber : mama siti)

Bahan
600 g tepung gandum
200 ml air paip
1 tsp (bumbung) potas
1/2 tsp garam halus
2 bj telor (grade B)
200 g gula caster
1/4 tsp instant yeast
2 tsp (rata) baking powder
1/4 tsp pewarna kuning (optional)

* Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan potas, instant yeast dan baking powder. Pukol lagi.

*Kemudian masukkan tepong, air, pewarna kuning dan garam dan di uli rata. (Kalau guna mesin Kenwood gunakan K beater). Diuli rata2, adonan ni lembek.

*Adonan diperap selama 8 jam atau semalaman.

*Ambil sedikit adonan, lalu dileperkan dtapak tangan (biar tipis sedikit) lalu masukkan ke dlm minyak yang banyak dan digoreng hingga masak.

p/s: Taborkan sedikit tepong pd papan dan kayu pengelek.
Ambil adonan dan dtepek2kan dgn sedikit tepong dan gelek tipis2.
Buat hingga habis barulah dgoreng.

*******************************************

Last week, I also whipped out macaroni goreng with lots of ingredients such as prawn, crabstick, fish cake, beef, etc. etc... mmmm, nice and hot. The 'telur-mata lembu' and Ramli's fish nuggets (pic not available) also joined in ,to make the macaroni 'heavier' hehe..


Saturday, October 14, 2006

Happy 16th Birthday!

Hmmm.. dah lama tak update , maklumlah bulan puasa nie kan. Mana sibuk dgn tugas harian di ofis, tanggung-jawab sebagai insan kerdil di bumi Allah ni, dan sebagainya. Kami selalu berbuka dgn juadah ringkas jer, nasib baik anak-anak tak cerewet. Kuih Raya?... ah.. saya baru nak start ni - org rumah dah hampir nak tutup buku dah... Anyway, saja update blog ni harini sbb harini Hari Lahir anak kedua saya Nur Syazwani yg ke 16 thn. Semoga beliau di panjangkan umur, sentiasa di dalam rahmat & perlindungan Allah SWT. Dan juga semoga apa jua cita-cita beliau akan termakbul kelak, Insya'allah tetapi kenalah kerja keras sbb 'yg bulat takkan datang bergolek dan yg pipih takkan datang melayang'. Ishh, teringat waktu menuntut di sekolah dulu....-mmg 'bulat'. Sebagai ibubapa, mama dan papa hanya dapat mendoakan utk kebahagiaan dan kesejahteraan mu, selainnya adalah dari berkat usaha kamu sendiri. HAPPY 16th BIRTHDAY.

Tak sempat nak beli kek hari lahir, nak buat .. lagi ler xde masa. papa hadiahkan virtual kek jer la eh!

Monday, October 09, 2006

Simple Briani

We broke our fast on Sunday having simple Chicken/Beef Briani with Acar. I had bought the Briani mixture from a local supermarket. Just had to adjust here and there to suit our tastebuds. Didn't even have time (or should I say...I'm too lazy) to cook dalca-the gravy normally accompanying the Briani dish. As I said it... simple..


Saturday, October 07, 2006

More cookies......

Well, it's been quite a while since I last update my blog. Haven't been quite well lately. I guess its a blessing as I have more time to rest.....hehe. Ramadhan is into its third week & Syawal is round the corner and I haven't start on my cookies yet. I somehow lost some zest these few days... sigh.. Anyway, my 'PA' has started the 'ball rolling' , I guess I have to catch up with her later. For now, I'm attaching a few recipes which I've came across and I think they're quite nice to try. Basically, most cookies have similar methods of preparation & sometimes similar ingredients; its just the variations in the end product i.e. the shapes/sizes/tastes that make them stand above the rest. So, here are the recipes :



CHOCOLATE ALMOND COOKIES
Bahan-Bahan
( A )
260 gm mentega
185 gm gula aising
( B )
1 biji telur
½ sudu teh pes kopi
1 susu teh pes cokelat
( C )
400 gm tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh baking powder
15 gm serbuk koko
( D )
180 gm kepingan badam (almond flakes)

Cara
Pukul ( A ) hingga sebati. Masukkan ( B ) dan pukul hingga licin. Masukkan ( C ) yg telah diayak dan kemudian tambahkan ( D ). Adun hingga sebati. Tekan adunan ke dalam dulang segi-empat, berukuran 20 sm (8 inci) yg dialas dgn kertas minyak. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan potong menjadi kepingan 4sm. Potong menjadi kepingan nipis berukuran 5 mm tebal. Letakkan dalam dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh digantikan dgn kacang lain seperti walnut, hazelnut atau lain2.



DATE AND NUT COOKIES
Bahan- Bahan
( A )
100 gm mentega
secubit garam
70 gm gula perang
70 gm gula
1 sudu teh glukos cair
( B )
1 biji telur
( C )
1 biji kulit oren (diparut halus)
½ sudu besar jus oren
( D )
150 gm tepung
½ sudu besar tepung susu
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( E )
70 gm kurma (dicincang)
50 gm kacang walnut (dicincang)
30 gm badam hiris
25 gm kelapa parut kering

Cara
Adun ( A ) hingga sebati. Campurkan ( B ) dan putar hingga tidak berbintil-bintil. Tambah ( C ) dan gaul hingga sempurna. Masukkan ( D ) dan adun hingga sebati. Masukkan ( E ) dan gaul rata-rata. Titiskan 1 sudu kecil adunan ke atas dulang yg telah digris. Tekan dgn garfu. Bakar dgn suhu 170 darjah selama 18-20 minit.

Nota: Biskut ini cuma perlu diadun hingga sebati. Tidak perlu dipukul hingga ringan.



CHEESE PRAWN COOKIES
Bahan
( A )

100 gm gula
150 gm mentega
secubit garam
( B )
½ biji telur
( C )
65 gm keju cheddar (diparut)
( D )
1 bijji bawang putih
1 biji bawang kecil
½ sudu teh cerbuk cili
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk halia
( E )
40 gm udang kering (dikisar halus)
( F )
180 gm tepung
¼ sudu teh bicarbonate of soda
¼ sudu teh baking powder
½ sudu besar tepung susu

Cara
Pukul ( A ) sehingga ringan. Masukkan ( B ) dan pukul lagi hingga rata dan tidak berbintil-bintil. Campurkan ( C ) dan kemudian ( D ). Adun hingga sebati. Titiskan satu sudu teh adunan ke atas dulang yg telah digis dan tekan dgn garfu. Bubuh sekeping udang di atasnya jika suka. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Nota: Jika anda tidak menggemari rasa keju, keju cheddar parut tadi bolehlah ditiadakan.




ALMOND CORNFLAKE CRUNCH
Bahan
130 gm mentega
145 gm gula
secubit garam
½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu)
1 biji
200 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder }
1 sudu besar tepung susu }
½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak
50 gm cornflake
70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan
Sedikit badam cincang
Sedikit ceri hijau/merah

Cara
Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. Akhir sekali masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu te hadunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan.

Nota: Biskut ini boleh di selaputi dgn cornflakes yg di hancurkan selain dari badam cincang.




PECAN CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan
( A )
100 gm gula
110 gm gula perang
¼ sudu teh garam
100 gm mentega
60 gm majerin
1 tsp glukos cair
( B )
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
( C )
200 gm tepung
½ sudu teh bicarbonate of soda
½ sudu teh baking powder
( D )
100 gm kacang pecan (dicincang)
100 gm chocolate chip

Cara
Pukul ( A ) hingga lembut. Masukkan ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Masukkan ( C ) yg telah di ayak dan adun hingga sebati. Akhir sekali, masukkan ( D ) dan gaul rata-rata. Titiskan 1 sudu teh adunan ke dulang pembakar yg telah digris. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15 – 18 minit.

Nota: Kacang pecan boleh digantikan dgn kekacang yg lain. Glukos boleh digantikan dgn madu.



CASHEW NUT CRUNCH
Bahan-Bahan
( A )
150 gm mentega
80 gm gulaperang
130 gm gula
secubit garam
( B )
1 biji telur
( C )
140 gm tepung
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( D )
30 gm rolled oats (kisar halus)
70 gm kacang gajus (cincang)
50 gm chocolate chip
50 gm cokelat putih (cincang kasar)

Cara
Pukul ( A ) di dalam alat pengisarhingga licin dan gebu. Tambah ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Campurkan ( C ) yg telah diayak dan adun hingga sebati. Masukkan ( D ) dan gaul hingga sebati. Ambil sesudu besar adunan dan titiskan ke atas dulang pembakar. Ratakan secara cermat. Ulang hingga adunan selesai. Jarakkan 3sm di antara setiap adunan ini. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit.

Nota: Biskut ini kelihatan lembut bila dibakar tetapi sesudah sejuk, ia menjadi keras dan rangup.

Monday, October 02, 2006

A Little About My Family

There are 3 ladies in my house namely, my wife Ariati and 2 daughters Nur Syazwani and Nur Farah Dinah. Two gentleman (or simple men rather, hehe..) to keep the ladies company, are my eldest son Muhd Nur Hazwan and of course me lah.. who else! Hazwan is in a local Polytechnic, Syazwani and Farah are in Sec 4/Pr 5 respectively.


















Besides me & my wife, my two daughters occasionally help out in some of our food preparation. This is a good way of exposing them to the finer points of cooking and equipping them with the knowledge that every girl/woman and perhaps... in the modern world society, man... should know. It's a life-long skill which can only be perfected thru practices. As the saying goes, "practice makes perfect". But I do believe nobody is perfect except God the Almighty. Still, striving for excellence is what one should aim for. At the end of the day when you have tried hard but the results are less than excellent/perfect, no one could fault you for not trying.. You've done your best! Be happy with that.

Besides the occasional helping out at the kitchen with cooking, my daughters also enjoy doing their other school activities. As parents, my wife and myself do not stipulate or dictate what our daughters should involved in as long it is within the norms of our social, cultural and religious boundaries.

Syazwani loves to draw and she can practically make a replica of characters (such as spiderman, cartoon, etc) she sees. Becoming an artist is uppermost on her mind but well... she has to endure another 2 years in Junior College first..








Farah had been and is always called upon by her teachers to represent her class/school in various competitions such as story-telling, Quizes, and many more. I guess its difficult for her to say no when her name is selected to represent her class/school in any competition. On the other hand, this exposure is good for building her self-confidence and self-esteem. Just like last year when she rep school in a story-telling competition. Even though she only got a consolation prize, I admired her for her bravery and confidence.

STORY- TELLING COMPETITION

Before Made-Up.........Trying her gown hehe..

Poor child!!! Cinderella hopeful!

Freshly Made-Up Yea, that's Me

Waiting to perform on stage .. Presenting

Transformation Applause..........

Aspiring stars????

With Teacher & fans.. supporters....errr schoolmates!

My son doesn't take much photo so I'm unable to post his best pic here.
I guess I just post mine here.


From this..... To This.....